Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Peduduk Qatif mengadakan demonstrasi besar-besaran pada hari Selasa lalu bagi menyatakan bantahan mereka terhadap pihak berkuasa regim Saudi yang merosakkan beberapa rumah penduduk dan menanggalkan hijab wanita.
Penduduk hari ini menyusun perarakan sebagai amaran keras terhadap tindakan polis regim yang mengepung perkampungan al-Jemima dan menyerbu dua rumah untuk menangkap penganjur perhimpunan aman.
Polis didakwa turut memukul pemilik premis perniagaan di Awwamiya kerana cuba membela penganjur dan keluarganya.
Penunjuk perasaan melaung-laungkan slogan memuji keberanian rakyat sambil mengecam pihak berkuasa yang bertindak tanpa mengikuti prosedur undang-undang.
Pasukan polis regim Saudi mengepung perkampungan al-Jemima pada pagi Selasa lalu sambil melepaskan tembakan ke arah rumah-rumah penduduk dan menyerbu kawasan terbabit untuk menangkap penganjur demonstrasi. Sebagai reaksi penduduk awam bertindak balas dengan berarak bagi mengecam tindakan tersebut.














