6 Mac 2013 - 18:37

Ayatullah Wahid Khurasani: Seluruh hawzah ilmiyah hendaklah mengadakan majlis kedukaan untuk Syiah Pakistan dan Bahrain yang dibunuh dengan zalim; Ayatullah Jawad Amuli: Ahli politik negara kita ada berbagai mesyuarat seperti 5+1, 1+2, 2+3, dan 1+1. Untuk perkara ini mesyuarat hendaklah dilangsungkan juga; Ayatullah Makarim Syirazi: Sekiranya pegawai Pakistan tak berdaya melindungi Syiah, berikan kedudukan anda kepada yang lebih layak.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Berikutan kes pembunuhan rakyat Pakistan yang bermazhab Syiah yang semakin bertambah, para marja' taqlid memberikan berbagai reaksi dan kecaman terhadap pembunuhan tersebut sambil meminta pihak yang bertanggung jawab berusaha menghentikan serangan pengganas.

Ayatullah Wahid Khurasani:

Sambil mengutuk keras pembunuhan ini, beliau berkata, "Seluruh hawzah ilmiyah hendaklah mengadakan majlis kedukaan untuk Syiah Pakistan dan Bahrain yang mana mereka ini dibunuh dengan zalim."

Dalam kuliah Bahthul Kharij di Masjid al-A'zham beliau mengkritik kekejaman ini dan berkata, "Anak-anak yatim keluarga Muhammad dibunuh secara besar-besaran di Pakistan . Mereka yang terbunuh ialah wanita dan lelaki, kecil dan besar, apakah dosa mereka? Hari ini kita melihat kesan akibat memiliki kedudukan tersebut."

Marja' taqlid ini menambah "Namun apakah tindakan yang perlu kita lakukan? di Bahrain apakah terjadi terhadap anak-anak yatim ini."

Beliau menceritakan asal usul permasalah ini dengan menyatakan, "Setelah perang dunia kedua, deklarasi Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah digubal di mana bulan pertama deklarasi ini menegaskan bahawa seluruh pemimpin dan setiap negara mempunyai tanggungjawab melaksanakannya tanpa ada sesiapapun yang berhak melanggarnya."

Beliau menerangkan, "Berasaskan piagam ini, semua orang dapat hidup dengan bebas sementara nyawa dan harta mereka dilindungi. Tidakkah Syiah Pakistan dan Bahrain dapat hidup dengan tenang di bawah ejen kamu? Apakah PBB menunaikan tanggung jawabnya? Apakah reaksinya dalam jenayah ini?

Ayatullah Wahid Khurasani berkata, "Sepatutnya menurut piagam PBB, semua manusia mendapat hak-hak mereka tidak kira fahaman, warna kulit, bangsa dan akidah termasuklah ciri-ciri yang lebih besar iaitu agama dan politik. Namun maruah apa lagi yang tertinggal pada PBB dengan tindakan mengirim senjata, dana dan apa sahaja untuk membunuh wanita, kanak-kanak?"

"Ketika PBB dibentuk untuk melindungi hak-hak semua insan, masih ada juga negara-negara yang memiliki kuasa veto, antara mereka inilah yang mengirim senjata dan dana untuk pembunuhan orang awam," tegas beliau.

Ayatullah Makarim Syirazi, "Ahli politik Pakistan hendaklah bersara sekiranya tidak berdaya melindungi nyawa pengikut mazhab Syiah".

Ayatullah Makarim Syrazi hari ini juga memulakan kuliah bahthul kharij fikah di Masjid A'zham dengan mengecam pembunuhan Syiah Pakistan di Karachi baru-baru ini.

Beliau menganggap tindakan ini sebagai jenayah besar dengan berkata, "Sebelum ini golongan Wahabi takfiri memang terlibat dalam jenayah besar, beberapa orang telah ditumpahkan darah mereka. Jenayah besar terakhir mereka melakukan jenayah besar tersebut di Karachi sehingga menyebabkan ratusan orang terbunuh atau cedera."

"Kita tidak boleh berdiam diri dalam menghadapi masalah ini dan kita juga mengecamnya. Para marja' taqlid dan pengetua-pengetua hawzah ilmiyah telah membuat keputusan cuti umum seluruh kuliah dan berbagai tingkat pengajian hawzah Qom pada 19 Esfand ini (9 Mac 2013), dan memberikan kabar tentang protes para penuntut hazah di Masjid A'zam nanti."

Ayatullah Makarim Syirazi menegaskan, "Pesanan kita kepada kerajaan Pakistan ialah, sekiranya tidak mampu melindungi nyawa rakyatnya, serahkan jawatan kepada mereka yang lebih layak."

Ayatullah Jawab Amuli: Kami turut berdukacita dengan apa yang terjadi kepada Syiah Pakistan

Ayatullah Jawad Amuli menegaskan tindakan segera perlu diambil bagi menghalang pembunuhan Syiah Pakistan.

Beliau dalam pengajian tafsir hari ini memuji langkah hawzah yang mengadakan cuti umum dalam memprotes kes pembunuhan yang semakin meluas dengan berkata, "Ini adalah langkah yang amat baik dan kita semua akan berdukacita terhadap para syuhada."

"Namun demi menghalang kejadian-kejadian ini, hendaklah tiga perkara kita laksanakan. Pertama ialah hendaklah kita perkenalkan kebudayaan Syiah yang tidak bersifat melampau dan ekstrim. Perkara kedua ialah para tokoh Lembaga Pendekatan Antara Mazhab hendaklah memberi perhatian terhadap dialog bersama ulama takfiri, ulama Salafi, ulama Wahabi, ulama Taliban, dan al-Qaeda."

Beliau turut mencadangkan kepada pegawai-pegawai Iran dengan berkata, "Setiap hari Syiah dibunuh di suatu tempat, ini tidaklah kurang nilainya dari tenaga nuklear. Ahli-ahli politik negara kita yang mempunyai berbagai mesyuarat seperti 5+1, 1+2, 2+3 dan 1+1 hendaklah mengadakan mesyuarat tentang perkara ini supaya kita dapat melihat apakah yang mereka dapat katakan. Dengan adanya banyak forum tentang perkara ini, jalan penyelesaian pasti akan ditemui."

Ayatullah Subhani: Jenayah terkini Wahabi terjadi akibat diamnya masyarakat antarabangsa dan umat.

Ayatullah al-Uzma Subhani mengutuk jenayah terkini Wahabi yang masih berulang dan berterusan di Karachi Pakistan akibat diamnya masyarakat antabangsa dan umat.

Dengan bersandarkan sebuah hadis, beliau berkata, "Seluruh umat Islam mempunyai anggota tubuh yang satu, orang Islam  hendaklah menunjukkan reaksi mereka dalam menghadapi kesakitan setiap kaum muslimin lain."

Beliau turut menceritakan bahawa jenayah ini sudah dirancang. "Beberapa hari yang lalu mereka melakukan serangan bunuh Syiah secara besar-besaran. Dua tiga hari lepas juga mereka menumpahkan darah di Karachi."

"Mengapakah negara-negara Islam yang lain berdiam diri dalam menghadapi jenayah ini. Mengapakah suara hati masyarakat antarabangsa perlu tidur? Ke manakah perginya satu billion umat Islam dan seruan-seruannya? Ke mana semua slogan hak-hak kemanusiaan masyarakat antarabangsa?" tegas beliau.

Ayatullah Nuri Hamdani: Wahabi merupakan musibah besar dunia Islam.

Ayatullah al-Uzma Nuri Hamdani turut mengecam jenayah tersebut sambil berkata: "Sekarang ini, musibah besar dunia Islam ialah Wahabi.

"Mereka ini menyebarkan pengaruh dalam beberapa negara Islam seperti Pakistan. Dengan nama Sepah-e-Sahaba, beberapa negara serantau telah menyumbangkan dana dan kelengkapan kepada mereka sedangkan ideologi ini menganggap pembunuhan Syiah adalah sebuah kewajipan dan mendapat pahala. Mereka giat menumpahkan darah Syiah dan inilah gerakan Salafi di Afghanistan, Iraq, Syria dan beberapa tempat lagi," jelas beliau.