5 April 2013 - 19:30

Askar Syria mencapai kejayaan besar dalam operasi rahsia membebaskan Haram Sakinah dari terrorist dengan menggunakan terowong untuk sampai ke kompleks permakaman. Video detik-detik pembebasan di bawah ini adalah hasil rakaman wartawan al-Alam yang turut berada di tengah-tengah pertempuran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) Askar Syria mencapai kejayaan cemerlang dalam operasi mengembalikan keamanan kawasan permakaman Haram Sakinah (a.s) yang sebelum ini menjadi tempat yang sentiasa dihujani peluru.

Wartawan Al-Alam bertindak berani merakam liputan operasi ini di tengah-tengah pertempuran sengit.

Dalam klip ini kita dapat menyaksikan bagaimana askar Syria menyusup masuk ke dalam makam sehingga pengganas yang berada di dalamnya tidak menyedari bahawa mereka akan digempur. Salah seorang askar Syria menceritakan kehadiran pengganas asing dari Chechnya dan Libya yang menjadi penembak tepat di kalangan mereka.

Laporan turut menambah bahawa pengganas didapati membakar al-Quran, kitab-kitab doa serta memusnahkan simbol-simbol keagamaan.

Beberapa bahagian kompleks permakaman telah digunakan sebagai sarang pengganas manakala pihak askar berkata, mereka akan meneruskan operasi menghapuskan saki baki pengganas yang masih berada di kawasan Daraya.