Syubhat:
Abdul Rahman Dimashqiyyah, penulis Wahabi di zaman ini dalam sebuah makalah berjudul “Kisah Umar membakar rumah Fathimah” (قصة حرق عمر رضى الله عنه لبيت فاطمة رضى الله عنها) yang berada dalam web site Faisalnur telah membawa hadis ancaman Umar untuk membakar rumah Fathimah (a.s) dari Tarikh Thabari:
2 - «حدثنا ابن حميد قال حدثنا جرير عن مغيرة عن زياد بن كليب قال أتى عمر منزل علي وفيه طلحة والزبير ورجال من المهاجرين فقال والله لأحرقن عليكم أو لتخرجن إلى البيعة فخرج عليه الزبير مصلتا بالسيف فعثر فسقط السيف من يده فوثبوا عليه فأخذوه» (تاريخ الطبري2/233).في الرواية آفات وعلل منها:جرير بن حازم وهو صدوق يهم وقد اختلط كما صرح به أبو داود والبخاري في التاريخ الكبير (2/2234).المغيرة وهو ابن المقسم. ثقة إلا أنه كان يرسل في أحاديثه لا سيما عن إبراهيم. ذكره الحافظ ابن حجر في المرتبة الثالثة من المدلسين وهي المرتبة التي لا يقبل فيها حديث الراوي إلا إذا صرح بالسماع.
Ibnu Humaid berkata kepada kami, bahawa: Jarir berkata: daripada Mughirah, daripada Ziyad bin Kulaib yang berkata: Umar datang ke rumah Ali yang mana di dalamnya ada Thalhah, Zubair dan lelaki daripada golongan Muhajirin. Maka dia pun berkata: Keluarlah untuk berbaiʽat atau demi Allah! aku akan bakar rumah. Maka Zubair pun keluar kepada mereka dengan pedang; namun tiba-tiba terjatuh ke tanah manakala pedangnya terlepas dari tangannya. Mereka pun menyerang dan menangkap beliau (Tarikh al-Thabari jilid 2 muka surat 233). Riwayat ini masih kabur, antara sebabnya: Jarir bin Hazim, seorang yang amat jujur berbicara namun sekali sekala ragu-ragu dan tersalah sebagaimana yang disebut oleh Abu Daud dan al-Bukhari di dalam kitab al-Tarikh al-Kabir (jilid 2 muka surat 2234).
Masalah kedua ialah al-Mughirah iaitu Ibnu al-Muqsim. Beliau adalah tsiqah, melainkan hadisnya adalah musral terutamanya daripada Ibrahim. al-Hafiz ibnu Hajar menggolongkannya di dalam pendusta peringkat ke-tiga, iaitu peringkat yang hadisnya tidak diterima kecuali jika diakui hadis itu memang didengari.
Permasalah lain turut ditimbulkan seperti: Sanad riwayat di dalam Tarikh al-Thabari mempunyai masalah dipermulaannya dan diakhirnya. Ini disebabkan perawinya iaitu Ibnu Humaid dituduh pendusta. Selain itu para perawi yang lain dikatakan hanya menjadi perantara hadis sahaja, dan tidak menyaksikan sendiri peristiwa tersebut. Oleh itu hadis ini dikatakan palsu dan terputus.
Kritikan dan penelitian.
Asal usul hadis:
حدثنا ابن حُمَيْدٍ قال حدثنا جرير عن مغيرة عن زِيَادِ بن كُلَيْبٍ قال أتى عمر بن الخطاب منزل علي وفيه طلحة والزبير ورجال من المهاجرين فقال والله لأحرقن عليكم أو لتخرجن إلى البيعة فخرج عليه الزبير مصلتا بالسيف فعثر فسقط السيف من يده فوثبوا عليه فأخذوه.
Humaid menceritakan kepada kami, daripada Jarir, daripada Mughirah, raipada ZIyad bin Kulain yang berkata: Umar bin al-Khattab datang ke rumah Ali, dan di dalamnya ada Thalhah, Zubair dan lelaki dari kaum Muhajirin. Maka Umar pun berkata: Keluarlah untuk berbaiʽat, atau demi Allah, aku akan bakar rumah. Maka Zubair pun keluar dengan pedang, namun terjatuh dan pedangnya terlepas dari tangan. Merekapun menangkapnya dan merampas pedang.- Al-Thabari, Abi Jaʽfar Muhammad bin Jarir (meninggal pada tahun 310 Hijrah), Tarikh al-Thabari, jilid 2 muka surat 233, penerbit Darul Kutub al-ʽIlmiyah, Beirut.
Penelitian sanad riwayat:
Muhammad bin Humaid
Zahabi menulis tentang beliau sebagai berikut:
محمد بن حميد. ابن حيان العلامة الحافظ الكبير أبو عبد الله الرازي مولده في حدود الستين ومئةقال أبو زرعة من فاته محمد بن حميد يحتاج ان ينزل في عشرة آلاف حديث.وقال عبد الله بن أحمد سمعت أبي يقول لا يزال بالري علم ما دام محمد بن حميد حيا.وقال أبو قريش الحافظ قلت لمحمد بن يحيى ما تقول في محمد بن حميد فقال ألا تراني أحدث عنه.وقال أبو قريش وكنت في مجلس محمد بن إسحاق الصاغاني فقال حدثنا ابن حميد فقلت تحدث عنه فقال ومالي لا احدث عنه وقد حدث عنه أحمد ويحيى بن معين.
Muhammad bin Humaid, Ibnu Hayyan al-ʽAllamah, al-Hafiz al-Kabir, Abu ʽAbdillah al-Razi, lahir kira-kira 160 Hijrah. Abu Zurʽah berkata berkata tentangnya: Barangsiapa yang meninggalkannya, maka hilanglah puluhan ribu hadis. Abdullah bin Ahmad berkata: Aku mendengar ayahku berkata: Ilmu tidak hilang selama Muhammad bin Humaid hidup di kota Rei. Abu Quraish al-Hafiz berkata: Aku bertanya kepada Muhammad bin Yahya tentang Muhammad bin Humaid. Jawabnya: Tidakkah engkau melihat aku meriwayatkan hadis daripadanya? Aku berada dalam sebuah majlis Muhammad bin Ishaq al-Shaghani dan Abu Quraish berkata: Ibnu Humaid telah menceritakan kepada kami… Aku bertanya: Engkau menceritakan daripadanya?. Jawab beliau: Mengapa aku tidak boleh meriwayatkan hadis daripadanya? Sedangkan Ahmad dan Yahya bin Maʽin meriwayatkan hadis daripadanya.- Al-Zahabi, Shamsuddin Muhammad bin Ahmad bin Uthman (meninggal dunia tahun 748 Hijrah), Siyar Aʽlam al-Nubala, jilid 11 muka surat 503, tahqiq: Syuʽaib al-Arna’uth, Muhammad Naʽim al-ʽArqashushi, penerbit Mu’assasah al-Risalah, Beirut, cetakan ke-sembilan, 1413 Hijrah.
Mizzi mensyarahkan perihal beliau di dalam Tahzib al-Kamal sebagai berikut:
وَقَال أبو بكر بن أَبي خيثمة: سئل يحيى بن مَعِين عن محمد بن حميد الرازي فقال: ثقة. ليس به بأس، رازي كيس.وَقَال علي بن الحسين بن الجنيد الرازي: سمعت يحيى ابن مَعِين يقول: ابن حميد ثقة، وهذه الاحاديث التي يحدث بها ليس هو من قبله، إنما هو من قبل الشيوخ الذين يحدث عنهم.وَقَال أبو العباس بن سَعِيد: سمعت جعفر بن أَبي عثمان الطيالسي يقول: ابن حميد ثقة، كتب عنه يحيى وروى عنه من يقول فيه هو أكبر منهم.
Abu Bakar bin Abi Khaythamah berkata: Yahya bin Maʽin ditanya tentang Muhammad bin Humaid al-Razi, jawabnya: Tsiqah, tidak ada masalah dengannya. Ali bin al-Husain bin al-Junaid al-Razi berkata: Aku mendengar Yahya Ibni Maʽin berkata: Ibnu Humaid seorang tsiqah. Hadis-hadis yang dinukil oleh Ibnu Humaid bukanlah daripada beliau, namun dinukilkan daripada guru-guru. Abul ʽAbbas bin Saʽid berkata: Aku mendengar Ja’far bin Abi Uthman al-Thayalisi berkata: Ibnu Humaid adalah tsiqah. Yahya menulis hadis daripadanya, dan orang yang meriwayatkan hadis daripadanya terdiri daripada perawi yang besar daripada kalangan mereka. - Al-Mizzi, Yusuf bin al-Zaki Abdul Rahman Abul Hajjaj (meninggal dunia pada tahun 742 Hijrah), Tahzibul Kamai, jilid 25 muka surat 100, tahqiq Dr. Bashar ʽAwwadh Maʽruf, penerbit al-Risalah, Beirut, cetakan pertama 1400 Hijrah 1980 Masihi.
Al-Bani mensahihkan riwayat Muhammad bin Humaid:
Muhammad Nashir, penulis terkenal Wahabi di dalam kitab Shahih wa Dhaʽif Sunan al-Tarmizi Wa Silsilah Ahadith al-Shahihah telah mensahihkan sebuah hadis yang mengandungi perawi bernama Muhammad bin Humaid. Antaranya ialah:
«رضيت لأمتي ما رضي لها ابنُ أمِّ عبدٍ »...و قد روى الحديث بزيادة فيه بلفظ: " و كرهت لأمتي ما كره لها ابن أم عبد ". قال في " المجمع " ( 9 / 290 ): " رواه البزار و الطبراني في " الأوسط " باختصار الكراهة، و رواه في " الكبير " منقطع الإسناد، و في إسناد البزار محمد بن حميد الرازي و هو ثقة و فيه خلاف و بقية رجاله وثقوا ".
“Aku reda untuk umatku apa yang diredai Ibnu Masʽud bagi umatku”Hadi ini diriwayatkan dengan penambahan lafaz “Aku tidak suka pada umatku apa yang tidak disukai Ibnu Masʽud. Dia berkata di dalam al-Majma’ Al-Zawa’id (jilid 9 muka surat 290): Diriwayatkan oleh al-Bazzar dan al-Thabrani di dalam al-Awshat dengan ringkasan “al-Karahah”, dan diriwayatkan di dalam al-Kabir dengan sanad yang terputus, dan di dalam sanad-sanad al-Bazzar terdapat Muhammad bin Humaid al-Razi, beliau seorang yang tsiqah…- Al-Bani, Muhammad Nashir (meninggal dunia pada tahun 1420 Hijrah) Silsilah Ahadis al-Shahihah, jilid 3 muka surat 225, hadis 1225, penerbit Maktabah al-Maʽafir wal Tawziʽ, cetakan baru edisi semakan dan penambahan 14 15 Hijrah 1995 Masihi.
( سنن الترمذي )606 حدثنا محمد بن حميد الرازي حدثنا الحكم بن بشير بن سلمان حدثنا خلاد الصفار عن الحكم بن عبد الله النصري عن أبي إسحق عن أبي جحيفة عن علي ابن أبي طالب رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ستر ما بين أعين الجن وعورات بني آدم إذا دخل أحدهم الخلاء أن يقول بسم الله قال أبو عيسى هذا حديث غريب لا نعرفه إلا من هذا الوجه وإسناده ليس بذاك القوي وقد روي عن أنس عن النبي صلى الله عليه وسلم أشياء في هذا.تحقيق الألباني:صحيح، ابن ماجة ( 297 )
(Sunan al-Tarmizi)Muhammad bin Humaid al-Razi menceritakan kepada kami, al-Hakam bin Bashir bin Sulaiman menceritakan kepada kami, Khallad al-Shaffar meriwayatkan daripada al-Hakam bin Abdullah al-Nashri, daripada ayahku Abi Ishaq, daripada Abi Hujaifah, daripada Ali bin Abi Thalid (radhiallahuʽanhu), bahawa Nabi (s.a.w) bersabda: Penutup antara Jin dan aurat anak Adam apabila salah seorang dari mereka masuk tandas, ialah mengucapkan bismillah.Abu ʽIsa berkata: Hadis ini gharib, kami tidak mengenalnya melainkan dari sisi ini dan sanad-sanadnya tidaklah begitu kuat, ianya telah diriwayatkan daripada Anas, daripada Nabi (s.a.w).Penyelidikan al-AlBaniShahih, Ibnu Majah (297)
( سنن الترمذي )1762 حدثنا محمد بن حميد الرازي حدثنا أبو تميلة والفضل بن موسى وزيد بن حباب عن عبد المؤمن بن خالد عن عبد الله بن بريدة عن أم سلمة قالت كان أحب الثياب إلى النبي صلى الله عليه وسلم القميص قال أبو عيسى هذا حديث حسن غريب إنما نعرفه من حديث عبد المؤمن بن خالد تفرد به وهو مروزي وروى بعضهم هذا الحديث عن أبي تميلة عن عبد المؤمن بن خالد عن عبد الله بن بريدة عن أمه عن أم سلمة.تحقيق الألباني:صحيح، ابن ماجة ( 3575 )
(Sunan al-Tarmizi)1762 Muhammad bin Humaid al-Razi menceritakan kepada kami, Abu Tumailah, al-Fadhl bin Musa dan Zaid bin Hubab meriwayatkan daripada Abdul Mukmin bin Khalid, daripada Abdullah bin Buraidah, daripada Ummu Salamah yang berkata: Pakaian yang disukai Nabi (s.a.w) ialah al-Qamish.Abu ʽIsa berkata: Hadis ini Hasan Gharib, beliau hanya mengetahuinya daripada Abdul Mukmin bin Khalid, iaitu hanya daripada Marwazi. Sebahagian daripada mereka meriwayatkan hadis ini daripada Abi Timailah, daripada Abdul Mukmin bin Khalid, daripada Abdullah bin Buraidah, daripada ibunya, daripada Ummu Salamah.Penyelidikan al-Albani:Sahih Ibnu Majah (3575)
( سنن الترمذي )2478 حدثنا محمد بن حميد الرازي حدثنا عبد العزيز بن عبد الله القرشي حدثنا يحيى البكاء عن ابن عمر قال تجشأ رجل عند النبي صلى الله عليه وسلم فقال كف عنا جشاءك فإن أكثرهم شبعا في الدنيا أطولهم جوعا يوم القيامة قال أبو عيسى هذا حديث حسن غريب من هذا الوجه وفي الباب عن أبي جحيفة.تحقيق الألباني:حسن، ابن ماجة ( 3350 - 3351 ).
(Sunan al-Tarmizi)2478 Muhammad bin Humaid al-Razi menceritakan kepada kami, Abdul ʽAziz bin Abdullah al-Qarashi menceritakan kepada kami, Yahya al-Bakkak meriwayatkan daripada Ibnu Umar yang berkata: Suatu ketika seorang lelaki bersendawa (keluar bunyi dari mulut kerana kekenyangan) di sisi Nabi (s.a.w), kemudian baginda bersabda: “Hentikanlah sendawamu dari kami, sesungguhnya orang yang akan mengalami kelaparan yang panjang pada Hari Kiamat adalah mereka yang paling kenyang di dunia”. Abu ʽIsa berkata: Hadis ini Hasan Gharib dari sisi ini, begitu juga dalam bab daripada Abi Juhaifah.Penyelidikan al-Albani:Hasan, Ibnu Majah (3350 - 3351)
( سنن الترمذي )2936 حدثنا محمد بن حميد الرازي حدثنا نعيم بن ميسرة النحوي عن فضيل بن مرزوق عن عطية العوفي عن ابن عمر أنه قرأ على النبي صلى الله عليه وسلم ( خلقكم من ضعف ) فقال ( من ضعف ) حدثنا عبد بن حميد حدثنا يزيد بن هارون عن فضيل بن مرزوق عن عطية عن ابن عمر عن النبي صلى الله عليه وسلم نحوه قال أبو عيسى هذا حديث حسن غريب لا نعرفه إلا من حديث فضيل بن مرزوق.تحقيق الألباني:حسن، الروض النضير ( 530 ).
(Sunan al-Tazmizi)2936 Muhammad bin Humaid al-Razi menceritakan kepada kami, Nuʽaim bin Maisarah al-Nahwi meriwayatkan daripada Fudhail bin Marzuq, daripada ʽAthiyyah al-ʽAufi, daripada Ibnu Umar yang berkata: Sesungguhnya Ibnu Umar membaca di hadapan Nabi (s.a.w) “خَلَقَكُمْ مِنْ ضَعْفٍ”, maka baginda pun bersabda: “مِنْ ضَعْفٍ”. Abd bin Humaid menceritakan kepada kami, Yazid bin Harun menceritakan kepada kami daripada Fudhail bin Marzuq, daripada ʽAthiyyah, daripada Ibnu ʽUmar, daripada Nabi (s.a.w) dan lain-lain lagi. Abu ʽIsa berkada: Hadis ini Hasan Gharib, kami tidak mengetahuinya melainkan daripada riwayat Fudhail bin Marzuq.Penyelidikan al-Albani:Hasan, Kitab al-Rawd al-Nadir (530)Al-Bani, Muhammad Nashir (meninggal dunia tahun 1420 Hijrah) Shahih Wa Dhaʽif Sunan al-Tarmizi, jilid 6 muka surat 406.