15 Jun 2013 - 00:51
Takfiri tidak dapat ubah pendirian kami

Berikutan pembunuhan masyarakat Islam di Syria, Sayid Hasan Nasrullah bertegas ugutan pengganas tidak dapat mengubah pendirian Hizbullah.

Sayyed Nasrallah

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Setiausaha Agung Hizbullah Sayid Hasan Nasrullah menegaskan bahawa Moqawama (perjuangan menentang Zionis) tetap wujud selagi ia diperlukan sambil mengesahkan perjuangan di Syria adalah antara dua gerak kerja, bukan perang antara mazhab.

Ketika majlis Mengenang Para Pejuang Yang Tercedera, Sayid Nasrullah berkata, kedudukan al-Qushair tidak sama seperti sebelumnya iaitu berlaku perubahan dalam perkembangan di Syria.

Dalam konteks ini, beliau menegaskan bahawa tuduhan yang dilancarkan oleh golongan Takfiri tidak dapat mengubah kedudukan Moqawama dan berkata, "Orang yang menyangka bahawa ia dapat memaksa kami berubah pendirian dengan pembunuhan dan ancaman, maka dia melakukan kesilapan."

Menurut beliau Moqawama tidak berminat dengan pertempuran di Syria. Namun Hizbullah perlu terlibat kerana ia bakal memusnahkan seluruh rantau, bukan hanya di Syria semata-mata.

Pandangan yang jelas untuk krisis Syria

Sayid Hasan nasrullah berkata, sejak awal krisis Syria, Hizbullah telah mengutarakan pandangan yang jelas bahawa terdapat satu komplot yang bakal memberikan kesan terhadap Syria, Palestin, Lubnan, rantau ini, umat Islam, Kristian, Sunni dan Syiah.
Hezbollah's injured fighters
Kemudian beliau menceritakan bagaimana pihak Moqawama perlu bertindak demi mempertahan Lubnan dan tanahairnya.

Pemimpin Moqawama ini menegaskan bahawa apa yang terjadi di Syria bukanlah tercetus antara rejim dan rakyatnya dan berkata, "Isu ini sudah berakhir, ada pihak yang tidak peduli dengan pembunuhan rakyatnya, mereka hanya ingin menjatuhkan rejim. Mereka menyangka bahawa terdapat cara lain untuk rejim ini, namun alternatif tersebut ialah huru hara."

Tambah beliau lagi rakyat Syria berbelah bagi, ada yang bersama rejim dan ada yang bersama golongan reformasi. Ujar beliau, "Kami berpihak kepada rejim dan golongan reformasi."

"Kami bersama rakyat yang menyeru reformasi samada mereka bersama rejim atau menentangnya. Namun kami menentang mereka yang menghancurkan Syria," kata Sayid Hasan kepada orang ramai.

Sebaliknya beliau berkata perbincangan untuk melengkapkan pembangkang Syria dengan senjata adalah satu kesilapan kerana ia membawa kepada penyaluran senjata kepada militan asing.

Hizbullah mengambil keputusan akan bergabung dalam peperangan di Syria.

Sementara itu Sayed Nasrullah berkata, tindakan Hizbullah mengambil keputusan dalam pertempuran di Syria tidak memberikan kesan yang ketara setelah ada pihak asing yang melakukan tindakan yang sama.

"Kami tidak akan meneruskan penyertaan dalam pertempuran di Syria secara rahsia. Kami tidak berkata bahwa kami membekalkan susu dan selimut," kata beliau merujuk kepada tuduhan ahli parlimen Oqal Saqr yang menafikan bahawa partinya terlibat dalam krisis Syria.

"... dan sekiranya para pejuang kami terkorban di Syria, kami tidak akan mengebumik
Sayyed Nasralla during the Day of Injured Fighter
annya di sana dan mendiamkan keluarga mereka di Lubnan," tambah Nasrullah.

Sayed Nasrullah turut mengesahkan bahawa tuduhan peperangan mazhab di Syria adalah lemah dan tidak berasas. Beliau turut meyeru usaha membanteras berbagai saluran Arab yang melaporkan berita palsu untuk tujuan meyebarkan fitnah.

"Kami tidak akan mengubah kedudukan semata-mata kerana wujudnya laporan palsu, pembunuhan dan ancaman," kata beliau sambil menambah bahawa kedudukan Qushair tidak sama seperti Qushair yang dahulu.

Beliau berkata, dari satu sisi lain pihaknya berazam untuk meneruskan pejuangan kerana Moqawama adalah satu keperluan dan ia memikul tanggungjawab sejak awal krisis.

Sayid Nasrallah juga menegaskan bahawa Hizbullah bersedia untuk berdebat atas isu Syria walaupun beberapa pihak menawarkan inisiatif yang perlu dibincangkan.

Seruan untuk menjaga diri

Berkenaan isu-isu tempatan, pemimpin Moqawama ini menceritakan tentang perkembangan politik yang mencatatkan bahawa Lubnan sedang menunggu keputusan majlis perlembagaan untuk mengetahui sama ada pilihan raya akan dilangsungkan atau tidak.

Beliau turut menggesa ahli politik menahan diri dan mengelak dari sebarang bentuk pertelagahan dan ketegangan.
"Kami menggesa pihak Lubnan, Palestin dan Syria yang berada di wilayah Lubnan untuk menjaga diri dengan sebaik-baiknya terutama sekali mereka yang berada di pihak Moqawama."

Beliau juga menyelar tindakan beberapa rakyat Lubnan yang melepaskan tembakan ke udara, sambil menjelaskan bahawa aksi ini semakin meningkat di Lubnan. Beliau menyeru orang ramai agar menghentikannya kerana budaya tersebut adalah negatif kerana membahayakan dan mengganggu orang lain.

"Fenomena melepaskan tembakan ke udara telah meningkat dengan ketara pada waktu ini dan terjadi di setiap majlis," kata Sayid Nasrullah sambil menambah: "Kami meminta ulasan daripada ulama di Iran dan Iraq mengenai isu menembak ke udara. Satu-satunya jawapannya adalah bahawa ia adalah tindakan haram. "

Mengenai peluru roket yang dilancarkan ke atas bandar Bekaa, Sayyed Nasrallah berkata terdapat khabar angin yang tersebar di media bahawa roket ini dilancarkan dari bandar Ersal, untuk mencetuskan perang mazhab.

Sebaliknya beliau menerangkan bahawa roket ini dilancarkan dari Sareen, Baalbeck dan Hernel, bukan dari Ersal. Sementara itu kumpulan-kumpulan bersenjata di Syria bertanggung jawab melakukannya dan isu ini kemungkinan akan berakhir tidak lama lagi.

Beliau turut memberi amaran bahawa ada media yang bersama-sama dengan badan perisikan asing yang sedang bekerja keras untuk menghasut perbalahan antara Sunni dan Syiah.