16 Jun 2013 - 19:30
Mursi sepatutnya menutup kedutaan Israel, bukan Syria

Kerajaan Syria pada hari Ahad (16/6/2013) mengecam keputusan Mesir bagi memutuskan hubungan dengan Damsyik dan menyokong militan yang menentang Presiden Bashar al-Assad.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kerajaan Syria mengecam keputusan Mesir yang memutuskan hubungan dengan Damsyik dan menyokong kumpulan pemberontak sambil menyifatkan tindakan Mesir sebagai tidak bertanggungjawab."Republik Arab Syria mengutuk pendirian yang tidak bertanggung jawab ini," kata salah seorang pegawai Syria kepada Agensi Berita Syria (SANA).Menurut pegawai tersebut, Presiden Mesir Mohammad Mursi telah menyertai konspirasi dan hasutan yang dikepalai Amerika dan Israel untuk menentang Syria dengan memutuskan hubungan dua hala kelmarin."Syria berkeyakinan penuh bahawa keputusan ini tidak memberi apa-apa kesan terhadap kehendak saudara-saudara mereka di Mesir yang telah berkongsi hubungan erat dan kukuh bersama rakyat Syria, dengan menyatakan sokongan terhadap keamanan dan kestabilan di rantau itu bagi menentang sebarang pencerobohan dan keagresifan sejak awal sejarah," kata sumber tersebut.Beliau menambah bahawa hubungan antara rakyat Syria dan Mesir telah dinobatkan sebagai "Perang Pembebasan Oktober" yang merupakan kemenangan penting buat bangsa Arab dan penduduknya ke atas Israel. Beliau berkata demikian sambil menceritakan bagaimana Mursi bertindak memesongkan perhatian rakyat terhadap krisis dalam negaranya."Lebih baik Mursi mengumumkan penutupan kedutaan Israel dan memutuskan hubungan dengan musuh yang masih membunuh hak saudara-saudara Palestin sebelum memandang jauh dari jarak singkat di Mesir," tegas sumber tersebut.Presiden Mesir yang berasal dari kumpulan Ikhwanul Muslimin pada hari Sabtu lalu mengumumkan keputusan muktamad mereka untuk memutuskan hubungan dengan Syria.