25 Jun 2013 - 14:25

Majma' Jahani Ahlul Bait memberi amaran tentang pengikut mazhab Syiah yang telah disenaraikan untuk dibunuh oleh golongan Takfiri Mesir.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Majma' Jahani Ahlul Bait mengeluarkan kenyataan pentingnya tentang kematian Allamah Al-Syahid Syeikh Hasan Shahata, dan mengecam pembunuhan terhadap lima pengikut mazhab Ahlul Bait (a.s) di Giza hasil hasutan golongan Takfiri.

Di sini Majma' menyatakan pendiriannya tentang mereka yang bertanggung jawab terhadap pembunuhan tersebut, termasuklah beberapa pemimpin Mesir terutama sekali presidennya Mohamed Morsi yang menghadiri persidangan pemimpin al-Qaeda dan Takfiri yang mengumumkan bahawa Syiah adalah kafir dan terkeluar dari agama Islam. Malangnya sikap presiden yang berdiam diri itu telah menyebabkan pertumpahan darah.

Berikut adalah teks kenyataan tersebut:

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلَّا أَنْ يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ
 الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ
إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ 

Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji! Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam, dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar. [- Surah Al-Buruj Ayat 8-10]

Dengan dukacitanya kami ucapkan takziah kepada umat Islam dan seluruh pengikut Ahlul Bait (a.s) atas kesyahidan Allamah Al-Mujahid Al-Sheikh Hasan Shahata (semoga Allah merahmati beliau), bersama empat lagi pengikut Ahlul Bait yang lain dalam serangan pengganas Takfiri dan beberapa ahli parti politik Mesir ke atas rumah salah seorang warganegara atas alasan mengadakan majlis kelahiran Imam Mahdi (a.s).

Jenayah keji ini terjadi setelah fatwa dan ucapan yang menjijikkan keluar daripada mulut mufti NATO Yusuf Al-Qardhawi, syeikh-syeikh Takfiri serta pemimpin-pemimpin politik yang bersubahat dalam jenayah pembunuhan dan perayaan tumpahnya darah di kampung Abu Musallam, Mesir. Insiden ini membawa kepada pembunuhan, penyeretan, pembantaian, menyebabkan kecederaan di kalangan mukminin dan mukminat, pembakaran rumah, dan penyeksaan yang mana di antara korban ialah Syeikh  Hasan Shahata. Sesungguhnya perbuatan jenayah menumpahkan darah ini hasil dari hasutan daripada Syeikh Takfiri secara berperingkat ketika mana pihak berkuasa menutup mata mereka daripada jenayah keji ini.

Kami di Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) mengutuk dan mengecam keras perbuatan jenayah yang mencerminkan akidah sesat dan melampaui batas. Ianya Ianya tidaklah menuruti ajaran agama Islam, kemanusiaan dan mana-mana hubungan akhlak. Sebagaimana kita meletakkan tanggung jawab kepada pemerintah Mesir, kita juga meminta rakyat dari kalangan pengikut Ahlul Bait dilindungi dari permainan, kebencian dan keganasan yang dilancarkan golongan pengganas Takfiri. Kami menegaskan bahawa Dr. Mohamed Morsi secara langsung bertanggung jawab terhadap insiden ini setelah beliau hadis dalam persidangan para pemimpin Al-Qaeda dan golongan Takfiri yang membuat pengumuman di hadapannya bahawa Syiah adalah kafir dan terkeluar dari agama Islam. Pemimpin negara ini hanya berdiam diri dan ini bermaksud beliau menghalalkan darah dan harta pengikut mazhab Syiah.

Kami mohon pemerintah Mesir terutama sekali tuan Presiden agar segera masuk campur dalam membela rakyat bermazhab Syiah di Mesir, dan memberikan hak yang sah kepada para pengikut Ahlul Bait (a.s) sebagaimana anak-anak rakyat Mesir, seterusnya menangkap mereka yang melakukan jenayah dan mengadili mereka dengan seadil-adilnya.

Sekali lagi kami memberi amaran kepada pihak berkuasa Mesir bahawa menurut ucapan dan kenyataan beberapa pemimpin Takfiri sudah ada senarai pembunuhan Syiah di Mesir. Kami meminta tindakan darurat pemberhentian serta merta kegiatan golongan pengganas dari meneruskan pembunuhan di samping tidak berdiam diri memeluk tubuh di hadapan mereka. Bahkan kami minta mereka ini diseret ke muka pengadilan.

Kami memohon kepada Universiti Al-Azhar Al-Syarif, parti-parti politik, pertubuhan hak asasi manusia (samada di dalam Mesir atau di luarnya), agar mengutuk perbuatan jenayah ini dan menjatuhkan hukuman bagi mereka yang mengulanginya.

Kami meminta rakyat Mesir terutama sekali pengikut Ahlul Bait (a.s) agar menahan diri dari terjebak dalam perangkap fitnah, semangat perkauman dan melibatkan diri dalam perpaduan umat serta bersatu hati melawan musuh umat.

Akhir sekali, semoga Allah mencucuri rahmatNya kepadamu wahai Syeikh Hasan dan teman-temanmu daripada kalangan kaum mukminin, tahniah atas kesyahidanmu dan semoga Allah menghimpunkan kamu bersama penghulu dan nabi kita Muhammad Al-Mustafa, serta Ahlul Bait dan para syuhada.

وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنْقَلَبٍ يَنْقَلِبُونَ

 Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali. 

Majma' Jahani Ahlul Bait
15 Sya'ban 1434 Hijrah
24 -06- 2013