25 Julai 2013 - 19:30
Syiah masih boleh diamalkan di Malaysia

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menegaskan mazhab Syiah boleh diamalkan di Malaysia

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Walaupun pengikut mazhab Syiah dilarang menyebarkan atau mengembangkan pegangan mereka kepada masyarakat Ahlusunnah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan bahawa golongan ini boleh mengamalkan mazhab mereka berasaskan Perlembagaan Persekutuan.Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata demikian dalam akhbar Utusan Malaysia semalam (25 Julai 2013). Menurut beliau lagi, "Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan agama Islam merupakan agama Persekutuan dan dalam masa sama agama-agama lain masih bebas diamalkan setiap penganutnya sebagaimana dalam Perkara."Namun, agama-agama lain dikenakan syarat yang mana penyebaran apa-apa kepercayaan selain Islam tidak dibenarkan dalam kalangan orang Islam di negara ini sebagaimana dalam Perkara 11(4)," katanya.