21 Ogos 2013 - 19:30
Analisa syubhat khutbah 92 Nahjul Balaghah

Sambungan dari bahagian pertama
2. Hidayah untuk manusia

Rasulullah (s.a.w) bertanggung jawab memberikan hidayah untuk manusia di zaman baginda. Setelah kewafatan baginda hidayah hendaklah diteruskan oleh seorang pembimbing (Hādi) umat yang telah diperkenalkan seperti dalam tafsir ayat 7, surah al-Raʽd:

«إنّما أنت منذر ولكلّ قوم هاد» الرعد/ 7  

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang Rasul pemberi peringatan, dan tiap-tiap umat pembimbing.

Apabila ayat ini turun, Rasulullah (s.a.w) meletakkan tangannya di dada beliau dan bersabda:

«أنا المنذر وأومأ بيده إلي منكب علي رضي اللّه عنه فقال: أنت الهادي يا علي بك يهتدي المهتدون من بعدي».

“Aku adalah pemberi peringatan, dan diisyaratkan tangannya ke bahu Ali bin Abi Talib dan berkata: Engkau adalah pembimbing wahai Ali, dengan pengantara engkau pencari hidayah mendapat pembimbing setelahku.

- Al-Ṭabarī, Muḥammad bin Jarīr Abū Jaʽfar (meninggal dunia tahun 310 Hijrah), Jāmiʽ al-Bayān ʽĀy Ta’wīl Ay al-Qur’an, jilid 13 muka surat 142, Taqdīm: al-Shaykh Khalīl al-Mays/ disemak, direkod dan ditakwil oleh Ṣidqī Jamīl al-ʽĀṭṭār, penerbit: Dār al-Fikr, Beirut, 1415 - 1995 Hijrah.
- Abī Ḥātim al-Rāzī, ʽAbd al-Rahmān bin Muḥammad bin Idrīs (meninggal dunia tahun 327 Hijrah), Tafsir al-Qur’an al-ʽAẓīm, Taḥqīq Muḥammad al-Ṭayyib, penerbit: al-Maktabah al-ʽAṣriyah - Saida.
- Al-Rāzī al-Shāfiʽī, Fakhruddīn Muḥammad bin ʽUmar al-Tamīmī (meninggal dunia tahun 604 Hijrah), al-Tafsīr al-Kabīr Aw Mafātīh al-Ghayb, jilid 19 muka surat 12, penerbit: Dār al-Kutub al-ʽilmiyah, Beirut, cetakan pertama- 1421 Hijrah - 2000 Masihi.
- Ibnu Kathīr al-Dimasyqī, Ismāʽil bin ʽUmat Abul Fidā’ al-Qurashī (meninggal dunia tahun 774 Hijrah), Tafsīr al-Qur’an al-ʽAẓīm, jilid 2 muka surat 520, penerbit Dār Fikr - Beirut - 1401 Hijrah.
- Al-Ḥākim, Muḥammad bin ʽAbdiLlah Abu ʽAbdiLlah (meninggal dunia tahun 405 Hijrah), al-Mustadrak ʽAlā al-Ṣaḥīḥayn, jilid 3 muka surat 129, diteliti semula: Muṣṭafā ʽAbdul Qādir ʽAṭā, penerbit: dār al-Kutub al-ʽIlmiyah, Beirut, cetakan pertama, 1411 Hijrah - 1990 Masihi.
- Al-Suyūṭī, Jalāl al-Dīn ʽAbd al-Raḥmān bin Abī Bakr (meniggal dunia tahun 911 Hijrah), Al-Dur al-Manthūr, jilid 4 muka surat 608, penerbit, Dār Fikr - Beirut 1993.

Berdasarkan riwayat ini, Ali bin Abi Talib (a.s) mempunyai tanggung jawab untuk membimbing insan setelah Rasulullah.

 «عن حذيفة قال : قالوا : يا رسول اللّه ألا تستخلف عليا ؟ قال : «إن تولّوا عليّاً تجدوه هادياً مهديّاً يسلك بكم الطريق المستقيم».
الأصبهاني، ابونعيم أحمد بن عبد الله (متوفاي430هـ)، حلية الأولياء وطبقات الأصفياء، ج 1، ص64، ناشر: دار الكتاب العربي - بيروت، الطبعة: الرابعة، 1405هـ؛
الكوفي، محمد بن سليمان(متوفاي300هـ)، مناقب الإمام أمير المؤمنين (عليه السلام) ج1، ص448، تحقيق: الشيخ محمد باقر المحمودي، ناشر: مجمع إحياء الثقافة الإسلامية – قم، الطبعة الأولى،1412 هـ .

Diriwayatkan Huzayfah berkata: Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, apakah engkau tidak menentapkan penggantimu? Jawab baginda: Sekiranya kamu mengangkat Ali sebagai pemimpin, maka kamu akan dapati dia adalah pembimbing, membawa kamu kepada jalan yang lurus.
- al-Isbahānī, Abū Naʽīm Aḥmad bin ʽAbdilLlah (meninggal dunia tahun 430 Hijrah), Hilyatul Awliyā wa Ṭabaqāt al-Aṣfiyā’, jilid 1 muka surat 64, penerbit Dār al-Kitāb al-ʽArabī - Beirut, cetakan ke-empat, 1405 Hijrah.
- Al-Kūfī, Muḥammad bin Sulaymān (meninggal dunia tahun 300 Hijrah), Manāqib al-Imām Amīrul Mu’minīn (a.s), jilid 1 muka surat 448, tahqīq: al-Shaykh Muḥammad Bāqir al-Maḥmūdī, penerbit: Majma’ Iḥyā’ al-Thaqafah al-Islāmiyyah - Qom, cetakan pertama 1412 Hijrah.

Ganji al-Shāfiʽī dalam Kifāyatul al-Ṭālib berkata:

هذا حديث حسن عال.

الگنجي الشافعي، الإمام الحافظ أبي عبد الله محمد بن يوسف بن محمد القرشي، كفاية الطالب في مناقب علي بن أبي طالب، ص 163، تحقيق و تصحيح و تعليق: محمد هادي اميني، ناشر: دار احياء تراث اهل البيت (ع)، طهران، الطبعة الثالثة، 1404هـ .

Martabat hadis ini hasan dan mempunyai sanad yang ʽālī
- Al-Ganjī al-Shāfiʽī, al-Imām al-Ḥāfiẓ Abī ʽAbdiLlah Muḥammad bin Yūsuf bin Muḥammad al-Qurashī, Kifāyah al-Ṭālib fī Manāqib ʽAlī bin Abī Ṭālib, muka surat 163, Taḥqīq, Taṣḥīḥ wa Taʽliq: Muḥammad Hādī Amīnī, penerbit: Dār Aḥyā’ turath Ahl al-Bayt (a.s), cetakan ke-tiga, 1404 Hijrah.

Terdapat hadis di dalam Mustadrak al-Ḥakim seperti berikut:

وان وليتموها عليا فهاد مهتد يقيمكم على صراط مستقيم. هذا حديث صحيح على شرط الشيخين ولم‏يخرجاه.
الحاكم ، محمد بن عبدالله ابوعبدالله (متوفاي 405 هـ)، المستدرك علي الصحيحين، ج3، ص73 و 74، تحقيق: مصطفي عبد القادر عطا، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت الطبعة: الأولى، 1411هـ - 1990م.

Sekiranya kamu menerima kepimpinan Ali, maka beliau adalah pembimbing orang yang menerima hidayah. Beliau membawa kamu kepada jalan yang lurus. Hadis ini sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim sedangkan mereka berdua tidak pernah mengeluarkannya.
- al-Ḥākim, Muḥammad bin ʽAbdiLlah, Abū AbdiLlah (meninggal dunia tahun 405 Hijrah), al-Mustadrak ʽAlā al-Ṣaḥiḥayn, jilid 3 muka surat 73 dan 74, Taḥqīq ʽAbdul Qādir ʽAṭā, penerbit Dār al-Kutub al-ʽIlmiyah, Beirut, cetakan pertama 1411 Hijrah 1990 Masihi.

3. Rujukan ilmu

Di zaman Nabi (s.a.w) masih hidup, rujukan agama bertumpu kepada baginda sahaja. Orang awam mengamalkan kewajipan masing-masing berdasarkan penerangan hukum hakam syariat melalui pembacaan ayat-ayat tentang hukum dan kadangkala melalui sunnah baginda. Allah (s.w.t) berfirman: 


لقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولاً مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُوا عَلَيْهِمْ آياتِهِ وَ يُزَكِّيهِمْ وَ يُعَلِّمُهُمُ الْكِتابَ وَ الْحِكْمَةَ وَ إِنْ كانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ. آل عمران /164.

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan membersihkan mereka, serta mengajar mereka Kitab Allah dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelum itu berada dalam kesesatan yang nyata. - Surah Āl ʽImran ayat 164

Begitu juga ayat yang lain:

وَ أَنْزَلْنا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ ما نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ. النحل/44.

Kami turunkan kepada kamu al-Zikr (al-Qur'an) untuk menerangkan kepada manusia tentang apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya. Surah al-Naḥl, ayat 44.

Setelah kewafatan Nabi (s.a.w), umat Islam memerlukan hukum hakam yang baru berikutan timbulnya perkara dan peristiwa baru yang tidak diterangkan pada zaman baginda (s.a.w). Dengan ketiadaan Nabi, kewujudan sebuah rujukan ilmu seperti baginda amatlah penting supaya keperluan-keperluan hukum hakam baru umat Islam dapat dipenuhi selaras dengan sunnah Nabi (s.a.w). 

Rujukan ilmu Amirul Mukminin dalam sabda-sabda Rasulullah (s.a.w)

Rujukan ilmu ini telah diperkenalkan kepada orang ramai dalam berbagai hadis dan pesanan Nabi (s.a.w). Sekiranya terjadi perselisihan ilmu mereka hendaklah merujuk kepada rujukan ilmu ini. 3 daripada hadis-hadis tersebut ialah:

1. Hadis al-Thaqalayn

Dalam hadis ini, Nabi (s.a.w) telah memperkenalkan Ahlul Bait kepada umatnya sebagai rujukan agama. Baginda meletakkan Al-Qur’an setara dengan Kitab Allah al-Qur’an sambil bersabda: “Kedua-duanya tidak akan terpisah dan sekiranya umat berpengang dengannya, maka mereka tidak akan sesat sampai bila-bila pun.”

Hadis al-Thaqalayn telah disepakati kesahihannya oleh semua umat Islam dan para ulama mereka sehinggakan Ibnu Kathīr al-Dimasyqi menukilkan hadis tersebut di dalam tafsirnya:

   وقد ثبت في الصحيح أنّ رسول اللّه صلى الله عليه وسلم قال في خطبته بغدير خم «إنّي تارك فيكم الثقلين كتاب اللّه وعترتى وإنّهما لم يفترقا حتّى يردا عليّ الحوض».
ابن كثير الدمشقي، إسماعيل بن عمر ابوالفداء القرشي (متوفاي774هـ)، تفسير القرآن العظيم، ج4، ص114، ناشر: دار الفكر - بيروت – 1401هـ..

Telah disabitkan di dalam Shahih (Muslim) bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda di dalam khutbah Ghadīr Khum bahawasanya, “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara beharga, Kitab Allah dan ‘Itrahku, dan kedua-duanya tidak akan terpisah selama-lamanya sehingga menemuiku di al-Ḥaudh.
- Ibnu Kathīr al-Dimasyqī, Ismāʽil bin ʽUmar Abul Fidā’ al-Qurashī (meninggal dunia tahun 774 Hijrah), Tafsīr al-Qur’anul ʽAẓīm, jilid 4 muka surat 114, penerbit Dār Fikr Beirut, 1401 Hijrah.

Dua kitab yang lain menyebut bahawa:

قال شيخنا أبو عبد اللّه الذهبي: و هذا حديث صحيح.

ابن كثير الدمشقي، إسماعيل بن عمر ابوالفداء القرشي (متوفاي774هـ)، السيرة النبويّة، ج4، ص416، تحقيق : مصطفى عبد الواحد، ناشر : دار المعرفة للطباعة والنشر والتوزيع - بيروت – لبنان، 1395هـ- 1976 م؛
ابن كثير الدمشقي، إسماعيل بن عمر ابوالفداء القرشي (متوفاي774هـ)، البداية والنهاية، ج 5، ص228، تحقيق وتدقيق وتعليق : علي شيري، ناشر : دار إحياء التراث العربي - بيروت - لبنان، چاپ : الأولى، 1408هـ - 1988 م.

Guru kami Abū ʽAbdiLlah al-Dhahabī berkata: Hadis ini sahih.
- Ibnu Kathīr al-Dimasyqī, Ismāʽil bin ʽUmar Abul Fidā’ al-Qurashī (meninggal dunia tahun 774 Hijrah), Sīrah al-Nabawiyyah, jilid 4 muka surat 416, taḥqīq Muṣṭafā ʽAbdul Wāḥid, penerbit Dār al-Maʽrifah Lil Ṭabāʽah Wa al-Nashr Wa al-Tawzīʽ, Beirut, Lubnan, 1395 Hijrah - 1976 Masihi.
- Ibnu Kathīr al-Dimasyqī, Ismāʽil bin ʽUmar Abul Fidā’ al-Qurashī (meninggal dunia tahun 774 Hijrah), Al-Bidāyah Wa al-Nihāyah, jilid 5 muka surat 228, taḥqīq ʽalī Shīrī, penerbit: Dār Aḥyā’ al-Turāth al-ʽArabī, Beirut, Lubnan, cetakan pertama, 1408 Hijrah 1988 Masihi.
 
Syeikh Nāṣir al-Dīn al-Bānī Wahhābḥ turut menyatakan kesahihan hadis tersebut.

- Al-Banī, Muḥammad Nāṣir, Ṣaḥīh al-Jāmiʽ al-Ṣaghīr jilid 1 muka surat 136, hadis 2748, penerbit: Al-Maktab al-Islāmī 

Ibnu Hajar al-Haythamī juga berkata:

رواه الطبراني في الكبير ورجاله ثقات.
الهيثمي، ابوالحسن علي بن أبي بكر (متوفاي 807 هـ)، مجمع الزوائد ومنبع الفوائد، ج1، ص170، ناشر: دار الريان للتراث/‏ دار الكتاب العربي - القاهرة، بيروت – 1407هـ.


Diriwayatkan oleh al-Ṭabrānī di dalam al-Kabīr, dan semua rijalnya adalah thiqah

- Al-Haythamī, Abul Ḥasan ʽAlī bin Abī Bakr (Meninggal dunia tahun 807 Hijrah), Majma’ al-Zawā’id Wa Manba’ al-Fawāíd

Pendalilan hadis al-Thaqalayn terhadap Ahlul Bait sebagai rujukan ilmu

Pendalilan hadis ini terhadap rujukan ilmu Ahlul Bait amatlah terang dan jelas. Ini disebabkan berpegang dengan Ahlul Bait diletakkan bersamaan dengan berpegang dengan kitab Allah. Oleh itu, sebagaimana al-Qur’an menjadi rujukan ilmu untuk memberi hidayah kepada manusia dari kesesatan, maka berpegang dengan Ahlul Bait Nabi (s.a.w) juga menjadi hidayah dari kesesatan. Sudah sedia maklum bahawa mengikuti dan berpegang dengan Ahlul Bait Nabi (s.a.w) sesuai dengan akidah keImāmahan dan kepengikutan mereka sebagai imam-imam bagi umat Islam.

Sebahagian para ulama Ahlusunnah turut mengakui hidayah dengan berpegang kepada Ahlul Bait (a.s) (beramal dengan perintah mereka) setelah menyedari kesetaraan berpegang dengan Ahlul Bait dan al-Qur’an dalam hadis ini. Namun ini semua hanya menjadi kenyataan dengan mematuhi akidah keImāmahan mereka dan menjadikan mereka sebagai rujukan ilmu.

Sebagai contoh, kami perturunkan pendapat beberapa orang daripada mereka:

1. Taftāzānī dalam kitab Syarh al-Maqāṣid menyatakan:

ألا يرى أنه صلى الله عليه وسلم قرنهم بكتاب الله في كون التمسك بهما منقذا من الضلالة ولا معنى للتمسك بالكتاب إلا الأخذ بما فيه من العلم والهداية فكذا في العترة.
التفتازاني، سعد الدين مسعود بن عمر بن عبد الله (متوفاي 791هـ)، شرح المقاصد في علم الكلام، ج 2، ص 303، ناشر: دار المعارف النعمانية - باكستان، الطبعة: الأولى، 1401هـ - 1981م.

Tidakkah terlihat bahawa Rasulullah (s.a.w) menghubungkan mereka (Ahlul Bait) dengan Kitab Allah dalam konteks berpegang dengan kedua-duanya untuk keselamatan dari kesesatan. Tidak dinamakan berpegang dengan kitab (al-Qur’an) melainkan dengan beramal dengan ilmu dan hidayah yang terkandung di dalamnya. Demikian juga mengenai Itrah.
- Al-Taftāzānī, Saʽd al-Dīn Masʽūd bin ʽUmar bin ʽAbdillah bin ʽUmar bin ʽAbdiLlah (meninggal dunia tahun 791 Hijrah), Sharḥ al-Maqāṣid Fī ʽIlm al-Kalām, jilid 2 muka surat 303, penerbit Dār al-Muʽārif al-Nuʽmāniyah, Pakistan, cetakan pertama 1401 Hijrah, 1981 Masihi.

2. Mulla ʽAlī Qārī di dalam kitab Mirqāt al-Mafātīḥ Sharḥ Mishkāt al-Maṣābīh menukilkan kata-kata Ibnu al-Malik tentang perkara ini:

وقال ابن الملك : التمسك بالكتاب العمل بما فيه ، وهوالائتمار بأوامر الله والانتهاء بنواهيه . ومعنى التمسك بالعترة محبتهم والاهتداء بهديهم وسيرتهم.
القاري، علي بن سلطان محمد (متوفاي 1014هـ)، مرقاة المفاتيح شرح مشكاة المصابيح، ج 11، ص307، تحقيق : جمال عيتاني، ناشر: دار الكتب العلمية - لبنان/ بيروت الطبعة : الأولى - 1422هـ - 2001م.

Ibnu Malik berkata: Berpegang dengan kitab (al-Qur’an) ialah beramal dengan apa yang ada di dalamnya. Iaitu ketaatan dengan perintah Allah dan menghindari laranganNya. Manakala makna berpegang dengan al-ʽItrah ialah kecintaan terhadap mereka, dan mendapatkan bimbingan serta sirah mereka.
- Al-Qārī, ʽAlī bin Sulṭān Muḥammad (meninggal dunia tahun 1014 Hijrah), Mirqāt al-Mafātīḥ Sharḥ Mishkāt al-Maṣābīh, jilid 11 muka surat 307, taḥqīq: Jamāl ʽItānī. Penerbit: Dār al-Kutub al-ʽIlmiyah - Lubnan/ Beirut, cetakan pertama - 1422 hijrah - 2001 Masihi.

3. Munāwi turut menyatakan:

زاد في رواية  (كهاتين) وأشار بأصبعيه وفي هذا مع قوله أولا إني تارك فيكم تلويح بل تصريح بأنهما كتوأمين خلفهما ووصى أمته بحسن معاملتهما وإيثار حقهما على أنفسهم واستمساك بهما في الدين.
المناوي، محمد عبد الرؤوف بن علي بن زين العابدين (متوفاي 1031هـ)، فيض القدير شرح الجامع الصغير، ج3، ص 15، ناشر: المكتبة التجارية الكبري - مصر، الطبعة: الأولى، 1356هـ.

Terdapat banyak hadis Nabi (s.a.w) yang lain, dan baginda menunjukkan terhadap kedua-duanya dengan jari. Mengenai perkara ini (yang pertama) sabda baginda: “Aku tinggalkan kepada kamu” memberi petanda, bahkan menerangkan bahawa kedua-duanya bagaikan kembar, baginda meninggalkan mereka berdua setelah kewafatan, dan baginda mewasiatkan umatnya supaya bersikap baik dengan kedua-duanya, melebihkan hak kedua-duanya dari diri mereka sendiri, dan berpegang dengan kedua-duanya dalam beragama.
- Al-Manāwī, Muḥammad ʽAbdul Ra’ūf bin ʽAlī bin Zain al-ʽAbidīn (meninggal dunia tahun 1031 Hijrah), Fayḍ al-Qadīr al-Jāmiʽ al-Ṣaghīr, jilid 3 muka surat 15, penerbit al-Maktabah al-Tijāriyah al-Kubrā, Mesir, cetakan pertama, 1356 Hijrah.

B: Ahlul Bait rujukan bagi penyelesaian masalah setelah Nabi (s.a.w)

Rasulullah (s.a.w) sudah beberapa kali memperkenalkan Ahlul Bait (a.s) yang bermula dengan Ali bin Abi Talib (a.s) sebagai rujukan bagi penyelesaian segala perselisihan di kalangan umat baginda.

Sambil mengesahkan status hadis tersebut menurut standard al-Bukharī dan Muslim, Ḥākim al-Nishābūrī di dalam kitab al-Mustadrak menyatakan:

(حدثنا) عبدان بن يزيد بن يعقوب الدقاق من أصل كتابه ثنا إبراهيم بن الحسين بن ديزيل ثنا أبو نعيم ضرار بن صرد ثنا معتمر بن سليمان قال سمعت أبي يذكر عن الحسن عن انس بن مالك رضي الله عنه ان النبي صلى الله عليه وآله وسلم قال لعلي:أنت تبين لامتي ما اختلفوا فيه بعدي.
هذا حديث صحيح على شرط الشيخين ولم يخرجاه.»

Abdān bin Yazīd bin Yaʽqūb al-Daqqāq menceritakan kepada kami, Ibrahim bin al-Ḥusayn bin Dizīl menceritakan kepada kami, Abū Nuʽaym Ḍirār bin Ṣird, Muʽtamir bin Sulaymān menceritakan kepada kami, dia berkata: aku mendengar ayahku menyebut tentang al-Ḥasan, daripada Anas bin Malik yang meriwayatkan bahawa Nabi (s.a.w) bersabda kepada Ali bin Abi Talib:
Engkau adalah penerang kepada umatku terhadap apa yang mereka perselisihkan setelahku.
Hadis ini sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim, sedangkan mereka berdua tidak pernah mengeluarkannya.
- Al-Ḥākim, Muḥammad bin ʽAbdiLlah, Abu ʽAbdiLlah (meninggal dunia tahun 405 Hijrah), al-Mustadrak ʽAlā al-Ṣaḥīḥayn, jilid 3 muka surat 132, Taḥqīq Muṣtāfā ʽAbd al-Qādir ʽAṭā’, penerbit Dār al-Kutub al-ʽIlmiyah, Beirut, cetakan pertama 1411 Hijrah 1990 Masihi.

Riwayat ini juga terdapat di dalam kitab-kitab berikut:

- Ibnu ʽAsākir al-Dimashqī al-Shāfiʽī, Abī al-Qāsim ʽAli bin al-Ḥasan Ibnu Hibbat Allah bin ʽAbdiLlah, (meninggal dunia tahun 571 Hijrah), Tārikh Madinah al-Dimashq wa Zikr Faḍliha Wa Tasmiyah man Hallaha min al-Amthāl, jilid 42, muka surat 387, taḥqīq: Muhibbuddin Abi Saʻid Umar bin Garamah al-ʻAmri, penerbit Darul Fikr, Beirut 1995;
- Al-Hindī, ʽAlā’ al-Dīn ʽAlī al-Muttaqī bin Ḥusām al-Dīn (meninggal dunia tahun 975 Hijrah), Kanz al-ʽUmmal Fī al-Sunan al-Aqwāl wa al-Afʽāl, jilid 11, muka surat 282 Hijrah, Taḥqīq: Maḥmūd ʽUmar al-Damyāṭī, penerbit: Dār al-Kutub al-ʽIlmiyah, Beirut, cetakan pertama, 1419 Hijrah - 1998 Masihi.
- Al-Iṣbahānī, Abū Naʽīm Aḥmad bin AbdiLlah (meninggal dunia tahun 430 Hijrah), Ḥilliyatul Awliyā’ Wa Ṭabaqāt al-Aṣfiyā’, jilid 1 muka surat 64, penerbit: Dār al-Kitāb al-ʽArabī, Beirut cetakan ke-empat, 1405 Hijrah. 
- Al-Khawarizmī, al-Muwaffiq bin Aḥmad al-Bakrī al-Makkī al-Ḥanafī, (meninggal dunia tahun 568 Hijrah), al-Manāqib, muka surat 85, Taḥqīq al-Shaykh Mālik al-Maḥmūdī, Mu’asasah Sayyidul Shuhadā (a.s), Mu’asasah al-Nashr al-Islāmī al-Tābiʽah Li Jamāʽah al-Mudarrisīn, Qom, cetakan kedua, Rabīʽul Thanī 1414 Hijrah.
- Al-Qandūzī al-Ḥanafī, al-Shaykh Sulaymān bin Ibrāhim (meninggal dunia tahun 1294 Hijrah), Yanābīʽ al-Mawaddah Lizawi al-Qurbā, jilid 2 muka surat 488, Taḥqīq Sayid ʽAlī Jamāl Ashraf al-Ḥusaynī, penerbit: Dār al-Uswah Li Ṭabāʽah Wa al-Nashr, Qom, cetakan pertama, 1416 Hijrah.

Ḥākim al-Nishabūrī menukilkan riwayat lain seperti berikut:

حدثنا مكرم بن أحمد القاضي ثنا أحمد بن علي الأبار ثنا إسحاق بن سعيد بن أركون الدمشقي ثنا خليد بن دعلج أبو عمرو السدوسي أظنه عن قتادة عن عطاء عن بن عباس رضي الله عنهما قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم النجوم أمان لأهل الأرض من الغرق وأهل بيتي أمان لأمتي من الاختلاف فإذا خالفتها قبيلة من العرب اختلفوا فصاروا حزب إبليس هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه
الحاكم النيسابوري،  ابو عبدالله محمد بن عبدالله (متوفاى 405 هـ)، المستدرك علي الصحيحين،  ج 3، ص 162، ح4715، تحقيق: مصطفي عبد القادر عطا، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت الطبعة: الأولى، 1411هـ - 1990م.

Mukram bin Aḥmad al-Qāḍī menceritakan kepada kami, Aḥmad bin ʽAlī al-Abbār menceritakan kepada kami, Isḥāq bin Saʽīd bin Arkūn al-Dimashqī, telah menceritakan kepada kami Daʽlaj Abū ʽAmrū al-Sadūsī, aku sangka daripada Qatādah, daripada ʽAṭā’, daripada ʽAbbas berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Bintang-bintang adalah keamanan untuk penghuni bumi dari tenggelam, dan Ahlul Baitku adalah keamanan untuk umatku dari perselisihan. Apabila sebuah kabilah Arab berpaling darinya, maka jadilah mereka sebagai golongan iblis. Hadis ini sahih persanadannya sedangkan al-Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya.
- Al-Ḥākim al-Nishābūrī, Abū ʽAbdiLlah Muḥammad bin ʽAbdiLlah (meninggal dunia tahun 405 Hijrah), al-Mustadrak ʽAlā al-Ṣaḥiḥayn, jilid 3 muka surat 162, hadis 4715, Taḥqīq: Muṣṭafā ʽAbd al-Qādir ʽAṭā, penerbit Dār al-Kutub al-ʽIlmiyah, Beirut, cetakan pertama 1411 Hijrah - 1990 Masihi.

Memang jelas dan terang dalam perselisihan-perselisihan biasa di kalangan umat Islam seperti perselisihan tentang masalah harta dan lain-lain lagi memerlukan seorang yang berkemampuan menjadi rujukan untuk penyelesaiannya. Namun tidak semua orang mampu melakukannya. Umat memerlukan seorang yang mampu menyelesaikan masalah perselisihan ilmu di kalangan mereka, namun tidak semua orang mampu menyelesaikan masalah perselisihan di kalangan ulama. Bahkan individu yang menyelesaikan perselisihan itu hendaklah mempunyai banyak ilmu yang dianugerahkan oleh Allah (s.w.t) melalui Nabi (s.a.w). Kita semua mengetahui bahawa Ali bin Abi Talib merupakan individu yang paling berpengatahuan di kalangan umat manusia di zamannya. Ini disebabkan beliau individu yang diletakkan sebaris dengan al-Qur’an. Para sahabat juga turut mengaku bahawa Ali bin Abi Talib (a.s) merupakan individu paling ʽalim dan pintu kota ilmu sebagaimana yang disebut oleh Aisyah dan Ibnu Abbas. Perkara ini akan dibahaskan lagi dalam “Ali bin Abi Talib sebagai rujukan ilmu menurut pengakuan para sahabat dan tabiʽin).

C: Ali bin Abi Talib (a.s) pintu kota ilmu

عن ابن عباس قال قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: «أنا مدينة العلم وعلي بابها فمن أراد العلم فليأته من بابه.
الطبراني، سليمان بن أحمد بن أيوب ابوالقاسم (متوفاي360هـ)، المعجم الكبير، ج 11/65 تحقيق: حمدي بن عبدالمجيد السلفي، ناشر: مكتبة الزهراء، الموصل، الطبعة: الثانية، 1404هـ ؛ 
الجزري، عز الدين بن الأثير أبي الحسن علي بن محمد (متوفاي630هـ)، أسد الغابة في معرفة الصحابة، ج4، ص 109، تحقيق عادل أحمد الرفاعي، ناشر: دار إحياء التراث العربي - بيروت / لبنان، الطبعة: الأولى، 1417 هـ - 1996 م؛
البغدادي، أحمد بن علي ابوبكر الخطيب (متوفاي463هـ)، تاريخ بغداد، ج 4، ص348، ناشر: دار الكتب العلمية – بيروت؛
السيوطي، جلال الدين عبد الرحمن بن أبي بكر (متوفاي911هـ)، جامع الاحاديث(الجامع الصغير وزوائده ) ،ج 1، ص 415، ناشر : دار الفكر للطباعة والنشر والتوزيع – بيروت، الطبعة الأولى، 1401 هـ - 1981 م.

Diriwayatkan Ibnu ʽAbbas berkata, Rasulullah (s.a.w) bersabda: Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya, barangsiapa yang inginkan ilmu, maka hendaklah datang melalui pintunya.
- Al-Ṭabrānī, Sulaymān bin Aḥmad bin Ayyūb Abu al-Qāsim (meninggal dunia tahun 360 Hijrah), al-Muʽjam al-Kabīr, jilid 11/ 65, Taḥqīq Ḥamdī bin ʽAbdul Majīd al-Salafī, penerbit: Maktabah al-Zahrā’, al-Mauṣūl, cetakan kedua, 1404 hijrah, 
- al-Jazarī, ʽIz al-Dīn bin al-Athīr Abī al-Hasan ʽAli bin Muḥammad (meninggal dunia tahun 630 Hijrah), Usud al-Ghābah Fī Maʽrifah al-Sahabah, jilid 4 muka surat 109, Taḥqīq ʽĀdil Aḥmad al-Rifāʽī, penerbit Dār Iḥyā al-Turāth al-ʽArabī, Beirut, Lubnān, cetakan pertama, 1417 Hijrah, 1996 Masihi.
- Al-Baghdādī, Aḥad bin ʽAlī Abū Bakr al-Khatīb (meninggal dunia tahun 463 Hijrah) Tārīkh Baghdād, jilid 4 muka surat 348, penerbit Dār al-Kutub al-ʽIlmiyah, Beirut.
- Al-Sayūṭī, Aḥmad bin ʽAlī Abū Bakr al-Khaṭīb (meninggal dunia tahun 911 Hijrah), Jāmiʽ al-Aḥadith (al-Jāmiʽ al-Ṣaghīr Wa Zawā’idduhu), jilid 1 muka surat 415, penerbit Dār al-Fikr Li Ṭabāʽah Wa al-Nashr Wa al-Tawzīʽ, Beirut cetakan pertama, 1401 Hijrah, 1981 Masihi.


Ḥākim Nishabūrī juga turut menukilkan hadis ini daripada Aʽmash sambil menganggapnya sahih:
هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه.
محمد بن عبدالله ابوعبدالله الحاكم (متوفاي405 هـ)، المستدرك علي الصحيحين، ج3، ص137، تحقيق: مصطفي عبد القادر عطا، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت، الطبعة: الأولى، 1411هـ - 1990م.

Sanad-sanad hadis ini sahih sedangkan al-Bukhari dan Muslim tidak pernah mengeluarkannya.
- Al-Ḥākim al-Nishābūrī, Abū ʽAbdiLlah Muḥammad bin ʽAbdiLlah (meninggal dunia tahun 405 Hijrah), al-Mustadrak ʽAlā al-Ṣaḥiḥayn, jilid 3 muka surat 137, Taḥqīq: Muṣṭafā ʽAbd al-Qādir ʽAṭā, penerbit Dār al-Kutub al-ʽIlmiyah, Beirut, cetakan pertama 1411 Hijrah - 1990 Masihi.

Al-Ḥākim Nishābūrī juga turut memuatkan hadis ini daripada Ibnu ʽAbbas melalui jalur sanad yang lain dan berkata:

ولهذا الحديث شاهد من حديث سفيان الثوري بإسناد صحيح.
محمد بن عبدالله ابوعبدالله الحاكم (متوفاي405 هـ)، المستدرك علي الصحيحين، ج3، ص137، تحقيق: مصطفي عبد القادر عطا، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت، الطبعة: الأولى، 1411هـ - 1990م.

Kesaksian untuk hadis ini ialah daripada Sufyān al-Thawrī dengan sanad-sanad yang sahih.
- Al-Ḥākim al-Nishābūrī, Abū ʽAbdiLlah Muḥammad bin ʽAbdiLlah (meninggal dunia tahun 405 Hijrah), al-Mustadrak ʽAlā al-Ṣaḥiḥayn, jilid 3 muka surat 137, Taḥqīq: Muṣṭafā ʽAbd al-Qādir ʽAṭā, penerbit Dār al-Kutub al-ʽIlmiyah, Beirut, cetakan pertama 1411 Hijrah - 1990 Masihi.

Ibnu Ḥajar al-ʽAsqalānī berkata:

وهذا الحديث له طرق كثيرة في مستدرك الحاكم، أقل أحوالها أن يكون للحديث أصل، فلا ينبغى أن يطلق عليه بالوضع.
العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر ابوالفضل (متوفاي852 هـ)، لسان الميزان، ج 2 ص22، تحقيق: دائرة المعرف النظامية - الهند، ناشر: مؤسسة الأعلمي للمطبوعات - بيروت، الطبعة: الثالثة، 1406هـ – 1986م.

Hadis ini mempunyai banyak jalan persanadan di dalam Mustadrak al-Ḥakijm, paling kurang ia menjadikannya mempunyai asas. Maka tidak sepatutnya kita menganggap ianya hadis palsu.
- Al-ʽAsqalānī al-Shafiʽī, Aḥmad bin ʽAlī bin Hajar Abū al-Faḍl (meninggal dunia tahun 852 Hijrah), Lisān al-Mizān, jilid 2 muka surat 22, Taḥqīq Dā’irah al-Maʽārif al-Niẓāmiyyah - al-Hind, penerbit: Mu’asasah al-Aʽlamī Lil Maṭbūʽāt, Beirut, cetakan ketiga, 1406 Hijrah - 1986 Masihi.

Analisa riwayat ini:

Pintu ilmu bermakna sesiapa yang ingin mengambil ilmu dari kota ilmu (Rasulullah) hendaklah melalui pintu kota tersebut. Ini bermakna hanya Ali bin Abi Talib diperkenalkan sebagai rujukan ilmu di kalangan umat. Ini disebabkan menurut hadis ini, barangsiapa yang ingin mencapatkan sabda-sabda Nabi (s.a.w), maka dia hendaklah merujuk kepada Ali bin Abi Talib dan para imam maksum setelah beliau yang mana mereka ini juga telah mengambil ilmu daripada Ali. Ini disebabkan mereka ini adalah pengantara di antara kita dan kota ilmu.

Rujukan ilmu Ali bin Abi Talib dari ucapan sahabat dan Tabiʽin:

Sebahagian dari para sahabat turut menganggap diri Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib sebagai orang yang paling berpengetahuan di kalangan orang ramai dan sahabat. Ini juga turut bermakna rujukan ilmu beliau kerana akal logik membenarkan orang biasa merujuk kepada mereka yang lebih berpengetahuan. Ucapan beberapa para sahabat adalah seperti berikut:

1. Aisyah: Ali bin Abi Talib paling berpengatahuan dengan sunnah!

Bukhari menukilkan kata-kata ʽAisyah di dalam kitab tārīkhnya:

علي أعلم الناس بالسنّة.
البخاري الجعفي، محمد بن إسماعيل ابوعبدالله (متوفاي256هـ)، التاريخ الكبير، ج 2، ص255، تحقيق: السيد هاشم الندوي، ناشر: دار الفكر؛
ابن عساكر الدمشقي الشافعي، أبي القاسم علي بن الحسن إبن هبة الله بن عبد الله،(متوفاي571هـ)، تاريخ مدينة دمشق وذكر فضلها وتسمية من حلها من الأماثل، ج42، ص408، تحقيق: محب الدين أبي سعيد عمر بن غرامة العمري، ناشر: دار الفكر - بيروت - 1995.

Ali paling berpengatahuan dengan sunnah di kalangan manusia.
- Al-Bukhārī al-Jaʽfī, Muḥammad bin Ismāʽil Abū ʽAbdiLlah (meninggal dunia tahun 256 Hijrah), al-Tārīkh al-Kabīr, jilid 2 muka surat 255, Taḥqīq: al-Sayid Hāshim al-Nadwī, penerbit Dār al-Fikr
- Ibnu ʽAsākir al-Dimashqī al-Shafiʽī, Abī al-Qāsim ʽAlī bin al-Ḥasan Ibnu Hibbt Allah bin AbdiLlah, (meninggal dunia tahun 571 Hijrah), Tārikh Madinah al-Dimashq wa Zikr Faḍliha Wa Tasmiyah man Hallaha min al-Amthāl, jilid 42, muka surat 408, taḥqīq: Muhibbuddin Abi Saʻid Umar bin Garamah al-ʻAmri, penerbit Darul Fikr, Beirut 1995;

Rujukan ilmu terhadap insan yang paling berpengetahuan dengan sunnah nabi di kalangan umat Islam tersebut tidak dapat dinafikan lagi.

2. Ibnu Abbas: Ali memiliki seluruh ilmu

Tokoh-tokoh Ahlusunnah menukilkan daripada Ibnu ʽAbbas:

لقد أعطي علي تسعة أعشار العلم وأيم الله لقد شاركهم في العشر العاشر.
النمري القرطبي المالكي، ابوعمر يوسف بن عبد الله بن عبد البر (متوفاي 463هـ)، الاستيعاب في معرفة الأصحاب، ج 3، ص1104، تحقيق: علي محمد البجاوي، ناشر: دار الجيل - بيروت، الطبعة: الأولى، 1412هـ ؛
الجزري، عز الدين بن الأثير أبي الحسن علي بن محمد (متوفاي630هـ)، أسد الغابة في معرفة الصحابة، ج 4 ص 109، تحقيق عادل أحمد الرفاعي، ناشر: دار إحياء التراث العربي - بيروت / لبنان، الطبعة: الأولى، 1417 هـ - 1996 م؛
الثعالبي ، عبد الرحمن بن محمد بن مخلوف (متوفاي875هـ) ، الجواهر الحسان في تفسير القرآن، ج 1، ص52، ناشر : مؤسسة الأعلمي للمطبوعات – بيروت؛
النووي الشافعي، محيي الدين أبو زكريا يحيى بن شرف بن مر بن جمعة بن حزام (متوفاي676 هـ)، تهذيب الأسماء واللغات، ج 1، ص317. تحقيق: مكتب البحوث والدراسات، ناشر: دار الفكر - بيروت، الطبعة: الأولى، 1996م؛
الشيرازي الشافعي، ابوإسحاق إبراهيم بن علي بن يوسف (متوفاي 476هـ)، طبقات الفقهاء ، ح1، ص23، تحقيق : خليل الميس ، ناشر : دار القلم - بيروت ؛
الطبري، ابوجعفر محب الدين أحمد بن عبد الله بن محمد (متوفاي694هـ)، ذخائر العقبى في مناقب ذوي القربى، ج1، ص78، ناشر : دار الكتب المصرية – مصر؛
الجندي الكندي: بهاء الدين محمد بن يوسف بن يعقوب، السلوك في طبقات العلماء والملوك، ج1، ص 80 ، تحقيق : محمد بن علي بن الحسين الأكوع الحوالي، دار النشر : مكتبة الإرشاد - صنعاء، الطبعةالثانية، 1995م؛
الصالحي الشامي، محمد بن يوسف (متوفاي942هـ)، سبل الهدي والرشاد في سيرة خير العباد، ج11، ص289، تحقيق: عادل أحمد عبد الموجود وعلي محمد معوض، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت، الطبعة: الأولى، 1414هـ .

Ali telah dianugerahkan sembilan dari sepuluh ilmu, demi Allah manusia berkongsi ilmu kesepuluh.
- Al-Nimrī al-Qurṭubī al-Mālikī, Abū ʽUmar Yūsuf bin ʽAbdiLlah bin ʽAbd al-Bar (meninggal dunia tahun 463 Hijrah), Al-Istiʽāb fī Maʽrifah al-Aṣḥāb, jilid 3 muka surat 1104 Hijrah, Ṭaḥqīq ʽAlī Muḥammad al-Bukhārī, penerbit Dār al-Jayl - Beirut, cetakan pertama 1412 hijrah.
- Al-Jazrī, ʽIzzuddīn bin Athīr Abī al-Ḥasan ʽAlī bin Muḥammad (meninggal dunia tahun 630 Hijrah), Usdul Ghābah fī Maʽrifah al-Sahābah, jilid 4 muka surat 109, Taḥqīq ʽĀdil Aḥmad al-Rifāʽī, penerbit Dār Iḥyā al-Turāth al-ʽArabī - Beirut, Lubnan, cetakan pertama, 1417 Hijrah, 1996 Masihi.
- Al-Thaʽalabī, ʽAbdul Raḥmān bin Makhluf (meninggal dunia tahun 875 Hijrah), al-Jawāhir al-Ḥassān fī Tafsīr al-Qur’an, jilid 1, muka surat 52, penerbit Mu’asasah al-Aʽlamiy Lil Maṭbūʽāt - Beirut.
- Al-Nawāwī al-Shāfiʽī, Muḥiyuddīn Abū Zakariyā bin Sharf bin Mur bin Jumʽah bin Ḥizām (meninggal dunia tahun 676 Hijrah), Tahdhīb al-Asmā’ Wa al-Lughāt, jilid 1 muka surat 317, Taḥqīq: Maktabah al-Buhūth wa al-Dirāsāt, penerbit: Dār al-Fikr Beirut, cetakan pertama 1996 Masihi.
- Al-Shir6zī al-Shāfiʽī, Abu Ishāq Ibrāhim bin ʽAlī bin Yūsuf (meninggal dunia tahun 476 Hijrah) cetakan al-Fuqahā’, jilid 1 muka surat 23, Taḥqīq Khalil al-Mays, penerbit Dār al-Qalam, Beirut.
- Al-Ṭabarī, Abū Jaʽfar Muhib al-Dīn Aḥmad bin ʽAbduLlah bin Muḥammad (meninggal dunia tahun 694 Hijrah), Dhkhāír al-ʽUqbā fī Manāqib Dhawil Qurbā, jilid 1 muka surat 78, penerbit Dār al-Kutub al-Miṣriyyah, Mesir.
- Al-Janadī: Bahā’uddīn Muḥammad bin Yūsuf bin Yaʽqūb, al-Suluk fī Ṭabaqāt al-ʽUlamā’ wa al-Muluk, jilid 1 muka surat 80, Ṭaḥqīq: Muḥammad bin ʽAlī bin al-Ḥusayn al-Akwaʽ al-Ḥawālī, Dār al-Nashr: Maktabah al-Irshād, Sanaa, cetakan kedua, 1995 Masihi.
- Al-Ṣāliḥī al-Shāmī, Muḥammad bin Yūsuf (meninggal dunia tahun 942 Hijrah), Subul al-Salām Wa al-Rashād Fī Sirah Khayr al-ʽIbād, jilid 11 muka surat 289, Taḥqīq: ʽĀadil Aḥmad ʽAbd al-Mawjūd wa ʽAlī Muḥammd Muʽawwiḍ, penerbit Dār al-Kutub al-ʽIlmiyah, Beirut, cetakan pertama 1414 Hijrah.

Ketika Ibnu ʽAbbas yang dikenali sebagai “Ḥibr al-Ummah” berkata “Ali telah dianugerahkan sembilan dari sepuluh ilmu, demi Allah manusia berkongsi ilmu kesepuluh”, maka semua orang hendaklah mengiktiraf Ali bin Abi Talib (a.s) sebagai tempat rujukan ilmu.

Begitu juga kata-kata Ibnu ʽAbbas:

إذا ثبت لنا الشئ عن علي لم نعدل عنه إلى غيره.
النمري القرطبي المالكي، ابوعمر يوسف بن عبد الله بن عبد البر (متوفاي 463هـ)، الاستيعاب في معرفة الأصحاب، ج 3، ص1104، تحقيق: علي محمد البجاوي، ناشر: دار الجيل - بيروت، الطبعة: الأولى، 1412هـ ؛
الجزري، عز الدين بن الأثير أبي الحسن علي بن محمد (متوفاي630هـ)، أسد الغابة في معرفة الصحابة، ج 4 ص 110، تحقيق عادل أحمد الرفاعي، ناشر: دار إحياء التراث العربي - بيروت / لبنان، الطبعة: الأولى، 1417 هـ - 1996 م؛
النووي الشافعي، محيي الدين أبو زكريا يحيى بن شرف بن مر بن جمعة بن حزام (متوفاي676 هـ)، تهذيب الأسماء واللغات، ج 1، ص317، تحقيق: مكتب البحوث والدراسات، ناشر: دار الفكر - بيروت، الطبعة: الأولى، 1996م.

Tatkala sesuatu telah disabitkan untuk kami daripada Ali bin Abi Talib, maka kami tidak pernah merujuknya kepada orang lain.
- Al-Nimrī al-Qurṭubī al-Mālikī, Abū ʽUmar Yūsuf bin ʽAbdiLlah bin ʽAbd al-Bar (meninggal dunia tahun 463 Hijrah), Al-Istiʽāb fī Maʽrifah al-Aṣḥāb, jilid 3 muka surat 1104 Hijrah, Ṭaḥqīq ʽAlī Muḥammad al-Bukhārī, penerbit Dār al-Jayl - Beirut, cetakan pertama 1412 hijrah.
- Al-Jazrī, ʽIzzuddīn bin Athīr Abī al-Ḥasan ʽAlī bin Muḥammad (meninggal dunia tahun 630 Hijrah), Usdul Ghābah fī Maʽrifah al-Sahābah, jilid 4 muka surat 110, Taḥqīq ʽĀdil Aḥmad al-Rifāʽī, penerbit Dār Iḥyā al-Turāth al-ʽArabī - Beirut, Lubnan, cetakan pertama, 1417 Hijrah, 1996 Masihi.
- Al-Nawāwī al-Shāfiʽī, Muḥiyuddīn Abū Zakariyā bin Sharf bin Mur bin Jumʽah bin Ḥizām (meninggal dunia tahun 676 Hijrah), Tahdhīb al-Asmā’ Wa al-Lughāt, jilid 1 muka surat 317, Taḥqīq: Maktabah al-Buhūth wa al-Dirāsāt, penerbit: Dār al-Fikr Beirut, cetakan pertama 1996 Masihi.

Makna tidak merubah kepada individu lain seperti yang dimaksudkan oleh Ibnu ʽAbbas (Ḥibr al-Ummah) dalam memahami sesuatu masalah, maka ini benar-benar menunjukkan rujukan ilmu pada Ali bin Abi Talib di sisi sahabat.

Ibnu ʽAbbas yang merupakan ahli tafsir tersohor di kalangan para sahabat berkata:

فأما صدر المفسرين والمؤيد فيهم فعلي بن أبي طالب رضي الله عنه ويتلوه عبدالله بن عباس وهو تجرد للأمر وكمله وتبعه العلماء عليه كمجاهد وسعيد بن جبير وغيرهما والمحفوظ عنه في ذلك أكثر من المحفوظ عن علي وقال ابن عباس : ما أخذت من تفسير القرآن فعن علي بن أبي طالب
الأنصاري القرطبي، ابوعبد الله محمد بن أحمد (متوفاى671هـ)، الجامع لأحكام القرآن،  ج 1، ص35، ناشر: دار الشعب – القاهرة.

Para ahli tafsir menegaskan orang yang berada di jalan ini ialah Ali bin Abi Talib, setelahnya ialah ʽAbdullah bin Abbas yang pakar dalam bidang tafsir sepenuhnya. Para ulama juga menjadi pengikutunya seperti Mujahid dan Saʽid bin Jubair. Hadis-hadis dalam penafsiran al-Quran pada Ali bin Abi Talib lebih banyak dari Ibnu Abbas sedangkan Ibnu Abbas berkata: Segala penafsiran al-Quran yang kuambil, maka ianya daripada Ali bin Abi Talib.
- Al-Anṣārī al-Qurṭubī, Abū ʽAbdiLlah Muḥammad bin Aḥmad (meninggal dunia tahun 671 Hijrah), al-Jāmiʽ Li Aḥkām al-Qur’an, jilid 1 muka surat 35, penerbit Dār al-Shaʽb, Kaherah.

3. Saʽīd bin Musayyab: tidak ada seorangpun sahabat berkata: “Tanyalah padaku”, melainkan Ali bin Abi Talib.

Diriwayatkan Saʽīd bin Musayyab berkata:

لم يكن أحد من الصحابة يقول «سلوني» إلاّ عليّ.
الشيباني، أحمد بن حنبل ابوعبد الله (متوفاي241هـ)، فضائل الصحابة، ج 2، ص 646، تحقيق د. وصي الله محمد عباس، ناشر: مؤسسة الرسالة - بيروت، الطبعة: الأولى، 1403هـ – 1983م؛
ابن عساكر الدمشقي الشافعي، أبي القاسم علي بن الحسن إبن هبة الله بن عبد الله،(متوفاي571هـ)، تاريخ مدينة دمشق وذكر فضلها وتسمية من حلها من الأماثل، ج42، ص399، تحقيق: محب الدين أبي سعيد عمر بن غرامة العمري، ناشر: دار الفكر - بيروت - 1995؛
الذهبي الشافعي، شمس الدين ابوعبد الله محمد بن أحمد بن عثمان (متوفاي 748 هـ)، تاريخ الإسلام ووفيات المشاهير والأعلام، ج3، ص638، تحقيق د. عمر عبد السلام تدمرى، ناشر: دار الكتاب العربي - لبنان/ بيروت، الطبعة: الأولى، 1407هـ - 1987م؛
 ابن معين، يحيى بن معين أبو زكريا الوفاة: (متوفاي233هـ)، تاريخ ابن معين (رواية الدوري)، ج3، ص143، تحقيق : د. أحمد محمد نور سيف، ناشر : مركز البحث العلمي وإحياء التراث الإسلامي - مكة المكرمة – 1399هـ - 1979م، الطبعةالأولى؛

Tidak pernah seorang sahabat nabi yang berkata “tanyalah padaku” melainkan Ali bin Abi Talib.
- Al-Shaybānī, Aḥmad bin Ḥanbal Abū ʽAbdiLlah (meninggal dunia tahun 241 Hijrah), Faḍāʽil al-Saḥabah, jilid 2 muka surat 646, Taḥqīq Dr. Waṣīy Allah Muḥammad ʽAbbas, Penerbit Mu’asasah al-Risālah - Beirut, cetakan pertama, 1403 Hijrah 1983 Masihi.
- Ibnu ʽAsākir al-Dimashqī al-Shafiʽī, Abī al-Qāsim ʽAlī bin al-Ḥasan Ibnu Hibbt Allah bin AbdiLlah, (meninggal dunia tahun 571 Hijrah), Tārikh Madinah al-Dimashq wa Zikr Faḍliha Wa Tasmiyah man Hallaha min al-Amthāl, jilid 42, muka surat 399, taḥqīq: Muhibbuddin Abi Saʻid Umar bin Garamah al-ʻAmri, penerbit Darul Fikr, Beirut 1995;
- Al-Dhahībī al-Shāfiʽī, Shamsuddīn Abū ʽAbdiLlah Muḥammad bin Aḥmad bin Uthmān (meninggal dunia tahun 748 Hijrah), Tārīkh al-Islām Wa Wafāyat al-Mashāhīr al-Aʽlām, jilid 3 muka surat 638, Taḥqīq dr. ʽUmar ʽAbd al-Salām Tadmīrī, penerbit Dār al-Kutub al-ʽArabī - Lubnān/ Beirūt, cetakan pertama 1407 Hijrah 1987 Masihi.
- Ibnu Maʽīn, Yaḥyā bin Maʽīn Abū Zakariya (meninggal dunia tahun 233 Hijrah), Tārīkh Ibnu Maʽin (Riwāyah al-Dauriy), jilid 3 muka surat 143, Taḥqīq Dr. Aḥmad Muḥammad Nūr Sayf, penerbit: Markaz al-Bahth al-ʽIlmiy Wa Iḥyā’ al-ʽIlmīy Wa Iḥyā al-Turāth al-Islamiyyīy, Makkah al-Mukarramah, 1399 Hijrah 1979 Masihi, cetakan pertama.

Walau bagaimanapun dalam sebahagian sumber menyebut Saʽīd bin Musayyab berkata seperti berikut:

لم يكن أحد من الناس يقول: سلوني إلاّ عليّ» 
الجزري، عز الدين بن الأثير أبي الحسن علي بن محمد (متوفاي630هـ)، أسد الغابة في معرفة الصحابة، ج 4 ، ص 109، تحقيق عادل أحمد الرفاعي، ناشر: دار إحياء التراث العربي - بيروت / لبنان، الطبعة: الأولى، 1417 هـ - 1996م؛
السيوطي، جلال الدين عبد الرحمن بن أبي بكر (متوفاي911هـ)، تاريخ الخلفاء، ص171، تحقيق: محمد محي الدين عبد الحميد، ناشر: مطبعة السعادة - مصر، الطبعة: الأولى، 1371هـ - 1952م.

Tidak seorangpun manusia yang berkata “Tanyalah aku” melainkan Ali bin Abi Talib.
- Al-Shaybānī, Aḥmad bin Ḥanbal Abū ʽAbdiLlah (meninggal dunia tahun 241 Hijrah), Faḍā’il al-Ṣahābah, jilid 2 muka surat 646, Taḥqīq Dr. Waṣīy Allah Muḥammad ʽAbbās, penerbit: Mu’asasah al-Risālah - Beirut, cetakan pertama, 1403 Hijrah 1983 Masihi.
- Al-Nawāwī al-Shāfiʽī, Muḥiyuddīn Abū Zakariyā bin Sharf bin Mur bin Jumʽah bin Ḥizām (meninggal dunia tahun 676 Hijrah), Tahdhīb al-Asmā’ Wa al-Lughāt, jilid 1 muka surat 317, Taḥqīq: Maktabah al-Buhūth wa al-Dirāsāt, penerbit: Dār al-Fikr Beirut, cetakan pertama 1996 Masihi.
- Al-Jazrī, ʽIzzuddīn bin Athīr Abī al-Ḥasan ʽAlī bin Muḥammad (meninggal dunia tahun 630 Hijrah), Usdul Ghābah fī Maʽrifah al-Sahābah, jilid 4 muka surat 110, Taḥqīq ʽĀdil Aḥmad al-Rifāʽī, penerbit Dār Iḥyā al-Turāth al-ʽArabī - Beirut, Lubnan, cetakan pertama, 1417 Hijrah, 1996 Masihi.
- Al-Suyūṭī, Jalāluddin ʽAbdul Rahmān bin Abī Bakr (meninggal dunia tahun 911 Hijrah), Tārīkh al-Khulafā’, muka surat 171. Taḥqīq Muḥammad Muhyi al-Dīn ʽAbdul Ḥamīd, penerbit Maṭbaʽah al-Saʽādah, Mesir, cetakan pertama, 1371 Hijrah, 1952 Masihi.

Kata-kata Saʽīd bin Muṣayyab juga menegaskan tidak ada seorang pun sahabat nabi yang dapat menjadi rujukan ilmu bagi umat Islam setelah kewafatan Rasulullah (s.a.w).

4. ʽUmar berlindung dari masalah yang tidak ada Ali sebagai penyelesainya.

Ramai tokoh-tokoh Ahlusunnah menulis:
كان عمر يتعوذّ باللّه من معضلة ليس فيها أبو حسن.
الزهري، محمد بن سعد بن منيع ابوعبدالله البصري (متوفاي230هـ)، الطبقات الكبرى، ج2، ص339، ناشر: دار صادر - بيروت؛
ابن كثير الدمشقي، إسماعيل بن عمر ابوالفداء القرشي (متوفاي774هـ)، البداية والنهاية، ج7، ص360، ناشر: مكتبة المعارف – بيروت؛
العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر ابوالفضل (متوفاي852هـ)، تهذيب التهذيب، ج7، ص296، ناشر: دار الفكر للطباعة والنشر والتوزيع - بيروت - لبنان - بيروت، الطبعة: الأولى، 1404 - 1984 م؛
السيوطي، جلال الدين عبد الرحمن بن أبي بكر (متوفاي911هـ)، تاريخ الخلفاء، ص171، تحقيق محمد محي الدين عبد الحميد، ناشر: مطبعة السعادة ـ مصر، الطبعة: الأولى، 1371هـ - 1952م؛

ʽUmar berlindung dengan Allah dari kesulitan yang tidak ada Abul Ḥasan ketika itu.
- Al-Zuhrī, Muḥammad bin Manīʽ Abū ʽAbdiLlah al- Baṣrī (meninggal dunia tahun 230 Hijrah), al-Ṭabaqāt al-Kubrā, jilid 2 muka surat 339, penerbit Dāq Ṣādir, Beirut.
- Ibnu Kathīr al-Dimashqī, Ismāʽīl bin ʽUmar Abul Fidā’ al-Qurashī (meninggal dunia tahun 774 Hijrah), al-Bidāyah wa al-Nihāyah, jilid 7 muka surat 360, penerbit: Maktabah al-Maʽarif - Beirut.
- Al-ʽAsqalānī Al-Shāfiʽī, Aḥmad bin ʽAlī bin Ḥajar Abū al-Faḍl (meninggal dunia tahun 852 Hijrah), Taḥdhīb al-Tahdhīb, jilid 7 muka surat 296, penerbit Dār al-Fikr Li Ṭabāʽah Wa Nashr Wa al-Tawzīʽ, Beirut, Lubnan, cetakan pertama, 1404 Hijrah - 1984 Masihi.
- Al-Suyūṭī, Jalāluddīn ʽAbd al-Raḥmān bin Abī Bakr (meninggal dunia tahun 911 Hijrah), Tārīkh al-Khulafā’, muka surat 171, Taḥqīq Muḥammad Muhyi al-Dīn ʽAbd al-Ḥamīd, penerbit Maṭbaʽah al-Saʽādah, Mesir, cetakan pertama, 1371 Hijrah - 1952 Masihi.

Kemudian, terdapat pula kata-kata masyhur daripada khalifah Umar:

لولا علي لهلك عمر.
الدينوري، ابومحمد عبد الله بن مسلم ابن قتيبة (متوفاي276هـ)، تأويل مختلف الحديث، ج1، ص162، تحقيق : محمد زهري النجار ، ناشر : دار الجيل - بيروت – 1393هـ – 1972م؛
النمري القرطبي المالكي، ابوعمر يوسف بن عبد الله بن عبد البر (متوفاي 463هـ)، الاستيعاب في معرفة الأصحاب، ج 3، ص1103، تحقيق: علي محمد البجاوي، ناشر: دار الجيل - بيروت، الطبعة: الأولى، 1412هـ ؛
الإيجي، عضد الدين (متوفاي756هـ)، كتاب المواقف، ج 3،ص627 و ص636، تحقيق: عبد الرحمن عميرة، ناشر: دار الجيل، لبنان، بيروت، الطبعة: الأولى، 1417هـ ق، 1997م؛
 التفتازاني، سعد الدين مسعود بن عمر بن عبد الله (متوفاي 791هـ)، شرح المقاصد في علم الكلام، ج 2، ص 294، ناشر: دار المعارف النعمانية - باكستان، الطبعة: الأولى، 1401هـ - 1981م؛
ابن العربي، محمد بن عبد الله أبو بكر، العواصم من القواصم، ج 1 ، ص 202، تحقيق محب الدين الخطيب - ومحمود مهدي الاستانبولي ناشر : دار الجيل - لبنان - بيروت - 1407هـ - 1987م ، الطبعة : الثانية

“Sekiranya tidak ada Ali, binasalah Umar.”
- Al-Daynuri, Abū Muḥammad ʽAbdiLlah bin Muslim Ibnu Qutaybah (meninggal dunia tahun 276 Hijrah), Ta’wil Mukhtalaf al-Aḥādīth, jilid 1 muka surat 162. Taḥqīq: Muḥammad Zuhrī al-Najjār, Penerbit Dār al-Jayl, Beirut 1393 Hijrah - 1972 Masihi.
- Al-Nimrī al-Qurṭubī al-Mālikī, Abu ʽUmar Yūsuf bin ʽAbdiLlah bin ʽAbdul Bar (meninggal dunia tahun 463 Hijrah), Al-Istīʽāb fī Maʽrifah al-Aṣḥāb, jilid 3 muka surat 1103, Taḥqīq Ali Muḥammad al-Bajawī, penerbit Dār al-Jayl, Beirut, cetakan pertama 1412
- Al-Ījī, ʽIḍduddin (meninggal dunia tahun 756 Hijrah), Kitāab al-Mawāqif, jilid 3 muka surat 627 dan 636, Taḥqīq ʽAbdu al-Raḥmān ʽUmayrah, penerbit Dār al-Jayl, Beirut, cetakan pertama 1417 Hijrah, 1997 Masihi.
- Al-Taftāzānī, Sa’d Masʽūd bin ʽUmar bin ʽAbdiLlah (meninggal dunia tahun 791 Hijrah), Sharh al-Maqāṣid Fī ʽIlm al-Kalām, jilid 2 muka surat 294, penerbit Dār al-Muʽārif al-Nuʽmaniyyah - Pakistan, cetakan pertama, 1401 Hijrah, 1981 Masihi.
- Ibnu al-ʽArabī, Muḥammad bin ʽAbduLlah Abū Bakr, al-ʽAwaṣim Min al-Qawāṣim, jilid 1 muka surat 202, Taḥqīq Muḥib al-Dīn al-Khāṭīb, dan Maḥmūd Mahdī al-Istaānbūlī, penerbit Dār al-Jayl, Lubnan, Beirut, 1407 Hijrah, 1987 Masihi, cetakan kedua.

Sementara itu golongan Ahlusunnah Wal Jama’ah menganggap Umar sebagai individu yang alim dengan sunnah Rasulullah (s.a.w). Namun dengan kata-kata ini jelas menunjukkan bahawa dia juga memerlukan ilmu Ali bin Abi Talib (iaitu ilmu yang Nabi ajar kepada Ali) untuk menyelesaikan masalah besarnya sedangkan khalifah ʽUmar tidak memanfaatkan ilmu daripada orang lain sehingga mengeluarkan ucapan tersebut.

Jelas sekali siapakah yang menjadi rujukan ilmu untuk umat Islam sedangkan beliau sendiri tidak memerlukan orang lain walaupun orang lain memerlukannya.
.
5. Para sahabat merujuk kepada pandangan Amirul Mukiminin Ali bin Abi Talib (a.s)

Muḥiyuddīn Nawāwī di dalam kitab Taḥdhībul al-Asmā’ menulis:
وسؤال كبار الصحابة ورجوعهم إلى فتاويه وأقواله في المواطن الكثيرة والمسائل المعضلات، مشهور.
النووي الشافعي، محيي الدين أبو زكريا يحيى بن شرف بن مر بن جمعة بن حزام (متوفاي676 هـ)، تهذيب الأسماء واللغات، ج 1، ص317، تحقيق: مكتب البحوث والدراسات، ناشر: دار الفكر - بيروت، الطبعة: الأولى، 1996م.

Pertanyaan para sahabat besar, dan rujukan mereka kepada pandangan beliau (Ali bin Abi Talib) dalam berbagai hal serta masalah merupakan khabar yang masyhur.
- Al-Nawāwī al-Shāfiʽī, Muḥiyuddīn Abū Zakariyā bin Sharf bin Mur bin Jumʽah bin Ḥizām (meninggal dunia tahun 676 Hijrah), Tahdhīb al-Asmā’ Wa al-Lughāt, jilid 1 muka surat 317, Taḥqīq: Maktabah al-Buhūth wa al-Dirāsāt, penerbit: Dār al-Fikr Beirut, cetakan pertama 1996 Masihi.

4. Memelihara Syariat

Seluruh syariat umat terdahulu mengalami penyelewengan setelah kewafatan nabi-nabi mereka. Namun Syariat nabi Islam (s.a.w) merupakan syariat yang kekal abadi dan perlu dipelihara dari penyelewengan. Rasulullah (s.a.w) menyatakan kebimbangan baginda terhadap sebarang penyelewengan dengan bersabda:

من كذب عليّ متعمداً فليتبوأ مقعده من النار.
Barangsiapa yang berbohong atas namaku dengan sengaja, maka hendaknya dia siap menempati neraka.

Hadis tersebut dinukilkan oleh Ahmad bin Hanbal dan Zahabi:
- Al-Shaybānī, Aḥmad bin Ḥanbal (meninggal dunia tahun 241 Hijrah), Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 1 muka surat 65, penerbit Mu’asasah Qurṭubah, Mesir.
- Al-Dhahībī al-Shāfiʽī, Shamsuddīn Abū ʽAbdiLlah Muḥammad bin Aḥmad bin Uthmān (meninggal dunia tahun 748 Hijrah), Tārīkh al-Islām Wa Wafāyat al-Mashāhīr al-Aʽlām, jilid 27 muka surat 293, Taḥqīq dr. ʽUmar ʽAbd al-Salām Tadmīrī, penerbit Dār al-Kutub al-ʽArabī - Lubnān/ Beirūt, cetakan pertama 1407 Hijrah 1987 Masihi.

Dengan sebab ini Rasulullah (s.a.w) berusaha bersungguh-sungguh dalam kehidupan baginda untuk memelihara agama. Setelah kewafatan baginda juga perlu ada seorang yang sama seperti Nabi (s.a.w) dan maksum untuk mencegah penyelewengan yang dilakukan orang lain. Tanpa kemaksuman boleh menyebabkan tidak ada keyakinan pada orang ramai untuk berpegang dengan mereka dan mereka akan dihitung sebagai individu-individu biasa seperti umat-umat lain kerana berkemungkinan terjadi perselisihan. Jelas sekali para sahabat tidak maksum dan mereka bukanlah orang yang telah dipilih oleh Allah. Rasulullah tidak bersabda “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara berharga, Kitab Allah dan para sahabatku.”

Sebaliknya Nabi (sa.w) memperkenalkan Ahlul Bait baginda sebagai hidayah umatnya di samping menjaga syariat.

Ibnu Hajar al-Haythamī di dalam kitab Ṣawāʽiq al-Muḥriqah, Muhib al-Dīn al-Ṭabārī di dalam Dhakhā’ir al-ʽUqbā dan Qandūzī al-Ḥanafī dalam kitab Yanābīʽ al-Mawaddah menukilkan daripada ʽUmar bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda:

إن النبي صلى الله عليه وآله وسلم قال : «في كلّ خلف من أمتي عدول من أهل بيتي ، يَنفُون عن هذا الدين تحريف الغالين ، وانتحال المبطلين ، وتأويل الجاهلين».
الهيثمي، ابوالعباس أحمد بن محمد بن علي ابن حجر (متوفاي973هـ)، الصواعق المحرقة علي أهل الرفض والضلال والزندقة، ج2، ص441، تحقيق عبد الرحمن بن عبد الله التركي - كامل محمد الخراط، ناشر: مؤسسة الرسالة - لبنان، الطبعة: الأولى، 1417هـ - 1997م؛
الطبري، ابوجعفر محب الدين أحمد بن عبد الله بن محمد (متوفاي694هـ)، ذخائر العقبى في مناقب ذوي القربى، ص 17، ناشر : دار الكتب المصرية – مصر؛
القندوزي الحنفي ، الشيخ سليمان بن إبراهيم (متوفاي1294هـ) ينابيع المودة لذوي القربى، ج2، ص 113، ح 318 و366 ح 44، تحقيق سيد علي جمال أشرف الحسيني، ناشر : دار الأسوة للطباعة والنشر ـ قم، الطبعة:الأولى ، 1416هـ .

Nabi (s.a.w) bersabda: Dalam setiap keturunan umatku terdapat seorang yang adil daripada Ahlul Baitku, mereka menyangkal para penyeleweng, penuntut kebatilan dan penakwil yang jahil dari agama ini.
- Al-Haythamī, Abū Al-ʽAbbās Aḥmad bin Muḥammad bin ʽĀlī ibnu Ḥajar (meninggal dunia tahun 973 Hijrah), Al-Ṣawāʽiq al-Muḥriqah ʽAlā Ahl al-Rafḍ Wa al-Ḍalāl wa al-Zindiqah, jilid 2 muka surat 441 penyelidik: ʽAbd Al-Raḥmān bin ʽAbduLlah al-Turkī - Kāmal Muḥammad al-Kharrāṭ, penerbit: Yayasan al-Risālah Lubnan, cetakan pertama 1417 Hijrah 1997 Masihi.
- Al-Ṭabarī, Abū Jaʽfar Muhib al-Dīn Aḥmad bin ʽAbduLlah bin Muḥammad (meninggal dunia tahun 694 Hijrah), Dhkhāír al-ʽUqbā fī Manāqib Dhawil Qurbā, muka surat 17, penerbit Dār al-Kutub al-Miṣriyyah, Mesir.
- Al-Qandūzī al-Ḥanafī, Al-Sheykh Sulaymān bin Ibrāhim (meninggal dunia tahun 1294 Hijrah) Yanābīʽ al-Mawaddah Li Zawil Qurbā, jilid 2 muka surat 113, 318, 366, Taḥqīq Sayid ʽAlī Jamāl Ashraf al-Ḥusaynī, penerbit Dār al-Uswah Lil Ṭabāʽah Wal Nashr, Qom, cetakan pertama, 1416.

Abū Jaʽfar Iskāfī turut menyatakan riwayat hampir mirip seperti ini:

وعنه يؤثر صلى الله عليه و سلم أنّه قال : «يحمل هذا العلم من كلّ خلف من أهل بيتي عدوله ، ينفون عنه تحريف الغالين ، وانتحال المبطلين، وتأويل الجاهلين.
الإسكافي، محمد بن عبد الله ابو جعفر،(متوفاي220هـ)، المعيار والموازنة في فضائل الامام علي بن ابي ابي طالب، ص204، تحقيق : الشيخ محمد باقر المحمودي، الطبعةالأولى، 1402 - 1981م.

Rasulullah (s.a.w) bersabda: Para pembawa ilmu dalam setiap generasi dari umatku ialah seorang yang adil daripada Ahlul Baitku, yang mana mereka akan menyangkal para penyeleweng, penuntut kebatilan dan penakwil yang jahil.
- Al-Iskāfī, Muḥammad bin ʽAbdiLlah Abū Jaʽfar (meninggal dunia tahun 220 Hijrah), al-Miʽyār Wa al-Mawāzinah Fī Faḍā’il al-Imām ʽAlī bin Abī Ṭālib, muka surat 204, Taḥqīq al-Shaykh Muḥammad Bāqir al-Mahmūdī, cetakan pertama, 1402 Hijrah - 1981 Masihi.

5. Meluaskan keadilan

Perluasan keadilan di kalangan umat Islam setelah Nabi (s.a.w) hendaklah dilakukan oleh para penguasa yang menjadikan keadilan sebagai landasan pemerintahannya. Ianya tidak sekali-kali mendiskriminasikan mana-mana kumpulan seperti melebihkan Arab ke atas bangsa ajam. Begitu juga dalam pembahagian harta Baitul Mal, di kalangan umat Islam tidak ada yang akan dapat lebih walaupun saudaranya sendiri.

Bersambung