Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Militan yang menggelarkan diri mereka sebagai Mujahidin Caucasus dan Sham, termasuk beberapa militan warga asing dari Chechnya, Afghanistan dan lain-lain lagi mengistiharkan diri mereka keluar dari pakatan "Kerajaan Iraq - Sham" dan Jabha al-Nusra yang berkait rapat dengan al-Qaeda. Dalam video tersebut, salah seorang pemimpin mereka bernama Saifullah al-Shishani menjelaskan bahawa mereka adalah kumpulan bebas dan tidak mahu berpihak kepada kumpulan Daulah Islamiya dan Jabha Nusra.Tambah al-Shishani lagi, "Kami telah sampai ke bumi Sham dan kami adalah pejuang-pejuang dari seluruh dunia yang terdiri dari berbagai ras. Sebelum ini kami termasuk kumpulan Muhajirin dan Anshar, dan kami umum keluar dari kumpulan Muhajirin dan Anshar. Sekarang kami menamakan kumpulan kami sebagai Pejuang Caucasus dan Sham. Seterusnya kami bukan lagi anggota kumpulan Mujahidin dan Anshar, bukan juga al-Daulah dan al-Nusra, bukan dari mana-mana kumpulan lain."
4 September 2013 - 19:30
News ID: 459651