9 September 2013 - 19:30
Pihak berkuasa agama cuba menakut-nakutkan pengikut Syiah

Penangkapan dibuat kerana ingin menakut-nakutkan pengikut Syiah dari membuat akuan bersumpah

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pengarah Hawzah Ar-Ridha, Kamil Zuhairi bin Abdul Aziz berkata, penangkapan individu yang memiliki dokumen Syiah di Perak bertujuan untuk menghalang rakyat Malaysia dari membuat pengakuan bersumpah dan mengistiharkan diri sebagai pengikut mazhab Syiah. Mengulas tentang laporan Utusan Malaysia bahawa terdapat pengikut Syiah memohon keluar dari Islam, beliau berkata, "Saya sendiri tidak pernah mendengarnya." Beliau meminta pengikut mazhab Syiah Imamiyah di Malaysia bersabar dengan karenah pihak berkuasa agama tempatan yang didapati cuba menyusahkan mereka. Sebagai contoh pihak berkuasa agama cuba melambat-lambatkan proses ikat jamin. Isteri Abdul Manaf misalannya tidak dibenarkan membuat ikat jamin kerana tidak membawa surat nikah pagi tadi.Katanya lagi semuanya dapat disaksikan menjadi apabila proses perbicaraan bermula kerana pendakwaan terhadap mereka yang membuat akuan bersumpah tersebut akan merujuk kepada perlembagaan persekutuan yang yang menjamin hak serta kebebasan setiap rakyat Malaysia untuk menganut kepercayaan masing-masing."Bagaimana mungkin kita tidak memliki bahan Syiah sedangkan kita pengikut mazhab Syiah," jelas beliau kepada wartawan ABNA.Membidas kenyataan mufti Wilayah Persekutuan yang meminta kerajaan memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran, beliau berkata mufti tersebut berbicara menurut emosinya kerana tidak memikirkan implikasinya.Jabatan Agama Islam Perak semalam menahan empat individu atas tuduhan memliki dokumen dan buku berkaitan dengan ajaran Syiah.