12 September 2013 - 13:08
30 maut, 55 cedera di Husainiyah Abbas al-Tamimi

Bom yang di pasang pada badan pengebom bunuh diri meletup di Husainiyah al-Tamimi, wilayah al-Kasra yang terletak di A'zhamiya, Utara Baghdad. Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dan 55 cedera.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang pegawai Iraq memaklumkan hari ini 85 orang menjadi mangsa serangan bom bunuh diri di mana 30 daripadanya terbunuh, manakala 55 yang lain cedera.

Bom yang dipasang pada badan penyerang meletupkan bersama dirinya di Husainiyah al-Tamimi, wilayah al-Kasra yang terletak di A'zhamiya, Utara Baghdad.

Dalam kejadian berasingan,seorang lagi pengebom bunuh diri sempat ditembak sehingga mati oleh pasukan keselamatan sebelum bom pada tubuhnya diledakkan.

Semua jalan menuju ke tempat kejadian telah ditutup oleh pihak berkuasa dan mereka yang cedera telah dipindahkan ke hospital.

Hingga kini belum ada mana-mana kumpulan yang mengaku bertanggung jawab.

Kumpulan al-Qaeda sebelum ini telah beberapa kali melancarkan serangan di negara ini. Penduduk Iraq menganggap serangan tersebut adalah perkara biasa kerana keganasan seperti itu sudah berkurangan berbanding kemuncaknya pada tahun 2006 hingga 2007.