Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pakatan "Pemuda Revolusi 14 Februari" Bahrain dalam satu kenyataannya semalam memaklumkan kematian pemuda berusia 20 tahun dari kota Karbabad setelah digilis secara sengaja oleh kenderaan ejen rejim Bahrain.Sebaliknya laman web sosial Twitter salah satu kementerian rejim Al Khalifah kelmarin cuba mengaburkan faktor kematian pemuda bernama Muhammad Abdul Jalil ini.

Kementerian tersebut menambah, "Siasatan terperinci menyatakan penduduk Bahrain ini terbunuh akibat ditimpa sebatang pohon yang dilanggar sebuah kereta."Pemuda tersebut dan ayahnya Abdul Jalil merupakan aktivis politik yang bergiat aktif dalam revolusi Bahrain dan kematian beliau dilaporkan ketika sedang menjalankan kegiatan kemasyarakatan.

Negara Bahrain dilanda pergolakan politik selama lebih dua tahun lalu setelah rakyatnya bangkit menuntut perubahan politik dan penghapusan diskriminasi dalam pentadbiran kerajaan.

Pasukan keselamatan Bahrain yang dibantu oleh tentera Saudi masih gagal membubarkan kebangkitan rakyatnya walaupun sudah ratusan yang terbunuh, cedera dan ditangkap.Saksi-saksi dari badan pertubuhan hak asasi manusia menyatakan ramai tahanan politik di negara ini telah meninggal dunia atau lumpuh akibat diseksa regim Al Khalifah. Selain itu ramai wanita dilaporkan maut atau mengalami keguguran setelah terhidu gas beracun dalam beberapa demonstrasi aman.


Dengan kematian pemuda ini, jumlah mereka yang syahid dalam revolusi Bahrain meningkat seramai 113 orang.