Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menurut laman web Tasnim, ratusan ribu umat Islam tidak memperdulikan ancaman serangan pengganas Wahabi dengan mengadakan perarakan kesedihan sempena hari kesyahidan Imam ke-sembilan Syiah tersebut.Perarakan tersebut sampai ke kota Kazimiyah dengan kawalan ketat oleh pihak polis dengan penutupan semua jalan utama dan pemeriksaan keselamatan.Pihak penjaga makam turut menyediakan pasukan perubatan untuk para penziarah.Puluhan penduduk Iraq termasuk wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa serangan bom dan tembakan rambang yang dilepaskan oleh kumpulan pengganas ketika dalam perjalanan menziarahi makam Imam Jawad (a.s) di Kazimiyah, Utara Baghdad pada hari Sabtu lalu.Imam Muhammad bin Ali al-Jawad (a.s) merupakan Imam ke-sembilan bagi pengikut mazhab Syiah yang lahir di Madinah pada 10 Rejab, tahun 195 Hijrah. Beliau dikatakan telah memberikan sumbangan yang besar dalam ajaran dan warisan Ahlul Bait (a.s) pada suatu ketika dahulu. Imam Jawad berhijrah dari Madinah ke Baghdad atas arahan raja Muktasim Abbasi dan menetap di sana dalam kawalan ketat kerajaan sehingga gugur syahid.
6 Oktober 2013 - 20:30
News ID: 470169
Ratusan ribu umat Islam dari pengikut Ahlul Bait (as.) memperingati hari kesyahidan Imam Jawad (a.s) pada hari Ahad di kota Kazimiyah, Baghdad sambil mengecam pengganas Wahhabi yang telah melancarkan serangan bom terhadap masyarat awam termasuk wanita dan kanak-kanak pada hari Sabtu lalu.