31 Oktober 2013 - 20:30
Syiah Ahlul Bait (a.s) cuba dihapuskan dengan kekejaman

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Marja' taqlid Ayatullah Sayid Muhammad Sa'id al-Hakim mendedahkan kumpulan militan cuba melancarkan kempen penghapusan Syiah dengan cara kekejaman.

"Syiah Ahlul Bait terdedah dengan serangan kejam seperti pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan pengganas dan kesan politik semasa, sehingga ke peringkat sukar diungkapkan bagaimanakah caranya menangani jenayah-jenayah ini, sedangkan ia benar-benar tidak berperi kemanusiaan, dan bagaimana pula cara mengerahkan kekuatan untuk mencegah penjenayah-penjenayah tersebut."

Beliau berkata demikian dalam persidangan para mubaligh pada hari Khamis lalu, di Iraq.

Al-Hakim menambah, "Para Imam Ahlul Bait (a.s) menegaskan peristiwa Karbala telah menjadi simbol kemenangan pihak yang benar ke atas pihak yang batil meskipun bilangannya sedikit. Itulah yang menjadi kunci kejayaan darah mengatasi pedang."

"Kami hidup di bumi berlatar belakang acara-acara Husainiyah yang menjadi sasaran pembunuhan. Para mukmin menghadapinya dengan penuh kesabaran dan konsisten. Semuanya tidak berakhir dan kesan paling besar yang tercetus dalam menangkis serangan ini ialah kelestarian kebesaran Ilahi dan kemuliaannya," ujar beliau.

Beliau juga mengingatkan betapa pentingnya orang beriman mengetahui perkara tersebut dan memperbaharui kehidupan mereka dengan kekuatan akidah dan kepekaan terhadap kewajipan beragama di samping mengukuhkan amalan yang diajarnya serta berlepas diri dari pihak musuh.

"Hendaklah kita menjaga objektif-objektif penting yang ditegaskan oleh Ahlul Bait (a.s), iaitu menerangkan tuntutan Sayyidul Syuhada (Imam Husain a.s) khususnya dan Ahlul Bait secara umum, para mukmin hendaklah mengetahui kesedihan dan penderitaan yang dialami mereka. Ini semua adalah pemahaman daripada pemimpin mereka dan luahan kesedihan Syiah terhadap (pemimpin) mereka.

"Selain itu, penderitaan kaum ini menimbulkan syak wasangka sesat yang membawa keresahan di hati sebahagian orang beriman, namun kita ingin menarik perhatian bahawa dunia tidak pernah sepi dari fitnah. Selain itu perjalanan yang berlandaskan iman masih kekal di mana ia lebih besar dari segala rintangan ini sedangkan kumpulan yang berpihak kepada kebenaran masih wujud. Orang beriman hendaklah konsisten, tetap melangkah dengan penuh kesabaran serta terus berjuang," katanya diakhir ucapan.