Abul Hasan menambah, pelampau Salafi sebenarnya mencetuskan perpecahan barisan umat yang mana pihaknya telah memberikan amaran sebelum ini.
"Agama kita menyeru untuk mengucapkan tahniah kepada Ahli Kitab daripada kalangan Kristian dan Yahudi sempena perayaan mereka. Maka apakah hak golongan Salafi untuk menyerang sambutan Syiah semata-mata kerana mereka mempunyai mazhab yang berbeza?.
"Sesungguhnya Allah berfirman di dalam kitabNya: Bagi kamu agama kamu, bagiku agamaku. Oleh itu ugutan golongan Salafi tidak mempunyai sebarang sokongan dari agama Islam yang sebenar," jelas beliau.
Pada masa yang sama, Syeikh Abdul Hamid al-Athrash yang juga Bekas Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar berkata, "Sesungguhnya acara-acara Syiah yang ingin mereka adakan di Masjid Al-Husain pada hari Khamis nanti demi memperingati kesyahidan Imam Husain bin Ali yang dikenali sebagai 'Majlis Aza Asyura', sekiranya tidak keluar dari ajaran Islam, maka tidak ada hak bagi sesiapapun untuk menghalangnya. Namun sekiranya tidak demikian, hanya kerajaan sahaja yang wajib menanganinya. Bagi masyarakat awam, mereka tidak diizinkan melakukannya."
Al-Athrash mengkritik ugutan golongan Salafi dengan menyatakan, "Sekiranya setiap golongan dibiarkan melakukan apa yang mereka mahu tanpa campurtangan kerajaan, maka barbarisme akan menular dalam masyarakat."
Sementara itu, Syeikh Mazhar Shahin yang merupakan imam dan khatib masjid Umar Makram menegaskan, "Sudah menjadi hak Syiah untuk menghidupkan peringatan hari kesyahidan Imam Husain bin Ali, dengan syarat tidak terkeluar dari format adat resam dan yang dibenarkan agama, seperti duduk di dalam masjid atau menziarahi permakaman, dan hendaklah bukan acara yang ditolak oleh Islam seperti menampar wajah."
Shahin berkata, "Tegahan sambutan itu, sekalipun sudah terkeluar dari Islam, golongan Salafi tetap tidak ada hak menghalang sesiapapun untuk mempraktikkan lambang kebesaran mereka, dan perkara tersebut ditolak oleh kerajaan, undang-undang dan Al-Azhar.
Para pemimpin Salafi/Wahabi yang terkenal sebagai pelampau agama telah memberikan amaran kepada Ketua Majlis Menteri-Menteri tentang sambutan Syiah di Masjid Al-Husain pada hari Khamis ini. Golongan pelampau agama ini turut mengancam akan membentuk kumpulan pemantau di sekitar masjid tersebut untuk menyerang kumpulan Syiah yang memperingati hari kesyahidan Husain bin Ali di hari Asyura.