17 November 2013 - 20:30
Mufti Saudi tidak menjawab pertanyaan hadis Muawiyah dan Fiatul Baghi

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Dalam sebuah siaran langsung, Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al Sheikh dirundung gelisah ketika melarikan diri dari pertanyaan tentang hadis yang menegaskan bahawa Muawiyah dan para sahabatnya merupakan Fi'atul Baghi (penentang sesat) yang disebut oleh Nabi (s.a.w) dalam peristiwa pembunuhan Ammar bin Yasir.

Pertanyaan tersebut muncul daripada seorang pemanggil dari Iraq dengan pertanyaan tentang Yazid bin Muawiyah dan apa yang dilakukannya terhadap Imam Husain (a.s) serta sahabat-sahabatnya di Karbala. Pemanggil tersebut turut memohon agar taliannya tidak dipotong dan pertanyaannya dilayan.

Antara pertanyaannya yang lain ialah pendirian Mufti Besar Arab Saudi tentang Khalifah Bani Umayyah Yazid bin Muawiyah serta para penumpah darah yang melakukan jenayah anti Ahlul Bait dalam peristiwa Karbala.

Al-Syeikh dalam jawapannya ialah Yazid bin Muawiyah merupakan pemimpin orang beriman kerana telah dibai'at oleh umat Islam setelah kewafatan ayahnya. Katanya lagi, dia adalah khalifah dan merupakan salah seorang daripada Imam umat Islam, tidak ada syak tentang itu.

Jawapan tersebut dipertikai oleh pemanggil dengan menyebut hadis dari Musnad Ahmad dan Sahih Al-Bukhari bahawa Nabi (s.a.w) bersabda:

لا يجوز الحكم لا للطلقاء ولا ابناء الطلقاء

"orang-orang yang dibebaskan dan anak-anak orang yang dibebaskan tidak boleh berkuasa".

Mufti tersebut menolak tanggapan tersebut dengan menyatakan bahawa ianya tidak ada asas sama sekali sedangkan Muawiyah adalah salah seorang sahabat besar dan sebaik-baik sahabat.

Pemangggil melanjutkan hujjah beliau bahawa Muawiyah merupakan seorang penentang dan Al Syeikh bertungkus lumus menghindari pertanyaan tersebut sehingga pengacara menyelamatkannya dengan memutuskan panggilan tersebut dan menyatakan bahawa mufti sudah memberikan peluang kepada pemanggil, namun beliau tidak memanfaatkannya. Selain itu pengacara turut menghina pemanggil telefon tersebut.

Putan video:
http://v.alalam.ir/news/2013/11/17/alalam_635203058420291807_25f_4x3.mp4