17 November 2013 - 20:30
220 militan akan serah diri kepada askar Syria di Beit Sahem

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Askar Syria memperhebatkan tekanan terhadap militan dalam operasi bersepadu di kebanyakan kota terutamanya di sekitar Bildah, Babila dan al-Hajar al-Aswad.Sumber Al-Alam menegaskan prajurit Syria menumpukan perhatian terhadap beberapa sarang pengganas di mana pihak askar sudah menguasai 70 peratus di kawasan Harasta dan 30 peratus di kawasan Asil serta al-Sanawiya. Walau bagaimanapun kawasan tersebut telah dikepung dengan kawalan ketat.Pertempuran sengit juga tercetus antara askar Syria dan militan di Abu Turabah ketika sekumpulan bersenjata cuba menyerang salah satu markas tentera di kawasan terbabit. Meskipun begitu para prajurit Syria berjaya mematahkan serangan tersebut manakalah puluhan militan terbunuh.Situasi di Deir Attiya pula menunjukkan pasukan prajurit Syria berjaya menawan tiga kereta yang sarat dengan machine guns, peluru dan senjata lain untuk dikirim yang datang dari sempadan Lubnan. Sumber mengesahkan 30 anggota militan sudah menyerah diri manakala sekitar 220 orang yang lain dijangka akan melakukan hal yang sama tidak lama lagi.