
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Syeikh Hamoud dalam kenyataan media yang disiarkan Al-Akhbar menyatakan bahawa pengeboman ini muncul akibat kekalahan militan di Syria, tindak balas Arab Saudi dan lampu hijau daripada Amerika. Kata beliau lagi, "Kita tahu bahawa kuasa berpengaruh di Arab Saudi sekarang yang dikepalai Bandar bin Sultan berada di bawah Amerikanisasi dan Israelisasi sebagaimana yang telah diakui oleh kaum kerabat pemerintah. Namun Saya berpendapat kesudahan yang bakal dihadapi olah Saudi adalah kekalahan, sama seperti Qatar."
Kapasiti pengeboman di Beirut bukti perancangan kuasa besar
Syeikh Hammoud menolak pengakuan 'Bridgade Abdullah Azzam' yang mengaku menjadi dalang dalam dua pengeboman di Beirut. Beliau juga kurang yakin dengan pengakuan Syeikh Sirajuddin Zureiqat selaku pemimpin besar al-Qaeda di Lubnan dan jurubicara Brigade Abdullah Azzam berada di sebalik serangan ini. Menurutnya lagi terdapat banyak nama yang boleh diutarakan sebagai dalangnya, namun apa yang pasti ialah kapasiti pengeboman itu menunjukkan rancangan besar yang amat rapi. Pemilihan waktu serangan itu bukanlah secara kebetulan, ianya jelas menunjukkan dalang pengeboman adalah kuasa besar."
Setelah mengetahui hakikat yang sebenar, pendirian kami terhadap kewujudan Hizbullah di Syria sudah berubah.
Mengenai hubungan antara pengeboman dan kewujudan anggota Hizbullah di Syria, Syeikh berkata, "Kita hendaklah menjadi orang yang waras berfikir, terdapat perbezaan antara insan berasaskan tahap mindanya, atau disebabkan ianya orang biasa yang tidak dapat menerima hakikat penyertaan Hizbullah dalam perang di Syria. Sehingga kita pun di awal-awalnya, ketika kita dapat tahu anggota Hizbullah terkorban (di Syria), kita merasa marah dan mengirim amaran kepada Sayid Hasan Nasrullah terhadap bahaya yang bakal terjadi dengan perkara ini. Namun pendirian kita berubah ketika kita mendengar secara terperinci tentang apa yang terjadi di Syria secara langsung dari mulut Hasan Nasrullah."
Saya yakin Hizbullah sudah khatam pelajaran sebelum membuat keputusan
Syeikh Hammoud berkata, "Malang sekali, kami tidak mampu menceritakan semuanya secara terperinci kepada media, ini disebabkan ada perkara yang sulit untuk dipercayai oleh penduduk awam biasa yang curiga terhadap Hizbullah. Contohnya operasi pembunuhan yang dihadapi kaum muslimin daripada pengikut Syiah dan Alawi di Homs dan sebagainya. Tidak ada sesiapapun yang akan mempercayainya kerana ianya terlalu aneh. Saya sendiri secara peribadi menaruh kepercayaan kepada Sayid Hasan Nasrullah, saya percaya bahawa mereka yang berada di dalam Hizbullah sudah khatam pelajaran sebelum membuat keputusan. Kami ingatkan bahawa sebahagian pemberontak mencemuh nama Hizbullah, iaitu tujuan mereka sejak awal lagi ialah menjatuhkan imej Hizbullah."
Campurtangan Hizbullah untuk meminimunkan jenayah Takfiri dapat difahami oleh sesiapapun
"Setelah jelas mereka yang wujud di bumi Syria adalah golongan Takfiri dari kategori Da'ash dan Jabha Nusra, dan mereka ini dianggap pengganti rejim Syria sehingga tidak ada orang biasa yang dapat memahami mereka. Ketika kita sampai kepada hakikat bahawa Da'ash mempamerkan jalan kekejaman, maka campurtangan Hizbullah merupakan perkara yang mudah difahami. Secara peribadi saya mohon maaf kepada mereka yang terluka akibat rejim Syria, namun bagi orang yang tahu, masalahnya situasi ini bukanlah seperti yang dilaporkan media."
Rujukan pengebom bunuh diri ialah hawa nafsu, guru mereka ialah internet
Mengenai pengeboman bunuh diri yang terjadi di beberapa wilayah di seluruh dunia Islam, Syeikh Hammoud berkata, "Golongan pengebom bunuh diri tersebut tidak ada kaitan dengan Islam. Rujukan mereka adalah hawa nafsu dan guru mereka adalah internet. Guru-guru tersebut tidak ada nilai sedikitpun, ia duduk di suatu tempat tertentu, mengajar dan mengeluarkan fatwa pembunuhan dan pengkafiran dengan cara yang jijik ini. Di sana terdapat perbuatan plagiat teks-teks yang dipotong dan manipulasi fatwa-fatwa menurut hawa nafsu mereka.
"Saya sudah beberapa kali bercakap dengan para pemuda kami tentang pelampau anti Syiah, saya katakan kepada mereka: Kamu semua tidak mengambil sikap terhadap Syiah berasaskan ilmu pengetahuan. Apa yang terjadi adalah sebaliknya, kamu melihat Syiah sudah maju ke hadapan. Mereka telah sampai ke tempat yang kamu tidak jangka. Maka kedudukan gerakan Islam Sunni sentiasa di tempat mencari formula sahaja, sedangkan Syiah itu minoriti dan akidahnya meragukan seperti yang kamu katakan. Padahal kamu telah lihat mereka lebih maju daripada kamu, mereka mengambil perjuangan Moqawama, menduduki wajah politik di pentas dunia sehingga membuatkan hati kamu iri. Oleh itu pergilah buka lembaran buku-buku kuning sehingga mencium bau isi hati kamu, kamu terdesak, mereka berada di atas daripada kita sedangkan akidah mereka rosak.
"Saya rasa, apa yang terjadi ialah salah guna fatwa yang menuruti hawa nafsu, hasad dan keterbelakangan mereka, sudah pasti ianya berasaskan kepentingan mereka. Mereka cuba memuaskan diri mereka, tetapi kekuatan mereka cacat di sisi Allah dan manusia."
Cara golongan Salafi menggunakan nas tidak tepat
Mengenai impak permikiran Wahabi terhadap gerakan Islam, Syeikh Hammoud berkata, "Kita tidak boleh memandang remeh kesan pemikiran Wahabi dan Saudi. Samada kita suka atau tidak, pengaruh Saudi terhadap gerakan Islam sudah besar dan semuanya ingin memenuhi matlamatnya. Cara golongan Salafi menggunakan nas syarak amat bermasalah. Ia tidak mampu mencerap hakikat nas. Seolah-olah fikah Salafi menawarkan semua doktrin seperti politik, sedangkan akidah yang baik dengan perbuatan yang baik amat bermanfaat bagi rantau ini. Golongan Salafi juga berkhayal bahawa akidah orang Iran tidak benar, jadi apa sahaja yang dilakukan Iran mereka tolak mentah-mentah."
Golongan Takfiri mengkafirkan semua orang, ini masalah besar yang tidak kita temui penyelesaiannya. Kita perlukan ruang yang benar-benar bebas, kita perlukan ulama, persiangan yang aktif, bukan sekadar bersuara di media. Tetapi peranan orang yang berakal mungkin membuatkan mereka gagal. Paling tidak pembunuhan yang dilakukannya sudah minimum. Saya percaya, tanpa dorongan yang positif, ianya susah diselesaikan. Ramai pendukung Syiekh Ahmad al-Assir sudah datang kepada kami setelah beberapa peristiwa terjadi," jelas beliau.
Bertindak secara membuta tuli dengan biaya Saudi.
"Sekiranya kita ingin menceritakan kebenaran, maka sekarang ini belum ada penyelesaian agama. Kita sudah cuba beberapa kali namun kita tidak mampu memantaunya. Ini disebabkan situasinya belum sesuai. Banyak peristiwa yang mencetuskan khabar angin sektarianisme sehingga mengganggu penggunaan akal dan dialog. Sekiranya akal berfikir secara waras, sudah cukup kemenangan Gaza pada tahun 2009 memusnahkan sektarianisme. Argumen sudah ada namun kegiatan dilaksanakan telinga ditulikan dengan biaya daripada Saudi.