Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Berikutan insiden serangan ejen Al Khalifah terhadap seorang wanita Bahrain dalam operasi menangkap anaknya pagi kelmarin, di wilayah 'Aali, penduduk Bahrain malam tadi mengumumkan tunjuk perasaan di berbagai wilayah, seluruh negara.
Penunjuk perasaan mengutuk kejadian serangan ganas yang dilakukan sekurang-kurangnya 3 anggota ejen Al Khalifah. Sambil melaung-laungkan slogan protes, penunjuk perasaan menyatakan kekesalan atas kejadian yang disifatkan mereka sebagai menyayat hati dan kejam. Rakyat Bahrain yang menyertai tunjuk perasaan ini turut menuntut pemberhentian segera perbuatan yang menyinggung emosi penduduk dan meminta identiti penyerang dalam insiden tersebut didedahkan.
Militan bertopeng Al Khalifah pada pukul 4 pagi kelmarin telah menyerang seorang wanita dalam operasi menangkap anaknya.













Berita berkaitan:
Ejen Al Khalifah serang wanita Syiah