Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Mamusta Amin Rasti dalam mesyuarat khas tentang gerakan ajaran sesat, anjuran Pentadbiran Am Pendidikan dan Penyelidikan wilayah Kurdistan berkata, "Makna asal perpaduan ialah umat Islam mampu hidup aman damai meskipun terdapat perselisihan kecil."
"Pihak musuh cuba sedaya upaya mencalarkan perpaduan dan solidariti antara berbagai mazhab Islam.
"Pihak musuh cuba memasukkan masalah ini dalam pemikiran umat Islam, seolah-olah Islam bukan agama yang layak memerintah dan agama perlu dihindari demi mencapai kemajuan dan pembangunan." Kata beliau.
Dalam ucapan yang lain, ulama Ahlusunnah yang terkenal ini berkata, "Semua pengikut Ahlusunnah menentang golongan Salafi dan Takfiri. Mereka menganggap kaum Salafi sebagai hamba sahaya musuh Islam."
Beliau turut menjelaskan bahawa al-Qur'an turut menekankan pemerintahan Islam. Ujar beliau lagi, "Kaum Salafi cuba mengasingkan umat Islam dari kitab wahyu ini dan Islam ditafsir mengikut selera musuh."
Mamusta Rasti menambah, "Salafi dan Wahabi tidak ada kaitan dengan Islam, oleh kerana mereka tidak mempunyai pengkhususan fikah untuk diikuti, maka mereka dikenali sebagai 'La Mazhab", dan mereka juga tergolong sebagai musuh Islam dan kaum muslimin."