6 Disember 2013 - 20:30
Imam Wahabi puji dasar anti Syiah di Malaysia

Sheikh Dr. Khalid al-Ghamidi puji cubaan menegakkan prinsip Ahli Sunnah sebagai pegangan utama di Malaysia

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Imam Masjidil Haram yang beraliran Wahabi, Sheikh Dr. Khalid al-Ghamidi memuji Malaysia sebagai negara Islam pertama yang tegas menjadikan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai pegangan akidah rakyat Malaysia.Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu dinyatakan imam Wahabi tersebut di dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.Berasaskan laporan ini, beliau bersetuju apa yang dinyatakan oleh Sheikh Khalid itu selaras dengan ketegasan kerajaan yang memaksa umat Islam di negara ini berpegang dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.'Berbanding negara seperti Syria, Qatar dan beberapa negara Arab lain, ketegasan Malaysia cukup terserlah. Kita tidak pernah mengambi kira fahaman lain kecuali Ahli Sunnah Wal Jamaah,' katanya kepada Utusan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.Beliau turut hadir pada pertemuan antara Perdana Menteri dan ulama Wahabi itu.Menurut Asyraf Wajdi, negara-negara Arab lain memberikan kesaksamaan untuk mazhab lain seperti Syiah.'Ini yang menyebabkan Sheikh Khalid kagum dengan ketegasan Malaysia dalam hal ini. Kita menyatakan yang Malaysia tidak pernah memberi ruang sedikit pun kepada mana-mana fahaman.'Fahaman yang kita iktiraf hanya Ahli Sunnah Wal Jamaah,' ujarnya.Malaysia hari ini mendapat perhatian dunia apabila terdapat gerakan politik cuba mengeluarkan mazhab Syiah dari agama Islam dan menegakkan aliran Sunni versi Wahabi sebagai pegangan utama rakyatnya.Parti politik berpengaruh di negara ini dilihat secara terbuka mengambil pendakwah Wahabi sebagai penasihat agama walaupun ajaran tersebut terkenal dengan kekerasan atau terrorisme.