10 Disember 2013 - 20:30
Situasi dunia Islam bertentangan dengan sirah nabawi

Seorang ulama dari negara Arab Saudi memberi amaran tentang akibat buruk keganasan dalam negara-negara Islam yang menurut beliau bertentangan dengan ajaran dan sirah Rasullah (s.a.w).

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Hujjatul Islam Wal Muslimin Syeikh Hasan Saffar meluahkan kekecewaannya tentang dunia Islam yang menurutnya telah bertukar menjadi medan keganasan dan perang saudara. Beliau berkata, "Situasi ini bertentangan dengan sirah nabawi yang berasaskan format toleransi, bertolak ansur, sederhada dan jauh dari keganasan politik."Tambah beliau lagi, "Sirah nabawiyah merupakan sekolah pemikiran untuk mempelajari pentadbiran politik dalam masyarakat manusia. Namun umat Islam tidak mengambil manfaat dari sekolah pemikiran ini, malah dalam dunia Islam telah bertukar menjadi medan pertumpahan darah dengan begitu mudah."Ulama dari negara Arab Saudi ini menyentuh tentang ciri-ciri sirah nabawiyah dengan menerangkan bahawa, "Sesuatu yang istimewa bagi nisbah seorang insan terhadap orang lain ialah rasa hormat berasaskan kemanusiaan, menghukum dengan akal logik, merujuk kepada kesederhanaan dan menjauhkan diri dari keganasan."Syeikh Hasan Saffar menambah, "Tidak satupun jalan penyelesaian bagi krisis-krisis dan cabaran-cabaran yang melanda dunia Islam melainkan kembali kepada mantik akal dan Islam yang sebenar."