Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menjelang ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w), anggota Majma' Taqrib Bainal Mazahib dari 50 negara seperti Malaysia, Russia, Yunan, Iraq, Lubnan, Arab Saudi, Thailand, Algeria, Britain, England, Amerika, Australia, Uganda, Tunisia, Belanda, Qatar, Yaman, Mesir dan lain-lain lagi akan menghadirinya.
Dalam persidangan ini, artikel-artikel berkenaan dengan "perpaduan Islam", "kepentingan al-Qur'an", "perpaduan Islam berpaksikan al-Qur'an", "cabaran, rintangan dan situasi terkini masyarakat Islam dari pandangan al-Qur'an' akan disediakan.
Berasaskan laporan ini antara agenda para peserta persidangan ialah kepentingan beramal dengan al-Qur'an sebagai latar persaudaraan dan perpaduan, sikap dan kecenderungan terhadap perpaduan dalam ajaran al-Qur'an, methodologi penafsiran dan peranannya dalam perpaduan umat Islam, sebab-sebab nafsani, sikap tidak berakhlak dan peranannya dalam pemecah belah umat Islam serta masalah Palestin dan kedudukan dialog dalam kehidupan umat Islam.
Selain itu, peranan sosial dan politik para pemuda dalam gerakan-gerakan Islam, aktiviti politik, penilaian kemunduran dunia Islam hari ini menurut pandangan al-Qur'an, Wilayah Ilahi dan bukan Ilahi dalam pandangan al-Qur'an dan peranannya dalam perpaduan serta perpecahan, pemeliharaan dan usaha bagi menyuburkan identiti Islam dalam naungan ajaran al-Qur'an, aqualiti dan diskriminasi taraf dan bangsa menurut ajaran al-Qur'an merupakan topik-topik lain yang akan dibahaskan para pemikir Islam.
Persidangan Antarabangsa Perpaduan Islam ke-20 ini akan dijangka akan berlangsung pada 18 dan 19 Januari depan.
5 Januari 2014 - 17:00
News ID: 493442
Persidangan Antarabangsa Perpaduan Islam ke-20 akan berlangsung di Tehran bersamaan dengan ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w) dengan tema "Al-Qur'an dan peranannya dalam perpaduan umat Islam".