8 Februari 2014 - 20:30
Peralat masjid untuk canang fitnah terhadap Syiah

Institusi masjid terus diperalat untuk menyebarkan fitnah terhadap mazhab Syiah

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Bagi mempertingkatkan usaha mencanang fitnah terhadap Syiah, institusi masjid akan diperalatkan sepenuhnya dalam mencanang fitnah terhadap Syiah.Menurut Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata masjid perlu terus berfungsi sebagai institusi pendidikan dan pusat penyebaran maklumat tepat mengenai Islam bagi membanteras ajaran sesat seperti Syiah dan liberalisme yang kian menular.Beliau berkata demikian dalam sebuah majlis penerimaan cek peruntukan bernilai RM45.52 juta daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).Peruntukan itu akan digunakan untuk membayar elaun 1,999 imam berjumlah RM17.991 juta, 632 guru takmir (RM5.562 juta), 2,000 guru KAFA (RM21.696 juta) dan sembilan Pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (RM271,080).Mengenai kekurangan jemaah dalam masjid-masjid Ahli Sunnah, beliau berkata, tiadanya kegiatan kebudayaan, ekonomi serta sosial antara faktor yang menyebabkan golongan muda tidak ke masjid."Perancangan pengimarahan masjid perlu dijalankan secara menyeluruh dan bersepadu dengan menggunakan pendekatan lebih kreatif dan inovatif supaya kekuatan dan perpaduan umat Islam boleh dikembalikan melalui sistem dan institusi masjid yang mantap," kata beliau.