9 Februari 2014 - 20:30
600 pelarian Syria keluar dari kepungan pengganas

Setelah setahun menderita kekurangan makanan, kira-kira enam ratus pelarian Syria lari keluar dari kepungan pengganas terhadap kota lama Homs.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kira-kira enam ratus pelarian lari meninggalkan kota lama Homs yang dikepung pengganas Takfiri/Wahabi dengan konvoi bantuan kemanusiaan.Kebanyakan pelarian terdiri dari wanita, kanak-kanak dan orang tua. Mereka ini berjaya dibawa keluar dengan bantuan anggota PBB dan Persatuan Bulan Sabit Merah ketika konvoi bantuan datang dicelah pertempuran.Rakaman video menunjukkan situasi di dalam kota tersebut di mana orang ramai sibuk membawa beg, mengejar 10 kenderaan putih PBB dan bunyi tembakan juga kedengaran ketika mereka menghampiri kenderaan tersebut."Kenderaan terakhir telah tiba dan jumlah mereka ialah 611 orang," kata gabenor Homs Talal Barazi kepada wartawan Al Mayadeen di dalam pertemuan bersama pelarian, di luar kota.Persatuan Bulan Sabit Merah mengesahkan sekitar 600 orang adalah pelarian dan 60 bungkusan makanan dan lebih satu tan tepung telah dikirim ke kota lama tersebut.Barazi dan pegawai Bulan Sabit Merah berkata, mereka bekerja untuk memperpanjangkan operasi pada hari Ahad (semalam), iaitu hari terakhir gencatan senjata yang sering dilanggar di kota tersebut.Sebahagian daripada mereka yang keluar juga adalah beberapa militan yang sebenarnya bukan sebahagian daripada pelarian. Menurut Barazi mereka sendiri bersetuju untuk menyerah diri kepada pihak polis dan akan memohon keampunan dari badan kehakiman.Pihak kerajaan juga mengesyaki lelaki tersebut terdiri daripada militan yang pernah berkerja untuk menjatuhkan Bashar Al-Assad.Pihak berkuasa Assad dan militan masing-masing telah dituduh bertanggung jawab dalam serangan pada hari Sabtu sehingga menyebabkan pasukan PBB dan Bulan Sabit Merah bergerak ke kota Homs selama beberapa jam.Konvoi bantuan itu bertujuan menyerahkan makanan dan bekalan perubatan di daerah yang telah dikenal pasti PBB sebagai kawasan 2500 orang terkandas dalam kepungan sejak pertengahan 2012.Bulan Sabit Merah melaporkan seorang pemandu kenderaan bantuan telah mengalami kecederaan ringan tetapi anggota pasukan yang lain terselamat dalam serangan pada hari Sabtu lalu.Rakaman video yang dikeluarkan aktivis menunjukkan pasukan yang dipimpin koordinator kemanusiaan PBB di Syria, Yacoub el Hillo, membawa pelarian pada hari Sabtu ke pengkalan sewaktu pelancar roket menggegarkan runtuhan di kawasan berjenaan dan jalan-jalan yang mereka lalui mengalami kerosakan.Video yang lain pula menunjukkan kota Homs pada hari Sabtu. Menurut Hillo, bekalan bantuan termasuk bungkusan makanan, ubat-ubatan dan kit kebersihan yang dikirim terlalu kecil dari apa yang diperlukan oleh penduduk yang terperangkap selama berbulan-bulan.Ketika seya melihat keadaan sekeliling, tahap keperluan dan penderitaan semua orang terutama sekali kanak-kanak, wanita dan orang tua, maka saya katakan bantuan perubatan dan makanan hanyalah setitik daripada jumlah besar keperluan... tapi marilah kita mulakan dengan titisan ini," ujar beliau. Pada hari Jumaat lalu, plan pertama operasi pengiriman bantuan kemanusiaan selama tiga hari di kota Homs telah menyelamatkan 83 wanita, kanak-kanak dan orang tua. Menurut PBB kebanyakan mereka menunjukkan kekurangan zat makanan.