Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sebuah video ngeri yang menunjukkan pengganas Takfiri menjerut leher perempuan muslim di hadapan umum telah tersebar di alam maya.
Dalam video ini, pengganas takfiri menjerut gadis bertudung dengan wayar di sebuah lokasi yang tidak dikenali.
Gadis tersebut dikatakan terbunuh kerana enggan mengiktiraf pemikiran yang dipromosikan kumpulan pengganas tersebut.
Awal bulan ini, sebuah video ngeri tersebar dengan memaparkan kumpulan yang berkait rapat dengan al-Qaeda memotong kepala seorang lelaki di Homs atas tuduhan Syiah dan menyokong kerajaan.
Kumpulan yang mendakwa diri mereka sebagai pemerhati hak asasi manusia Syria telah memuatkan video tersebut dalam internet berkata, aksi memotong kepala tersebut telah dilakukan oleh militan Negara Islam Iraq dan Sham (Da'ash).
Sejak krisi Syria tercetus pada Mac 2011, banyak video ngeri tersebar seperti jenayah pembunuhan, penyembelihan dan kanibalisme yang dilakukan oleh militan Takfiri tajaan negara asing.
Pada 26 Januari lalu, sebuah video muncul dengan paparan mayat-mayat orang awam bergelimpangan yang telah dibunuh oleh pengganas Da'ash di Aleppo.
Manakala video pada 12 Mei 2013 menggemparkan dunia apabila menunjukkan aksi Khalid al-Hamad yang dikenali sebagai Abu Sakkar memakan organ dari jenazah askar kerajaan Syria.
Dalam wawancara dengan BBC pada bulan Julai 2013, Abu Sakkar mengancam akan melakukan banyak lagi aksi ngeri sekiranya bantuan asing tidak disalurkan kepada pengganas di Syria.
Banyak laporan menunjukkan kuasa Barat dan sekutu mereka terutama sekali Qatar, Arab Saudi dan Turki telah memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada militan yang beroperasi di dalam Syria.
12 Februari 2014 - 20:30
News ID: 505713
Pengganas Takfiri jerut leher seorang perempuan sehingga mati