12 Februari 2014 - 20:30
Pemimpin muslim bertanggung jawab menentang plot kuasa besar

Ulama Sunni Iran memberi amaran terhadap misi dan plot kuasa besar dunia dan sudah menjadi tanggung jawab pemerintah muslim bagi mempertahankan Islam dan mencegah plot tersebut.

“Muslim authorities are in charge of defending Islam against colonial powers.”Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ulama Sunni Iran dari wilayah Golestan, Abdul Ghafoor Charkazi menekankan betapa pentingnya pemimpin muslim bangkit melawan kuasa besar dunia. Beliau turut mendesak para pemimpin Islam tempatan mengadakan persidangan dan mengajukan objektif mereka. Abdul Ghafoor berkata demikian dalam wawancara khas bersama Taghrib News Agency.Tambah beliau lagi, "Semua orang terutama sekali orang Islam, dan pemerintah sudah sedia maklum tentang tipu daya dan plot musuh, dan pemimpin muslim mempunyai tanggung jawab berat untuk mempertahankan Islam."Tidak ada perbezaan antra Syiah dan Sunni, semua umat Islam sama sahaja," kata beliau dalam wawancara tesebut.Abdul Ghafoor Charkazi turut menyeru umat Islam bersatu menentang mereka yang mempunyai niat merosakkan imej Islam dan berkata, "Demi mempertahankan Islam, seseorang muslim hendaklah mengelak dari berburuk sangka dan sektarianisme".Beliau turut meminta usaha bersepadu bagi menerangkan hakikat Islam yang sebenar. Tambah beliau lagi, objektif sesama umat Islam tidak akan jelas kecuali mereka bersatu di semua negara dan berusaha mencegah perselisihan serta muslihat yang tercetus.