25 Februari 2014 - 20:30
Tentera Israel mengambil langkah berwaspada setelah amaran Hizbullah

Rejim Israel meletakkan tenteranya dalam keadaan berjaga-jaga setelah gerakan Hizbullah memberi amaran akan membalas serangan sekiranya Israel menyerang salah satu kubunya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Tentera Israel diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga setelah amaran yang dikeluarkan pejuang Hizbullah yang bersumpah akan membalas setiap keganasan yang dilakukan negara Zionis itu.Jumlah kenderaan tentera Israel di kawasan pendudukan Palestin berhampiran sempadan Lubnan kelihatan semakin bertambah setelah amaran itu dikeluarkan.Gerakan Hizbullah sebelum ini berkata, mereka akan memilih waktu yang sesuai dan memanfaatkannya sebagai tindak balas.Israel melakukan serangan udara terhadap kedudukan Hizbullah di perkampungan Janta, sempadan Lubnan dan Syria pada hari Isnin lalu.Parti politik bersenjata tajaan Iran itu mengesahkan serangan terhadap kedudukannya pada hari Rabu dan menafikan laporan bahawa serangan tersebut mengenai pengkalan peluru berpandunya.Rejim Israel telah melancarkan serangan terhadap gerakan Hizbullah pada bulan Jun dan Julai tahun 2006. Konflik tersebut telah meragut nyawa kira-kira 1200 rakyat Lubnan dan 160 warga Israel.