Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sambutan ulangtahun kelahiran Zainab binti Ali (a.s) telah berlangsung di Haram Mutahhar Sayyidah Zainab di Damsyik dengan kehadiran berbagai lapisan masyarakat.
Dalam majlis tersebut, beberapa orang ulama Sunni dan Syiah, termasuk cendiakawan seperti Syeikh Badruddin Hassoun selaku Mufti Besar Republik Arab Syria turut memberikan ucapan.
Para hadirin kelihatan mengibarkan bendera merah yang tertera "Labbaiki Ya Zainab" (Kami sahut seruanmu Ya Zainab).
Syeikh Ahmad Badruddin Hassoun dalam ucapannya mengucapkan tahniah atas kesabaran prajurit, bangsa dan presiden republik Syria dalam peperangan yang berlangsung sejak tiga tahun lalu.
Mengenai serangan Takfiri terhadap Haram Sayyidah Zainab, beliau berkata, "Mereka berhasrat menghapuskan konservasi Zainab (a.s) dan memadam cahaya beliau, namun peringatan terhadap Zainab tetap berkekalan walaupun Takfiri masih ada."
Tambah beliau lagi, "Peringatan terhadap Zainab (a.s) hari ini masih ada walaupun 1400 tahun sudah berlalu, sehingga ianya dapat menyatakan kepada musuh bahawa kamu juga akan pergi seperti orang lain dan Syria tetap bangun menghadapi kamu dengan penuh kebanggaan dan konsisten.
"Negara Syria bersama seluruh anak pertiwi, prajurit, bangsa dan presiden republiknya terus konsisten dan bangkit berjuang," tegas Mufti Syria.
Berasaskan laporan ini, beberapa ulama turut hadir dalam acara di Haram Sayyidah Zainab ini mengucapkan tahniah kepada umat Islam atas kelahiran anak cucu Nabi, iaitu Zainab binti Ali (a.s), mereka turut menegaskan bahawa negara ini tetap berdiri teguh dalam menghadapi semua cabaran yang ada.







.................پایان پیام/ 218 ـ 212