9 Mac 2014 - 20:30
Perang di Syria bukan revolusi, malah pembunuhan umat Islam

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Warga Saudi berusia 24 tahun yang sebelum ini menyertai kumpulan paling ganas Da'ash (ISIL) dalam rangka memerangai prajurit Bashar Assad mendedahkan perang di Syria bukanlah revolusi, malah gerakan membunuh umat Islam yang tidak berdosa dengan berbagai cara.

Sulaiman Al-Sabaee atau dikenali sebagai Sambateek yang bermakna 'kurus seperti lidi' merupakan selebriti terkenal di internet bergabung dengan militan Da'ash setelah termakan pujuk rayu abangnya yang akhirnya terbunuh di tengah-tengah konflik bersenjata di Syria. Walau bagaimanapun setelah menyusup ke beberapa buah kota yang musnah akibat perang untuk sampai ke Turki, lelaki ini mendapati apa yang terjadi di Syria bukanlah jihad. Dari situ dia menghubungi kedutaan Arab Saudi untuk membawanya pulang ke rumah dan disambut dengan penuh meriah sebaik tiba di tanah air.

Dalam temubual bersama Al-Sebaee di sebuah rancangan televisyen baru-baru ini, dia memberikan penerangan yang terperinci tentang konflik Syria dan telah dimuatkan dalam Youtube oleh Memritv. Al-Sabaee mengungkapkan kekecewaan apabila melihat para militan saling berperang antara satu sama lain sebagai ganti memerangi rejim Bashar Assad.

"Yang terjadi di Syria berbeza dengan apa yang di gambarkan media. Pertempuran melibatkan antara kumpulan-kumpulan Islam yang saling berbalah. Sebenarnya muslim memerangi saudara seislam," kata al-Sabaee dalam temubual tersebut.

Pada mulanya pemberontak menumpukan perhatian dalam menyerang prajurit Assad, namun matlamat asal telah berubah ke haluan yang berbeza. Setiap golongan saling menuduh bid'ah antara satu sama lain untuk berperang," katanya.

Menyentuh tentang pertempuran antara ISIL dan cabang al-Qaeda Jabha Nusra yang sudah bermula, dia berkata, "Setelah beberapa ketika, ISIL dan Jabha Nusra mula bertempur," tambahnya. "Sekarang tidak ada lagi istilah jihad berlaku di Syria. Yang ada hanyalah perang antara kumpulan-kumpulan. Rejim telah dijadikan sasaran tapi sekarang tidak ada lagi perang terhadapnya. Semua kumpulan mula berperang dan orang yang tidak berdosa turut terbunuh."

Sulaiman Al-Sebaee juga mendedahkan ISIL merekrut remaja 15 tahun atas nama Jihad. Dia turut menasihati para pemuda Saudi agar tidak menyertai konflik di Syria.

Terdapat banyak tuduhan pelanggaran hak asasi manusia yang ditujukan terhadap ISIL seperti penyeksaan, pembunuhan tahanan termasuk kanak-kanak dan remaja. Terbaru militan ISIL memotong tangan seorang lelaki atas alasan mencuri.

Terdapat banyak persoalan yang timbul di media sosial terhadap kenyataan al-Sabaee di televisyen apakah al-Sabaee boleh meringkuk dalam penjara atas pengakuannya kerana kerajaan Saudi telah menetapkan penjara terhadap mereka yang kumpulan pengganas.