Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Saluran televisyen al-Mayadin menyiarkan berita tergempar tentang Brigade al-Quds yang melancarkan serangan 130 roket dan mortar ke atas kawasan pendudukan Israel sebagai reaksi terhadap kekejaman rejim itu baru-baru ini.Brigades Al-Quds dalam operasi yang digelar "Memecah kesunyian" itu mengaku tindakan tersebut sebagai membalas bela atas kematian beberapa penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza.Dalam masa yang sama televisyen al-Manar melaporkan kira-kira 90 peluru roket mengenai kawasan pendudukan Israel.Pihak Brigades Al-Quds dalam sebuah kenyataannya mengistiharkan kesediaan mereka untuk meluaskan kawasan sasaran sekiranya mereka diserang.Saluran 10 televisyen rejim Zionis turut melaporkan kemusnahan beberapa unit rumah dan bangunan disamping menyiarkan kemaraan tentera Israel ke arah semenanjung Gaza.Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata pihaknya akan membalas serangan itu dengan lebih keras.
Gerakan Hamas turut memberi amaran bahawa Israel akan memikul bertanggung jawab terhadap sebarang kekerasan yang dilakukan ke atas Gaza.Bekas menteri Israel Amir Peretz turut memberi nasihat kepada tentera Israel agar tidak memasuki Gaza.
Jurucakap Benjamin Netanyahu dalam kenyataannya berkata, "Kami akan terus memerangi orang yang ingin memusnahkan kami, kami akan melawan mereka dengan tindakan keras. Netanyahu turut mengancam akan membalas dengan jawapan yang tegas."Menteri Luar Israel Avigdor Lieberman turut menggesa Gaza ditawan sekali lagi kerana Israel tidak rela melihat kotanya bersebelahan dengan kawasan yang dikuasai Palestin.Penganalisa politik Zionis Roni Daniel berkata, "Jelas sekali Israel akan menjawab dengan tegas terhadap serangan peluru roket tatkala operasi di Gaza semakin kuat dan lebih luas."




11 Mac 2014 - 20:30
News ID: 513400
Tindakan Brigade al-Quds melancarkan roket dan mortar ke atas kawasan pendudukan Zionis disifatkan media Israel sebagai aksi paling keras terhadap rejim itu sejak tahun 2009.