26 April 2014 - 05:17
Persamaan di kalangan umat Islam lebih besar dari perselisihan mereka

Kerjasama antara Iran dan Arab Saudi mampu menyelesaikan kebanyakan masalah dunia Islam

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Duta Arab Saudi ke Tehran Abdul Rahman Gharman al-Shahri mengungkapkan rasa gembira atas kunjungan Setiausa Agung Lembaga Pendekatan Antara Mazhab Islam dan berkata, "Kita semua mempunyai prinsip asas akidah Islam sementara itu perbezaan fikah yang ada hanyalah cabang semata-mata".

Sementara itu Ayatullah Araki menegaskan betapa perlunya kerjasama Iran dan Arab Saudi dalam menyelesaikan masalah dunia Islam. Beliau berkata, "Sekiranya kedua-dua negara ini bersepakat dalam sebuah strategi demi menyelesaikan masalah dunia Islam, pasti kebanyakan dari masalah-masalah ini akan dapat diselesaikan".

Dalam pertemuan tersebut Ayatullah Araki turut menghargai usaha pihak Arab Saudi dalam memudahkan urusan manasik ibadah haji. Beliau berkata, "Khidmat kepada penunai ibadah haji merupakan sebaik-baik amalan". Semoga pihak yang berbakti kepada tempat suci dapat meluaskan perkhidmatan ini dengan menawarkan banyak pengajian yang sepatutnya untuk para penziarah".

Menyentuh tentang peranan Iran dan Arab Saudi dalam menghadapi cabaran dunia Islam yang semakin meningkat, beliau berkata, "Dalam menyelesaikan masalah-masalah negara Islam, tidak sepatutnya diadakan kerjasama dengan negara-negara yang bukan Islam dan meminta bantuan mereka, bahkan kita mampu berkerjasama dalam menyelesaikan masalah dunia Islam yang berbeza seperti Mesir, Syria dan lain-lain lagi. Sementara itu PBB juga pasti akan menyambut baik kerjasama ini".

Selanjutnya, Setiausa Agung Lembaga Pendekatan Antara Mazhab Islam menjelaskan kegiatan-kegiatan pertubuhannya dan berkata, "Pembentukan jawatankuasa perdamaian Islam dengan kehadiran cendiakawan-cendiakawan, para ulama Syiah dan Sunni merupakan salah satu kegiatannya yang mampu melakar latar dalam mendekatkan antara satu sama lain di samping berjuang menghadapi perselisihan".

Beliau turut mencadangkan agar raja Arab Saudi turut mengasaskan pusat dialog antara agama dan berkata, "Beberapa tahun sebelum ini cadangan tersebut telah diajukan yang mana kami akan menyambut baik usulan itu. Ini disebabkan kami percaya pengasasan pusat ini adalah langkah penting dan asasi bagi memajukan misi perpaduan dan pendekatan. Selain itu dunia Islam sekarang amat memerlukannya".

Duta Arab Saudi ke Tehran menerangkan betapa besarnya persamaan yang dikongsi sesama umat Islam berbanding perselisihannya.

Sambil mengungkapkan penghargaan atas peranan pemimpin tertinggi Revolusi Islam Iran dalam menganjurkan perpaduan Islam beliau berkata, "Para pegawai Iran berada dalam tingkat hikmah yang paling tinggi dan mempunyai pandangan yang ulung.

"Umat Islam mempunyai kekayaan yang banyak dalam latar yang berbeza, samada dalam sumber alam mahupun ilmu, yang mana perpaduan merupakan kalimah terbaik bagi mengambil peluang keemasan." Ujar Abdul Rahman Gharman al-Shahri.

Selanjutnya beliau menyentuh tentang pengasasan dialog antara agama di Arab Saudi dengan menyatakan, "Untuk kerjasama antara umat Islam, Arab Saudi telah mengambil banyak langkah yang mana pengasasan pusat dialog antara agama merupakan salah satu langkah tersebut; Kami sedang berusaha supaya masalah pengasasan pusat ini dapat diselesaikan".