Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Dengan lafaz dua kalimah syahadah, Kin Ichi Tani pelajar PhD jurusan antropologi secara rasminya memeluk Islam mazhab Syiah baru-baru ini.
Setelah masuk Islam, beliau turut memilih nama Hadi untuk dirinya sempena nama imam ke-sepuluh.
Beliau turut menyatakan perasaan gembira kerana berjaya menemui agama yang benar dan berharap akan menjadi seorang Muslim yang baik.
"Saya belajar tentang Islam ketika berada di sekolah tinggi. Setelah itu saya mengkaji agama tersebut dan menyimpulkan bahawa ianya mempunyai keimanan yang sempurna. Kemudian barulah saya memutuskan untuk menjadi seorang Muslim," kata beliau.
Hadi menambah, beliau turut mengembara ke beberapa negara Islam termasuk Iran, Mesir, Syria dan Lubnan. Beliau juga turut mengkaji kebudayaan bangsa Iran.