Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pengerusi Yayasan Pendidikan dan Penyelidikan Imam Khomeini, Allamah Muhammad Taqi Misbah Yazdi dalam pertemuan bersama isteri Syahid Imad Mughniyah berkata, "Kehilangan beliau tidak hanya kehilangan bagi Lubnan dan Hizbullah semata-mata, bahkan ianya merupakan musibah besar bagi dunia Islam".
Allamah Misbah Yazdi menambah, "Ini juga tertakluk kepada kehendak Allah, iaitu sebahagian para walinya mengorbankan jiwa masing-masing untuk mencurahkan lebih banyak bakti dan khidmat kepada Islam supaya agama ini tetap hidup. Hakikatnya bakti kesyahidan mereka, lebih dari khidmat kepada Islam yang telah dicurahkan selama hayat mereka dikandung badan. Allah (s.w.t) berkehendak kesyahidan mereka menjadi keberkatan kepada masyarakat Islam berlipat kali ganda".
"Hari ini kesyahidan individu-individu seperti Imad Mughniyah juga mempunyai keberkatan berlipat kali ganda meskipun lebih rendah jika dinisbahkan dengan martabat Sayyidus Syuhada. Begitu juga dengan kesyahidan Sayyid Abbas al-Musawi. Iaitu walaupun selama pemergian mereka telah menyebabkan luputnya sekian banyak nikmat besar, namun kesyahidan ini benar-benar menjadi ganti terhadap musibah kehilangan mereka," tutur beliau.
Anggota Majlis Khubregan Rahbari berkata kepada isteri as-Syahid Mughniyah, "Dari satu perspektif, takdir Allah (s.w.t) hendaklah diredai, yang mana beliau memang ingin syahid, akibatnya sebuah kedudukan telah diperuntukkan untuknya, tidak ada jalan lain untuk mencapai kedudukan tersebut melainkan mati syahid. Dari satu sisi yang lain hendaklah berpandangan bahawa kesyahidan beliau merupakan keberkatan untuk Hizbullah di mana keberkatan tersebut tidak mungkin dibayangkan kecuali dengan kesyahidannya. Kemenangan Hizbullah setelah kesyahidan beliau hakikatnya merupakan keberkatan dari kesyahidan beliau".
Beliau menerangkan betapa pentingnya mengingati pemergian beliau dan mengangungkan Allah kerana beliau telah mencapai makam yang tinggi. "Kita mohon kepada Allah agar kita dan orang seperti kita dianugerahkan taufik untuk meneruskan jalan mereka. Darah-darah yang tumpah ini telah melakar latar untuk kebangkitan Imam Zaman (a.j.f) yang mana beliau akan membalas bela darah syuhada," kata beliau kepada isteri Imad.
Allamah Misbah Yazdi menyentuh tentang kunjungannya ke Lubnan setelah kesyahidan Imad Mughniyah untuk menyampaikan takziah. Tambah beliau lagi, "Saya mengucapkan takziah kepada anda dan memohon kepada Allah agar anda bersabar dan diiringi dengan keredaan".
Berasaskan laporan ini pertemuan antara Allamah Misbah Yazdi telah diadakan di Yayasan Pengajian dan Penyelidikan Imam Khomeini.