13 Jun 2014 - 08:45
Rouhani dan al-Maliki bincang operasi pembasmian pengganas di Iraq

Presiden Iran Hassan Rouhani berbicang dengan Perdana Menteri Iraq Nuri al-Maliki melalui telefon mengenai perkembangan terbaru di Iraq dan langkah-langkah yang perlu untuk menghapuskan pengganas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Presiden Hasan Rouhani dalam perbincangan telefon dengan Perdana Menteri Iraq menyentuh beberapa aspek penting dalam menangani keganasan. Sambil mengecam jenayah keji yang membunuh orang awam di Iraq, beliau menyatakan rasa puas hati terhadap perpaduan warga Iraq dalam menentang pengganas sambil menekankan bahawa para marja' agama juga memainkan peranan penting dalam situasi ini.

Beliau menambah, marja taqlid Syiah, Ayatullah Sayid Ali al-Sistani yang menegaskan betapa pentingnya penyertaan setiap orang dalam menghadapi pengganas merupakan pemangkin bagi penduduk Iraq dalam menangani jenayah dan pembunuhan orang yang tidak berdosa di kawasan terbabit.

Presiden Hasan Rouhani berkata, kerajaan Iran dan penduduknya berdiri secara solidariti bersama-sama kerajaan Iraq dan rakyatnya. Selain itu Republik Islam Iran juga akan melakukan yang terbaik untuk keamanan serantau dan global dalam menghadapi pengganas selain tidak mengizinkan para pembela pengganas menyentuh keselamatan dan kestabilan Iraq dengan mewujudkan terrorisme di dalam negara ini.

Sambil mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran Imam Mahdi al-Muntazar (a.s), beliau turut menyatakan harapan agar keamanan dan kestabilan negara Iraq dapat dikembalikan.

Tambah beliau lagi, kerjasama bersepadu rakyat Iraq dengan askar kerajaan mampu menyegerakan operasi pembasmian pengganas.



Nuri al-Maliki pula mengucapkan terima kasih kepada Iran atas sokongannya terhadap rakyat Iraq dan beliau turut menerangkan perkembangan terkini di Utara Iraq dan kejayaan terbaru askar kerajaan menghapuskan pengganas di beberapa kawasan.