12 Julai 2014 - 19:24
Masa depan Palestin bersama pejuang

Masa depan Palestin bersama pejuang

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Ahmad Jannati dalam khutbah Jumaat minggu lalu menyentuh tentang beberapa perkara seperti ulangtahun serangan Shah Iran ke atas Masjid Gauharshad, kesucian wanita dan hijab. Beliau berkata, "Hijab memainkan peranan dalam masyarakat, tidak hanya sebagai masalah syarak semata-mata, ini disebabkan hijab mempunyai falsafah iaitu mencegah anak luar nikah dan menjaga kehormatan."

Mengenai masalah Palestin dan Iraq, beliau berkata, "Semoga Allah (s.w.t) melaknat tiga penjuru Amerika, England dan Israel ini, ia mengatakan kepada rakyat Palestin supaya mencegah diri dari berjuang dalam menghadapi kezaliman yang ada, namun penderitaannya hendaklah ditanggung sendiri. Kita juga menyaksikan jenayah-jenayah tidak berperi kemanusiaan pengganas di Iraq, kejahatan ini tidak pernah terjadi, namun Amerika dan masyarakat antarabangsa tidak bertindak dan hanya menyaksikannya sahaja."

"Nasib baik kita dapat melihat kekalahan anasir kejahatan di Iraq. dalam perkara ini kita berterima kasih dan menghargai Ayatullah Sistani atas fatwanya yang tepat," jelas beliau.

Ayatullah Jannati turut mengucapkan tahniah sempena ulangtahun kelahiran Imam Hasan al-Mujtaba, takziah sempena hari kewafatan Khadijah serta Ayatullah Muhammadi Gilani. Kata beliau lagi, "Ayatullah Muhammadi Gilani merupakan seorang lelaki yang tenang, santun dan mempunyai keikhlasan di mana 11 tahun bekerja dengan kami dalam Majlis Syura Negahban. Sepanjang zaman revolusi beliau telah memikul amanat Badan Kehakiman yang amat berat."