Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Salah seorang mufti yang berkaitan dengan kumpulan pengganas Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) mengistiharkan bertaubat setelah kembali ke tanahairnya.
Menurut beberapa sumber berita, Mani' al-Mani' telah kembali ke negara asalnya, Arab Saudi setelah pergi ke Syria untuk memberi bai'at kepada ISIL serta merekrut relawan untuk kumpulan pengganas tersebut.
Anggota Majlis Syura Arab Saudi, Isa al-Ghays memaklumkan, "Mani' al-Mani pernah mengumumkan pengambilan relawan dan berbai'at kepada ISIL, selepas mengetahui siapakah sebenarnya ISIL, dia bertaubat dan menyerah diri kepada kerajaan Arab Saudi."
Mufti tersebut dikatakan telah memasuki Arab Saudi semalam (Rabu). Mani' al-Mani' turut meminta mereka yang menyokong ISIL bertaubat di bulan Ramadhan ini dan menyerah diri.
Sumber-sumber berita tersebut turut memaklumkan anak mufti ini telah kembali ke Arab Saudi setelah memberi bai'at kepada pengganas ISIL dan sekarang berada dalam tahanan pihak berkuasa.
Isa al-Ghays menegaskan bahawa pengganas ISIL telah dilahirkan oleh Arab Saudi dan anggotanya direkrut oleh Saudi.
Pengganas ISIL telah melakukan banyak keganasan seperti pembunuhan, pemerkosaan dan pemunahan masjid serta makam para nabi dalam peperangan di Syria dan Iraq.
17 Julai 2014 - 07:23
News ID: 624589
Seorang mufti Saudi menyesal dan bertaubat setelah mengetahu hakikat pengganas ISIL.