19 Julai 2014 - 13:37
ISIL rejam wanita 26 tahun dengan batu

ISIL rejam wanita 26 tahun dengan batu

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kumpulan pengganas Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) merejam wanita berusia 26 dengan batu di Homa, Riqqa pada hari Khamis lalu.

Pertubuhan hak asasi manusia Syria melaporkan wanita tersebut telah direjam di sebuah pasar, kota Tabaqa di hadapan orang ramai.

Salah seorang aktivis Syria, Abu Ibrahim berkata, "Kejadian ini berlaku buat pertama kali di sini."

Aktivis yang lain, Hadi Salamah berkata, "Penduduk Riqqa yang berada di bawah kekuasaan ISIL terlalu marah dengan kejadian tersebut. Keadaan sekarang tidak terkawal lagi."

Beliau turut mendedahkan fitnah yang tersebar di kawasan tersebut akan menyebabkan penduduk menjadi sasaran. Tambahnya lagi, "Penduduk Riqqa hidup dalam ketakutan."

Kumpulan pengganas ISIL telah melakukan banyak jenayah sejak penguasaan mereka ke atas beberapa wilayah di Syria sehingga mengorbankan ramai penduduk termasuk wanita dan kanak-kanak.