24 Julai 2014 - 05:50
Gerakan Jihad Islam berterima kasih kepada Iran

Kumpulan Jihad Islam mengucapkan terima kasih kepada Iran atas pendirian tegas dan sokongannya terhadap perjuangan Palestin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Setiausaha Agung gerakan Jihad Islam di Palestin, Ramadan Abdullah Salah mengucapkan terima kasih kepada Republik Islam Iran atas sikap dan sokongannya terhadap perjuangan membebaskan Palestin.

Shalah menyatakan demikian dalam perbualan telefon bersama Menteri Luar Iran, Javad Zarif yang menegaskan Republik Islam Iran sentiasa menyokong Palestin dalam menghadapi Zionis di Semenanjung Gaza.

Selain itu, Zarif berkata, Tehran sentiasa berdiri di samping rakyat Palestin dan tabah dalam memberikan sokongan selain mengistiharkan legitimasinya tuntutan pejuang-pejuang Palestin.

Shallah juga menyatakan keyakinannya terhadap kemampuan para pejuang dalam menghadapi alat kelengkapan perang pihak musuhnya, Zionis. - Al-Alam