Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ayatullah Movahhedi Kermani dalam khutbah Jumaat minggu ini berkata, "Kamu telah mendengar dan menyaksikan jenayah rejim Israel. Syukur kepada Allah, secara perlahan-lahan ianya sampai ke telinga penghuni dunia dan mereka akan sedar juga. Mereka tidak akan biarkan wartawan melaporkan berita songsang kepada orang awam sewenang-wenangnya. Sekiranya wartawan menyelewengkan berita sebenar, sudah tentu teriakan maut dan kebencian terhadap rejim ini akan kedengaran di seluruh dunia."
Beliau melanjutkan khutbah dengan menyentuh tentang jenayah Israel dan berkata, "Rejim penyamun dan penumpah darah ini sejak dari tahun 1982, selama 24 jam iaitu siang dan malam telah membunuh pelarian dalam kem secara besar-besaran. Mereka telah membunuh seramai 3,297 orang rakyat Palestin dan Lubnan. Jenazah-jenazah telah dilempar ke jalan-jalan, dalam masa yang sama mereka telah membunuh 1,097 orang yang sedang terlantar di hospital Gaza. Kadang-kadang mereka menyeksa mangsa terlebih dahulu dan melapah kulit hidup-hidup. Penodaan juga tidak dapat diungkapkan lagi. Kanak-kanak dibelah dua dan otak mereka dihujani peluru. Ini hanyalah contoh-contoh dari ribuan jenayah yang dilakukan oleh rejim perampas. Kerajaan mereka ditegak berasaskan penumpahan darah dan jenayah."
Sambil menegaskan betapa pentingnya perpaduan di dalam dunia Islam, beliau berkata, "Tidak ada apa-apa yang dapat diharapkan daripada elemen kotor dan keji ini. Apa yang terjadi di Gaza adalah program mereka. Yang anehnya ialah dunia Islam dan mereka yang mengaku Islam. Yang aneh juga ialah masyarakat antarabangsa. Apakah selagi belum tiba masa ia menerima nasib yang sama, maka ia harus tunduk pada rejim Zionis. Sekatan dagang, pengumuman haramnya produk Israel dan sikap terhadap penyokong Amerika, berkonfrontasi dengan penyokong Israel dan seperti Amerika merupakan antara kerja-kerja yang perlu dilaksanakan oleh dunia Islam."
Mengenai bantuan senjata kepada Palestin, beliau berkata, "Sampai bila kita ingin menyaksikan jenayah harian Israel? Israel melakukan jenayah dan ketika ia tidak mampu menghadapi penentangan daripada pihak Palestin, ia mula mengangkat tangan dan mengumumkan gencatan senjata. Mesir sepatutnya merasa malu kerana tidak membuka pintu sempadan dengan Palestin."
"Kepungan terhadap Gaza perlu dibatalkan dan penduduknya dibantu. Berasaskan ucapan pemimpin tertinggi revolusi, kerja-kerja ini hanyalah tanggungjawab kecil bagi dunia Islam yang perlu dilaksanakan untuk orang yang ditindas. Kebanggaan Iran ialah berbicara tentang Palestin sejak hari pertama revolusi.
"Sunnatullah ialah memberikan tempoh kepada mereka. Allah juga telah memberikan tempoh kepada penjenayah Karbala. Namun Allah tetap hidup dan Maha Melihat setiap peluru yang memamah badan rakyat Palestin. Apabila orang awam menyaksikan jenayah Bani Umayyah di Karbala, mereka bangkit memberontak. Akhirnya bukan setakat semuanya (penjenayah Karbala) dibunuh, malah jenazah mereka tidak dibelas kasihan. Ini balasan daripada Allah. Israel juga menanti suatu hari yang mana ia tahu bahawa suara hati kemanusiaan akan bergerak menentangnya, dan ketika itu sebaik-baik nasib bagi Israel ialah kematian.
"Orang mukmin sentiasa berkonfrontasi dengan golongan taghut. Sepanjang masa Allah berfirman bahawa kebenaran akan menang terhadap kebatilan. Konfrontasi ini mempunyai dimensi percubaan. Penduduk Gaza bangkit berdiri sebagaimana yang diinterpretasi oleh al-Qur'an, dan mereka memilih nasib yang lebih baik di masa depan, iaitu samada mati syahid atau mampu menghapuskan Israel. Banyak ayat yang menyatakan kemenangan hak ke atas kebatilan.
Penduduk Gaza berdiri teguh selepas gencatan senjata dengan menerima gencatan senjata sekiranya kepungan ke atas Gaza ditarik balik dan haknya diakui secara rasmi. Keadaan ini akan membawa kepada tersungkurnya kuasa angkuh ke bumi pada suatu hari nanti," tutur beliau.
3 Ogos 2014 - 02:51
News ID: 628472
Pejuang Palestin semakin gagah apabila meminta penarikan sekatan ke atas Gaza dan pengiktirafan haknya secara rasmi jika Israel inginkan syarat gencatan senjata