Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Tindakan kerajaan England menyokong keganasan rejim Israel dalam menindas penduduk Gaza mengundang kemarahan penduduk awam semalam. Berpuluh-puluh penduduk dari seluruh pelusuk London dilaporkan menyertai tunjuk perasaan besar-besaran di kota London.
Sambil mengutuk kekejaman Zionis, penduduk yang berang menuntut pihak kerajaan mendesak Israel agar segera menghentikan serangan ke atas Gaza yang sudah memasuki hari ke 29.
Demonstrasi besar-besaran ini telah dianjurkan berhadapan sebuah pejabat radio dan televisyen BBC bagi memprotes tindakan media yang sengaja tidak membuat liputan tentang perkembangan terkini di Gaza. Selepas itu penunjuk perasaan berarak ke kedutaan Amerika dan berakhir di Hyde Park. Antara mereka yang memberikan ucapan ialah George Galloway dan Diane Abbott.
Penunjuk perasaan dianggarkan antara 15,000 hingga ke 100,000 orang.
"Hari ini demonstrasi nasional akan memberikan peluang kepada penduduk di seluruh negara untuk melaungkan slogan "Cukuplah kepungan terhadap Gaza dan penjajahan tanah Palestin harus dihentikan sekarang," kata Sarah Colborne, pengarah Kempen Solodariti Palestin.
Perarakan ini juga dianjurkan sebagai rayuan awam untuk mengumpulkan dana bagi membantu mangsa-mangsa serangan Israel. Jumlah kutipan dikatakan meningkat lebih daripada £ 4.5 juta dalam masa kurang dari 24 jam.
Saled Saeed, ketua eksekutif DEC berkata kepada the Guardian: "Dana tersebut sangat diperlukan, sementara pertempuran di Gaza telah membentuk keadaan yang tidak dapat ditanggung oleh keluarga dan kanak-kanak. Walaupun gencatan senjata telah berakhir dan bantuan telah disalurkan, namun keluasan krisis kemanusiaan di Gaza menyebabkan mereka memerlukan wang bagi meningkatkan kerja-kerja penyelamatan nyawa."
Kumpulan Peace Now menggesa penunjuk perasaan berhimpun pada malam Sabtu di Tel Aviv untuk menyeru penyelesaian melalui jalan diplomatik.
Aktivis dari berbagai kumpulan termasuk Stop War Coalition berarak di London menuju ke Hyde Park.
Jeremy Corbyn, pengerusi Gabungan Stop the War berkata kepada Voice of Russia: "Mesej kami ialah mendesak kerajaan terhadap 2 perkara. Salah satunya ialah terdapat £8 billion perdagangan senjata Britain dan Israel, termasuklah kelengkapan berkaitan, yang mana kami fikir ianya perlu dihentikan akibat sikap Israel di Gaza.
"Kedua, pertanyaan kepada Kesatuan Eropah - Perjanjian perdagangan Israel, yang terdapat di dalamnya klausa hak asasi manusia - yang semuanya telah dilanggar oleh Israel, termasuk juga apa yang berada di bawah siasatan jenayah perang di Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu."












