10 Oktober 2014 - 05:42
Jumlah korban serangan pengganas meningkat ke 53

Serangan bunuh diri terhadap pasukan keselamatan Houthi meningkat kepada 43 orang.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Bilangan korban serangan bom pengganas semalam mencecah 43 orang manakala ramai lagi yang lain dilaporkan mengalami kecederaan.

Siri serangan bom terjadi ketika pengikut setia gerakan Syiah Ansharullah berjaya menguasai ibukota Sanaa pada 21 September lalu. Gerakan tersebut memaklumkan kesediaan mereka untuk melangsungkan demonstrasi besar-besaran di Medan al-Tahrir bagi mengutuk serangan tersebut.

Seorang pegawai polis memaklumkan, "Seorang lelaki berjaket berjalan di tengah-tengah pasukan keselamatan Houthi dan meledakkan bom."

Hingga kini tidak ada kumpulan yang mengaku bertanggung jawab. Namun insiden ini dipercayai salah satu siri serangan al-Qaedah yang telah terjadi sebelum ini.

Menurut televisyen al-Mayadin, penduduk Yaman berikrar tidak akan tunduk kepada arahan Al Saud dan Amerika. Menurut mereka, "Faktor pertumpahan darah di negara mereka adalah Amerika."