10 Oktober 2014 - 17:39
Pakatan memerangi ISIS jelas sebuah pembohongan

Khatib solat Jumaat di Tehran turut mempertikaikan media dunia Islam yang masih berdiam diri terhadap jenayah keji ISIS.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Hujjatul Islam Sadeghi menyentuh tentang peristiwa al-Ghadir dalam khutbah bahagian pertama hari ini dan berkata, "Ghadir adalah hari penyempurnaan agama dan kecukupan nikmat."

Beliau menegaskan bahawa al-Ghadir merupakan hari pengumuman keredaan Allah terhadap agama dan orang yang beragama. Tambah beliau lagi, "Hari tersebut tidak hanya suatu peristiwa bersejarah semata-mata, bahkan al-Ghadir mempunyai asas dalam keluasan ciptaan alam semesta."

Beliau turut menekankan al-Ghadir sebagai anggota roh dalam medan spiritual dan jiwa umat beragama dan berkata, "Al-Ghadir melakarkan kerajaan orang soleh dan menjadi kabar gembira bagi pembangunan masyarakat yang soleh."

Dalam khutbah kedua, Hujjatul Islam Shadeghi menceritakan tentang kegiatan Yayasan Antarabangsa al-Ghadir dengan menyatakan, "Yaysan ini telah mengaturkan program-program yang amat luas di dalam negara dan luar. Saya menghargai dan ucapkan terima kasih kepada wakil Yayasan Antarabangsa al-Ghadir, termasuk juga Kementerian Luar dan Ekonomi berikutan fokus serius terhadap surat pekeliling bagi perlaksanaan hari raya besar ini."

Mengenai pesanan Haji yang disampaikan oleh Rahbar, beliau berkata, "Masalah mewujudkan perpaduan, menangani perpecahan, transformasi masalah haji, penerangan Islam sejati Muhammadi adalah salah satu dari fokus utama pesanan ini."

Mengenai perbezaan Islam sejati Muhammadi dan Islam Amerika, beliau menjelaskan, "Imam Khomeini yang pertama kalinya menyatakan perkara ini, ia suatu inisiatif usaha yang sangat baik dari pihak beliau, ini disebabkan Islam Muhammadi adalah Islam yang benar, adil, membela golongan tertindas, serta menentang kezaliman taghut."

"Islam Amerika adalah Islam yang berompromi dengan kuasa-kuasa besar, penindas bangsa-bangsa muslim. Oleh itu Islam sejati Muhammadi juga adalah Islam yang menentang sebarang tolak ansir dengan kezaliman dan penindasan kuasa-kuasa besar," terang beliau.

Beliau turut menyentuh tentang pakatan Barat dan beberapa negara Arab yang ingin memerangi ISIS dan berkata, "Pembentukan pakatan ini dengan misi menghapuskan kumpulan pengganas Takfiri ISIS jelas merupakan sebuah helah dan ianya agak janggal. Ini disebabkan mereka berfikir bahawa dengan melakukan jenayah ngeri, mereka dapat berlepas diri dari tindakan (ganas) tesebut."

Mengulas serangan Amerika terhadap sumber asli Syria dan askar Iraq sejak akhir-akhir ini beliau berkata, "Mereka sebelum ini melarang sebarang penerbangan di ruang udara Syria di mana tindakan mereka baru-baru ini merealisasikan perkara ini. Dengan ini mereka dapat mempercepatkan askar Iraq menangani ISIS."

Hujjatul Islam Sadeghi menerangkan bahawa Iran tidak bersetuju dengan pakatan ini dan berkata, "Kita mengumumkan tindakan itu bertujuan melemahkan kerajaan Syria dan Iraq."

Selain itu beliau juga mengkritik ulama negara-negara Islam yang berdiam diri terhadap kegiatan ganas ISIS, "Pertanyaannya ialah, kenapa media dunia Islam tidak bangkit menentang mereka? Diamnya media dunia Islam dalam menghadapi jenayah ini merupakan sebuah jenayah yang nyata. Insyallah, taduk Amerika akan patah dalam kejahatan-kejahatannya."

Imam solat Jumaat ini mengisyaratkan kejadian yang menimpa kawasan penduduk Kurdis di Syria baru-baru ini, "Batin kumpulan pengganas ini adalah Amerika dan disokong oleh England, tangan pengkianatnya di gerakkan demi membunuh penduduk awam, dengan ini mereka cuba menunjukkan wajah Islam sebagai bengis."