13 Oktober 2014 - 02:04
Pengakuan wanita Tunisia diperkosa ISIS atas nama jihad

Militan rela menyerahkan isterinya kepada ISIS demi menyelamatkan nyawa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pasukan keselamatan Tunisia menahan dan meyoal siasat sepasang suami isteri yang pernah bekerjasama dengan ISIS ketika pulang ke negara asal mereka..

Lelaki Tunisia itu mengaku telah pergi ke Syria untuk berjihad.

Tambahnya lagi, "Beberapa kali saya telah pergi ke sana untuk menunaikan kewajipan, namun kali ini saya membawa isteri untuk turut bersama-sama meraih pahala.

"Setelah beberapa hari kami hadir di Syria, mujahidin meminta saya menyerahkan isteri kepada mereka. Pada mulanya saya berkeras menolak, namun setelah itu saya mengerti akan kehilangan nyawa jika terus melawan.

"Samada saya melawan atau tidak, isteri saya tetap akan dicabul.

"Kerana itu saya rela terhadap perkara ini, sekurang-kurangnya jiwa saya tetap selamat," jelasnya

Isteri militan tersebut yang berusia 30 tahun berkata, "Ketika suamiku memenuhi permintaan anggoa ISIS, para mujahidin mengizinkan saya diperlakukan apa sahaja sesuka hati.

"Setiap hari saya bertukar ganti pasangan, perbuatan paling parah yang mereka lakukan terhadap saya  ialah mereka sama sekali tidak menghargai wanita.

"Sepanjang 27 hari saya berada di bawah kegunaan ISIS di Syria, selama tempoh ini 100 orang sudah meniduri saya," jelas isteri militan tersebut.

Akhir sekali wanita Tunisia ini berkata, "Kecederaan yang dialami suami menjadi alasan untuk melarikan diri dari ISIS ke Turki dan kami berjaya meyelamatkan diri dari kemusnahan ini."