Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ayatullah Moqtadayi Mortezayi berkata, "Kongres ini merupakan sebuah seminar yang besar dan diberkati. Ulama Syiah dan Sunni bersepakat dalam satu perhimpunan. Ini juga menunjukkan terjadinya perpaduan."
Tambah beliau lagi, "Kongres ini bertujuan mengumum bahawa masyarakat sudah tahu apa yang dilakukan oleh Takfiri dan ISIS dengan memperalatkan Islam. Masyarakat tahu bahawa ini bukanlah Islam sedangkan Islam bertentangan dengan apa yang mereka katakan. Ijma' ulama Islam juga menegaskan perkara ini."
Beliau menegaskan, "Saya mengucapkan terima kasih kepada Ayatullah Makarim Syirazi yang telah melangsungkan kongres besar ini, begitu juga kepada Ayatullah Subhani yang menjadi Setiausaha Ilmu persidangan."
Ayatullah Mortezayi yang menjawat Setiausaha Agung Tertinggi Hawzah mengakhiri ucapannya dengan menyatakan, "Saya mohon para ulama yang berpengaruh agar menerangkan hasil persidangan kepada penduduk kawasan masaing-masing sehingga masyarakat tidak terleka dengan muslihat golongan Takfiri."