7 Disember 2014 - 18:31
ISIS gagal tawan lapangan terbang Deir Ezzour

Pengganas ISIS terpaksa berundur setelah gagal menawan lapangan terbang tentera Deir Ezzour

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pengganas ISIS terpaksa berputih mata apabila gagal menawan lapangan terbang Deir Ezzour selain beberapa anggota mereka terbunuh akibat menerima tentangan hebat dari askar Syria yang berkubu di kawasan terbabit.

Pemerhati hak asasi manusia, Rami Abdul Rahman memaklumkan, ISIS telah menyerang lapangan terbang tentera tersebut dan pertempuran sengit meletus. Namun setelah beberapa jam pengganas terpaksa berundur.

Sementara itu sumber tentera menafikan kejatuhan mana-mana kawasan sekitar lapangan terbang Deir Ezzour sedangkan pihak askar kerajaaan masih mempertahankan kubu masing-masing dan pengganas terpaksa berundur.

Kenyataan tentera tersebut muncul setelah ISIS mendakwa anggotanya berjaya menawan kawasan Selatan lapangan terbang tersebut.

Pasukan pertahanan lapangan terbang Deir Ezzour berikrar akan menghadapi sebarang serangan golongan Takfiri ISIS yang sudah memasuki hari ke-lima ini.

Sementara itu pengganas ISIS turut kehilangan motivasi akibat kehadiran prajurit besar Syria bernama Isam Zahruddin yang membakar semangat perjuangan askar Syria.

Isam Zahruddin sebelum ini termasuk di dalam senarai hitam badan perisikan Mossad Israel dan beberapa kali terselamat dalam percubaan bunuh.

Isam Zahruddin dalam salah satu kereta kebal yang dirampas daripada ISIS.

...............