9 Disember 2014 - 07:05
Pertempuran sengit tiga kilometer dari makam Sayyidah Zainab

Askar Kerajaan dan pasukan sukarela sedang menghadapi serangan berat pengganas Takfiri dari al-Hajar al-Aswad

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pertempuran sengit meletus antara pengganas dan askar kerajaan yang dibantu relawan rakyat di kawasan Al-Hajar al-Aswad yang terletak kira-kira tiga kilometer setengah dari Haram Sayyidah Zainab (a.s).

Dua tahun lalu, kawasan ini pernah dikuasai golongan Takfiri dan menjadi pengkalan terkedepan pengganas di sekitar Haram Sayyidah Zainab (a.s).

Al-Hajar al-Aswad yang berjarak 8 kilometer dari Selatan Damsyik merupakan salah satu kawasan padat dengan 60,000 populasi pendudduk sebelum perang meletus.

Kepadatan ini menyebabkan operasi askar kerajaan memerangi pengganas bertambah sukar.

Al-Hajar al-Aswad merupakan kubu utama kumpulan-kumpulan Takfiri seperti pengganas ISIS, Jabha Nusra dan Kata'ib Aknaf Baitul Muqaddas.

Penggans ISIS sudah beberapa kali mengumumkan kawasan ini sebagai wilayah kekuasaannya dan mengibarkan bendera. Ini menyebabkan pertempuran meletus antara puak pengganas yang aktif di kawasan terbabit dalam perebutan kawasan sehingga mengorbankan banyak anggota ISIS.

Dalam siri keganasan ISIS, kumpulan pengganas ini telah melancarkan serangan mortar ke arah Haram Sayyidah Zainab (a.s) di hari Asyura lalu sehingga menyebabkan kerosakan teruk pada kompleks permakaman.

Lebih setahun relawan rakyat mempertahankan Haram Sayyidah Zainab (a.s) bersama askar kerajaan dan melaksanakan operasi berat ke atas wilayah Homs yang meluputi Bahdaliya, Husainiya, Ziyabih, Buwaidha, Ghzale, Hujaire, Sabina Sughra dan Sabina Kubra sehingga membebaskan kawasan terbabit dari pencemaran Takfiri di samping mengembalikan keamanan.