Agensi berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ayatullah al-Uzma Sofi Gulpaigani dalam pertemuan dengan wakil Iran yang hadir dalam persidangan anti pengganas di al-Azhar meminta hubungan antara negaranya dengan Mesir dipereratkan.
Sambil memuji kegiatan aktif Presiden Universiti Taghrib Bainal Mazahib, Hujjatul Islam Dr. Moballeghi yang telah diundang oleh Sheikh al-Azhar dalam persidangan tersebut, beliau berkata, "Saya gembira dengan wakil Syiah yang telah diundang oleh al-Azhar, pergi ke sana dalam rangka mendekatkan hubungan dua bangsa Iran dan Mesir, insyallah perjalanan ini akan diteruskan dan mengukuhkan hubungan."
Beliau turut menerangkan ciri-ciri penting keistimewaan bangsa Mesir dengan menyatakan, "Bangsa Mesir sejak awal lagi adalah pencinta keluarga Rasulullah (s.a.w) dan sekarangpun kesediaan dan kemeriahan mereka dalam perkara ini menunjukkah hal tersebut."
Marja' taqlid Syiah ini menambah, "Kewujudan makam Sayyidah Zainab (a.s), Masjid Ra'sul Husain (a.s) dan Haram Sayyidah Nafisah (a.s) serta tempat-tempat suci lain di negara ini merupakan faktor utama pengukuhan antara bangsa kita dan Mesir."
"Di tempat pentadbiran pos di Kaherah, kira-kira satu juta surat yang diutuskan
kepada Imam Husain (a.s) melalui pos yang mana semuanya telah diserahkan ke masjd Ra'sul Husain (a.s). Semua ini menunjukkan kecintaan rakyat Mesir terhadap keluarga Nabi (s.a.w)," jelas beliau.
Ayatullah Sofi Gulpaigani menerangkan lagi tentang aktiviti Ayatullah al-Uzma Burujerdi di zamannya dalam arena pendekatan antara mazhab, "Kegiatan dan program beliau terhadap hubungan antara berbagai mazhab Islam, termasuk diri beliau dengan al-Azhar Mesir berada di tahap yang amat cemerlang. Program tersebut hendaklah dijadikan contoh bagi hubungan yang ada."
Sambil menceritakan tentang kewujudan ulama terkemuka dari Mesir beliau berkata, "Anda perlu membaca buku tokoh besar dan cendiakawan negara ini seperti al-Ithaf bi hubbil ashraf yang telah ditulis mantan Sheikh al-Azhar. Ianya sarat dengan kecintaan terhadap Ahlul Bait (a.s) sehingga terdapat isu-isu penting seperti penghormatan terhadap ziarah... Ataupun kitab cendiakawan besar Mesid dan al-Azhar, Abdul Rahman al-Sharqawi, kta Ali Imam al-Muttaqin, di mana beliau sendiri yang menghadiahkan kepada saya. Termasuklah kitab al-Husain thairan wa shahidan. Mereka ini adalah tokoh dan cendiakawan yang mencintai keluarga Rasulullah."
Berkenaan dengan peluang yang cerah untuk hubungan Iran dan Mesir, beliau berkata, "Banyak kegiatan ilmu yang perlu disusun sebagai langkah mengukuhkan hubungan ini dan kita berkata kepada semua orang bahawa sesama kita tidak mempunyai ikhtilaf. Bahkan semuanya menunjukkan betapa dekatnya kedua-dua bangsa ini."
Dalam bahagian ucapan yang lain, beliau menambah, "Kita hendaklah mempunyai hubungan dengan negara-negara Islam lain terutamanya Mesir. Kerajaan perlu ambil tindakan secepatnya bagi tujuan tersebut."
"Sudah beberapa kali saya berkata, para pegawai kita hendaklah memperbanyakkan lawatan ke Mesir dan begitu juga sebaliknya. Mereka harus tahu terputusnya hubungan dengan negara Islam yang besar seperti Mesir bukanlah satu kebaikan," tegur beliau.
12 Disember 2014 - 16:39
News ID: 657791
Marja' Taqlid Syiah, Ayatullah Sofi Gulpaigani ingin hubungan Mesir dan Iran diperkukuhkan.