17 Disember 2014 - 16:18
Lebih 120 pelajar dibunuh pengganas Taliban, Pakistan berkabungan

Kerajaan Pakistan istihar hari berkabung sampai Jumaat ini.

http://www.abna.ir/cache/image/2014/12/17/4329d8ee09f1bc59cdc8beb92c0c230d.jpg

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - 132 orang dpelajar, guru dan pasukan keselamatan Pakistan disahkan maut dalam serangan pengganas Taliban ke atas sebuah sekolah kelmarin. Askar Pakistan di kota Peshawar memaklumkan 7 penyerang yang terdiri daripada anggota TTP (Gerakan Taliban Pakistan) berjaya dibunuh.

Penyerang dikatakan berjaya menggunting pagar besi di belakang sekolah bertindak menyerang para pelajar yang sedang menduduki peperiksaan.

Menurut mangsa yang terselamat, pengganas masuk ke setiap kelas dan menembak para pelajar dan guru. Drama kejam pembunuhan ini berlangsung selama 9 jam.

Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Nawar Sharif hari ini mengistiharkan esok sebagai hari perkabungan hingga Jumaat. Upacara pengkebumian jenazah di kota Peshawar sudah bermula di mana masyarakat menaburkan bunga di atas pusara-pusara mangsa tragedi ini.

Pengganas Taliban yang menghubungi BBC mengaku bertanggung jawab atas serangan yang dikatakan sebagai tindakan membalas dendam atas serangan askar kerajaan ke atas kumpulan mereka.